Nak Buat Iklan Tapi Tak Tahu Kat Mana?

0
5764

semak 4 points ini untuk tingkatkan fans, trafik dan jualan anda

Kebanyakan blogger dan pemilik website memiliki tujuan yang sama iaitu untuk meningkatkan traffic website mereka.

Sebabnya memang dalam dunia bisnes, pemasaran bagaikan nadi yang menghidupkan sesuatu bisnes.

Marketing adalah satu proses untuk bawa traffic atau pelanggan kenal brand kita, produk mahupun servis kita.

Jangan “claim” kempen marketing anda gagal kalau anda hanya berpandukan “sales” sebagai tanda aras kejayaan kempen anda.

Bajet kempen RM10, anda mengharap sales RM 100,000? Tapi bagaimana yang sudah spend beribu ringgit, tapi pulangan negatif?

Ada beberapa perkara yang perlu anda “gali” di manakah punca kegagalan kempen anda.

Salah satunya berpunca daripada kesalahan dalam memilih TEMPAT IKLAN atau dalam term marketing disebut sebagai, “Marketing Tools”.

Kebanyakan pemilik bisnes sudah mula mengatur “strategi peperangan” pemasaran di medium digital.

Daripada Facebook Ads, Instagram, Twitter, Youtube, mahupun Google Adwords masing-masing ada kelebihan tersendiri.

Ramai yang jana profit berlipat kali ganda apabila menggunakan tools marketing online, malah ada juga yang rugi teruk, tidak mendapat pulangan yang baik, malah hanya menanggung kerugian.

Jadi, tolong semak point di bawah, supaya kempen yang anda jalankan menggunakan marketing tools yang betul dan yang paling penting memberi pulangan yang tinggi.

Sebelum tu,

Kenapa Traffic Penting?

traffic light time lapse

Kalau website anda tidak dikunjungi oleh ramai orang, website anda  mungkin akan tenggelam diantara website-website lain yang ada di internet.

Setiap website perlukan traffic. Macam mana bagus pun website anda, jika pengunjungnya sedikit, website dan bisnes anda mungkin tidak akan bertahan.

Pada dasarnya, website anda hanya bertahan jika ada traffic flow yang stabil.

Jelas? Jom semak..

Petunjuk #1 – SIAPA

Kenalpasti pelanggan adalah perkara paling asas dan utama yang WAJIB anda buat sebelum nak mulakan kempen pemasaran.

Bila anda kenal pelanggan anda, anda akan tahu masalah apa yang anda bantu selesaikan.

Tak perlu nak pening kepala sangat. Contohnya begini, “Anda ada masalah berat badan? Masalah berat badan ni kurangkan keyakinan diri anda?”

Kan dah dapat 1 target pelanggan iaitu – orang yang ada masalah berat badan yang  rasa kurang rasa yakin diri.

Apa nilai yang anda beri? Dengan memakai produk kuruskan badan, keyakinan diri dia semakin bertambah. 

Lebih besar nilai produk atau servis anda bawa dan tunjuk pada pelanggan yang betul, lebih besar potensi untuk pelanggan membeli.

Lakukan sosiografik serta demografik pelanggan, supaya bila anda nak buat kempen, anda akan “reach” pelanggan yang tepat.

target with dart

Petunjuk #2 – DI MANA

Anda dah kenal pelanggan anda, sekarang ini anda kena tahu di mana pelanggan anda ini berada. Di mana mereka selalu meluangkan masa mereka?

Saya berikan perumpamaan mudah, anda nak “mencandat” sotong, mana mungkin anda boleh cari di sungai, sedangkan sotong berada di laut.

Begitu juga dengan  kempen marketing. Bagaimanalah kempen kita nak efektif, kalau pelanggan kita tiada di tempat yang kita pilih.

Contohnya, anda buka restoran steak di kawasan Universiti. Steak tu pula harga minima RM60 satu. Anda rasa logik tak nak buka kedai di tempat ramai pelajar?

Sepatutnya kena buka cawangan di tempat tinggal orang kaya. Barulah ‘kena’ dengan pelanggan yang anda target.

Betul?

a pair of couple eating romantic dinner

Dapat sesuatu daripada point kedua ni? Jom teruskan point seterusnya.

Petunjuk #3 – APA

Okay, sudah tahu di mana pelanggan anda berada? Jom pilih “joran” jenis apa yang kita kena guna untuk pancing pelanggan kita ni.

fishing on a peaceful lake

Nak pakai online marketing ke, offline marketing ke, mahupun media.

Yang penting, anda lepas dua fasa yang terangkan sebelum ini, baru pilih tools apa yang anda nak pakai.

Contoh restoran steak tadi.

Anda buka restoran steak dengan harga minimum RM60 satu. Jadi kenalah buka di kawasan orang-orang kaya.

Cuba survey area mana yang anda nak buka, dan cari di manakah area orang-orang kaya selalu lepak di situ. 

Idea lain, anda sebagai founder boleh masuk kelas bisnes level paling top sekali.

Sebab?

Bila jumpa network kelas bisnes level paling top yang harganya bernilai RM5 angka – 6 angka tiap kelas, pasti anda boleh jumpa network pemilik bisnes yang kaya.

Selain daripada tu boleh berkongsi idea dengan mereka macam mana nak tingkatkan jualan restoran anda, dapatkan business partner.

Ajak mereka lepak di restoran anda. Bila mereka suka, pasti mereka akan buat mouth-to-mouth marketing kepada network bisnes kaya mereka yang lain.

marketing man person communication

Petunjuk #4 – BILA

Adakalanya, kita sudah kenal pelanggan, kita tahu mereka selalu berada di mana, dah pilih alat yang terbaik untuk tarik pelanggan, tapi belum beri hasil yang kita mahukan.

Cuba check bila anda jalankan kempen anda.

planning with post it

Anda kena tahu bila waktu terbaik untuk anda “activate” kempen anda.

Selain itu, yang terbaik jika anda tahu tarikh-tarikh “jackport” untuk anda jalankan kempen dengan mencari bilakah waktu paling ramai pelanggan akan cari produk atau servis anda.

Kempen marketing tahunan yang biasa dilakukan adalah kempen marketing ketika nak Hari Raya Aidilfitri.

Bagi pemilik bisnes fashion pasti sudah bersiap sediakan design baru 2-3 bulan sebelum Hari Raya sebab masa bulan Ramadhan tu dah boleh start teaser dan buka jualan.

Insya-Allah masa tu boleh dikatakan tarikh-tarikh “jackport” untuk pemilik bisnes fashion tingkatkan jualan 2-5x ganda berbanding bulan-bulan biasa.

Kesimpulannya, medium digital ini  digunakan hanyalah sebagai alat pemasaran untuk tarik para pelawat ke website anda, sekaligus menukar mereka menjadi pelanggan.
Yang pasti, sebelum mulakan sesuatu kempen, rancang terlebih dahulu dengan teliti
Semoga berhasil.
Psst : Bantu saya untuk sebarkan artikel ini. Klik butang “Share” untuk kongsikan dengan kawan-kawan ya.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments