Platform e-Dagang Terbaik untuk Peniaga Kecil

0
5258

blog bahasa melayu - platform edagang terbaik

e-Dagang atau e-Commerce ialah satu proses jual beli barang secara dalam talian dengan cara elektronik seperti aplikasi mudah alih dan internet. e-Dagang semakin popular dalam kalangan usahawan kerana platform ini memudahkan urusan harian mereka di samping menjimatkan kos operasi harian mereka. e-Dagang berjaya mengubah konsep perniagaan tradisional melalui kedai batu bata. 

Berikut merupakan beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sekiranya anda ingin membina e-Dagang anda sendiri.

Reka Bentuk Kedai Ringkas dan Elegan

Reka bentuk kedai memain peranan yang penting dari segi conversion pelanggan anda. Anda pasti mahukan kedai online yang ringkas, cantik dan cukup dengan maklumat bagi memudahkan perjalanan pelanggan anda. Berikut merupakan beberapa contoh kedai online yang Exabytes telah bantu untuk bina. 

  1. Coolscarf Malaysia

blog bahasa melayu - platform edagang terbaik
2. LLORA Bath and Body

blog bahasa melayu - platform edagang terbaik

Konsultasi dari Pereka Laman Web Profesional 

Exabytes menyediakan e-Commerce starter plan untuk peniaga kecil atau sederhana yang ingin mula memiliki kedai online mereka sendiri. Sekiranya anda memilih plan ini, anda akan mendapat 1 sesi  konsultasi bersama pakar laman web kami.  Exabytes juga menyediakan khidmat copywriting profesional untuk kedai online anda.

blog bahasa melayu - platform edagang terbaik

Menerima Semua Kaedah Pembayaran Dalam Talian

Plan e-commerce dari Exabytes menerima semua kaedah pembayaran dalam talian seperti online banking, e-wallet, debit card, credit card dan lain-lain lagi. Transaksi yang lancar sangat penting bagi sesebuh e-dagang. Dengan menggunakan plan  e-commerce dari Exabytes, keselamatan transaksi anda juga terjamin kerana Exabytes menawarkan SSL untuk website e-dagang anda. SSL ini membolehkan maklumat sensitif seperti nombor kad kredit, maklumat akaun bank, dan kata laluan dihantar dengan selamat.

blog bahasa melayu - platform edagang terbaik
Platform Sehenti untuk Menguruskan Penghantaran 

Melalui e-dagang, urusan penghantaran barang anda menjadi lebih mudah. Kaedah penghantaran merujuk kepada bagaimana anda menghantar produk anda kepada pelanggan anda dan berapa banyak yang akan anda bayar. Kaedah adalah berbeza  dari segi:

  • Penyedia perkhidmatan kurier (Pos Laju, Skynet, FedEx, dll.)
  • Kaedah pengiraan (mengikut berat, mengikut kuantiti item, dll.)
  • Harga (RM7 per kg, RM5 setiap item, dll.) 

Laman web e-Dagang dari Exabytes telah tersedia dengan sistem kurier. Berikut merupakan kurier yang telah  tersedia:

  • EasyParcel
  • Lalamove Malaysia
  • Ninja Van Malaysia
  • DHL Ecommerce
  • J&T
  • CollectCo

Anda juga dengan mudahnya boleh menyambung perkhidmatan kurier pihak ketiga sekiranya anda mahu melalui integrasi aplikasi penghantaran. Perkhidmatan kurier tersebut menawarkan:

  • Pengiraan kadar penghantaran secara automatik semasa pembayaran untuk diambil dari pelanggan
  • Membolehkan anda memenuhi pesanan dan menempah perkhidmatan  penghantaran secara terus dari laman web e-Dagang anda
  • Menyokong percetakan airway bill
  • Menyokong pemenuhan pesanan secara pukal dan percetakan airway bill secara pukal

Berikut merupakan beberapa elemen yang Exabytes e-Commerce Starter plan sediakan. Sekiranya anda ingin memiliki laman e-Dagang anda sendiri, sila klik sini untuk maklumat lanjut.