Strategi Kurangkan Kos Facebook Ads.

0
8720

kurangkan kos facebook ads

Facebook Ads adalah singkatan bagi Facebook Advertising. Facebook Ads membenarkan pengguna Facebook untuk mengiklankan perniagaan masing-masing. Tak kira apa jenis perniagaan, sama ada dalam bentuk produk ataupun servis.

Walaupun anda seorang agen hartanah, insurans atau sekadar buat dropship dan affilliate pun tetap boleh berniaga di Facebook.

Tambahan lagi,

Iklan anda akan dipaparkan pada tiga tempat.. Samada pada Desktop Newsfeed, Desktop Sidebar dan Mobile Newsfeed. Anda boleh pilih nak iklankan pada tempat yang anda suka.

Jumlah bayaran yang dikenakan oleh pihak Facebook adalah serendah RM0.01 sen untuk satu trafik atau setiap pelawat yang diperolehi.

Tapiiiiiii

Bukan senang tau nak dapat RM0.01 sen tu.

Bila ada orang boleh dapat murah, tapi kita asyik dapat kos yang mahal, maka ada sesuatu yang tak betul disitu.

Bak kata penulis buku T. Harv Ecker dalam bukunya berjudul Secrets of the Millionaire Mind ada menyebutkan,

Kalau sesuatu yang kita buat tu tidak memberi hasil seperti yang kita 
harapkan, bermakna ada sesuatu yang kita tak tahu.

Jadi, kalau orang lain boleh dapat kos Facebook ads murah, tiba-tiba kita asyik kena bayar mahal je, maknanya dah terang dan nyata, ada benda yang kita tak tahu, tapi orang yang biasa dapat harga murah tu mesti tahu sesuatu.

So, catatan kali ini adalah mengenai bagaimana cara nak dapatkan kos pengiklanan dengan harga yang murah menggunakan Facebook ads.

Cara untuk mendapatkan Kos Pengiklanan Facebook Ads dengan Harge Murah

Panjang sekali mukadimah…

#01 – Set Lokasi Dengan Betul

Ok mula-mula pergi ke ads manager dan pilih jenis iklan. Dalam contoh ini saya pilih engagement.

kempen iklan

Kemudian klik continue.

Pilih-engagement

Bila set lokasi di dalam setting Facebook ads, pastikan anda set dan pilih option lokasi : “People who live in this location”.

People-live-in

Elakkan “Everyone In This Location” , “People Recently In This Location” & “People Travelling In This Location”.

Jangan target satu Malaysia. Kalau boleh target bandar-bandar utama contohnya KL, Klang, Shah Alam, Petaling Jaya, JB dan lain-lain.

Lokasi-radius

Kenapa?

Sebab yang biasa dengan belian online, atau ada purchasing power ni orang di bandar-bandar. Lagi kecil kawasan, lebih targetted audience anda. Contoh, jika saya lakukan iklan menjual servis inai pengantin di Bayan Lepas, saya mungkin akan target betul-betul pilih Bayan Lepas. Mungkin radius 5-10 miles sahaja.

Orang yang biasa dengan kawasan itu akan cepat tertarik tengok iklan sebab dah biasa atau memang tinggal di kawasan itu.

#02 – Set Language

Kadang-kadang, ada yang set iklan tanpa specify language.

Sebab itu banyak foreigner yang like dan komen.

Di bahagian language, letakkan “English (All), Malay” .

Language-age

Mudahkan ?

#03 – Avatar Pelanggan

Avatar ni penting, ia seperti satu karakter ideal prospek bagi produk anda. Bukan main reka-reka je.

Contoh lain, saya jual property unit baru, dari developer di Georgetown. Siapakah prospek ideal saya? Yang baru bekerja, umur 25-35, sudah berkahwin, bekerja jawatan executive, ada degree misalnya.

Details ini yang saya masukkan dalam bahagian interest. Apa behaviour mereka.

Interest

Facebook akan mencari prospek ideal melalui interest-interest yang telah di masukkan ini.

Jika anda ada existing customer, lebih baik. Jadikan pelanggan sedia ada anda sebagai avatar. Umur, pekerjaan, pendidikan, taraf perkahwinan dan lain-lain data.

Umur memainkan peranan penting. Jika yang lebih berumur 35-50 tahun misalnya, dalam kes saya niche hartanah, mungkin mereka lebih cenderung buat pembelian hartanah dengan tujuan untuk pelaburan atau persaraan.

Contohnya, tanah lot, landed semi-D, lot kedai komersial unit, bungalow dan sebagainya. Ini mungkin lebih sesuai untuk mereka. Purchasing power, keinginan, kapasiti loan, nett income, DSR dan tunai yang mereka miliki juga berbeza dengan prospek berumur bawah 35 tahun.

#04 – Gambar Atau Banyak Gunakan Video Selagi Boleh.

Iklan yang tiada gambar, kos per engagement lebih tinggi berbanding iklan yang mempunyai gambar atau video.

Dari gambar yang anda paparkan, prospek berhenti untuk lihat iklan.

Tetapi jika iklan yang menggunakan video terbukti lebih berkesan kerana dapat mengurangkan kos iklan berbanding penggunaan gambar produk.

Kenapa?

Sebabnya orang lebih suka melihat video yang lebih interaktif berbanding sekeping gambar yang statik.

Interaksi seperti like, komen dan share video adalah jauh lebih tinggi berbanding pada gambar.

Iklan video kebiasaannya mendapat cost per view serendah RM0.01 berdasarkan artikel pakar pemasaran Facebook, Tuan Firdaus Azizi. Jika video tersebut sangat menarik, ia boleh mencecah di bawah kos RM0.01 per view. WOW!

viedo ads

Tips: Ikut spesifikasi size gambar dan jumlah “wording” yang di tetapkan oleh Facebook untuk iklan mudah approved dapat reach banyak. Jika tak ikut, reach rendah dan kos tinggi.

ads sizeSumber: postplanner.com

Anda boleh pecah-pecahkan iklan di panggil split test. Boleh uji gambar berlainan, copywriting berlainan dan jenis iklan. Jangan tukar semua sekaligus. Tukar satu sahaja bagi setiap iklan.

Kemudian jalankan iklan serentak (dari split test) dan lihat kos setiap iklan dan jumlah engagement atau komen atau leads yang anda dapat. Biarkan iklan berjalan beberapa hari.

Iklan yang mahal, anda boleh pause atau tutup. Iklan yang dapat kos murah dan leads paling banyak biarkan berjalan. Bergantung kepada jenis iklan dan objektif anda.

Nak tips lagi?

Pastikan dalam iklan tersebut anda selitkan Call To Action @CTA yang bersesuaian.

Contohnya, anda boleh minta audience komen ‘PM” untuk info lanjut, tinggalkan nombor telefon, atau isi borang untuk kumpul database ataupun minta mereka share video tersebut. Wajib ada CTA @ Call to action!

Anda tak minta, anda tak dapat lah.

Pssst….kalau nak bisnes lagi berkembang, saya sarankan anda bina web page atau blog sendiri. Macam mana nak mula, tak pasti platform apa nk guna. Kami ada sediakan entri untuk bacaan anda.

Bila dah ada website, boleh la join program affilliate ni pula.

Ada Belajar Sesuatu?

Ok, itu saja yang saya sempat kongsikan hari ini.

Jika anda belajar sesuatu dalam entri ini, jangan lupa untuk klik Share di bawah.

Terima kasih & jumpa lagi nanti.