Tips untuk website redesign yang berjaya.

0
6640

Projek redesign laman web adalah satu perkara yang bukan remeh-temeh, can be really hard work.

Bagi sebahagian anda laman web adalah merupakan alat pemasaran dan jualan yang paling penting yang anda miliki. Tetapi jika laman web tersebut terbiar berhabuk dengan design bertahun lama nya tidak ditukar.. Anda memang patut memikirkan untuk ceriakan kembali. Naikkan serinya semula.

Dalam artikel kali ini, kami kongsikan apa yang perlu diambil kira dan pertimbangkan dalam mereka semula laman web anda. Ini kerana kejayaan sebuah perniagaan bergantung kepada kualiti laman web.

Tips untuk website redesign yang berjaya.

Perkara paling penting yang perlu anda ingat sebelum memulakannya adalah anda perlu benar-benar jelas dengan rancangan yang hendak dibuat.

Tanya diri anda dengan soalan-soalan ini ;

  • Apa yang hendak anda kecapi selepas redesign website?
  • Apa bisnes dan marketing goals yang anda harap?
  • Siapa sasaran user anda?
  • Macam mana anda dapat tingkatkan pengalaman mereka menggunakan website anda?

Berikut merupakan contoh website yang berjaya redesign sebelum dan selepas.

Panos Pictures

0_PzlV_oxxbvFAblxSCredit : Medium

Sebelum

Laman web Panos adalah laman web yang tidak responsif, sangat tidak user friendly dan sangat berat pada JavaScript dan pilihan navigasinya yang rendah.

Pada halaman utamanya pula terdiri daripada menu navigasi dan kotak carian di bahagian atas, diikuti oleh satu imej besar dan diikuti dua atau tiga imej yang lebih kecil, masing-masing menghubungkan ke laman foto.

Pokoknya, design tersebut kuno, sangat biasa dan rasa tidak tertarik apabila melihatnya.

0_WeY7eSo-va6SdxZQ

Selepas

Pertama sekali, laman Panos kini sepenuhnya responsif. Kandungan dan elemen juga mengubah saiz secara automatik agar sesuai dengan paparan pengguna. Menu navigasi atas, sekarang tersembunyi di sebalik butang menu dan muncul sebagai lapisan apabila diklik. Satu-satunya elemen lain di bar atas adalah logo agensi yang tidak berubah dan ruangan carian mudah.

0_943XVB1hTPDUfmaxKawasan content utama dikuasai oleh satu imej besar, dengan tajuk dan dimasukkan unsur CTA (call to action). Ruang ditangani dengan baik. Saiz dan susunan imej bersesuaian serta kandungan yang turun ke bawah dapat melihat, mengarahkan pengguna untuk scroll ke bawah. Dalam bahagian ini filter options mencetuskan kesan animasi yang menarik.

Secara keseluruhan, reka bentuk Panos membuat pengalaman pengguna rasa lebih baik tanpa kehilangan intipati jenama.

Terdapat banyak lagi contoh website-website lain yang berjaya mengubahsuai imej mereka.

Tetapi

Paling membimbangkan adalah..

Kepada usahawan yang tiada website.

Tentu anda tertanya-tanya :

“Perniagaan saya adalah tempatan. Kenapa saya harus mempunyai laman web jika saya tidak menjual secara dalam talian?”

Atau

“Tetapi perniagaan/ agensi saya kecil, mengapa saya memerlukan sebuah laman web?”

Mungkin anda juga akan berkata ;

“Tetapi saya sudah mempunyai laman Facebook, saya tidak memerlukan laman web.”

Betul ?

Tapi pernah tak anda terfikir, kenapa orang melayari internet dan melawat laman web?

Ya, mestilah untuk mencari maklumat kan. Maklumat sangat penting untuk laman web jika anda melakukan perniagaan.

Sebab itu sebagai seorang usahawan, anda perlu mempunyai laman web yang mesti mengandungi segalanya tentang anda. Sebagai contoh, siapa anda dan apakah produk yang anda ingin perkenalkan dan cara untuk menghubungi anda.

Dibawah ini kami senaraikan kelebihan mempunyai laman web pulak.

  1. Tiada had masa
    Dengan adanya kemudahan internet, laman web anda boleh buka pada bila-bila masa sahaja dan dimana jua anda berada.Pengguna akan lebih tertarik dengan website kerana ia lebih mudah, Cuma anda kena pastikan maklumat yang terdapat dalam laman web anda lengkap, tepat dan memenuhi apa yang mereka ingin tahu.
  2. Akses tanpa had untuk admin.
    Tahukah anda bahawa jika anda mempunyai laman web sendiri anda sendiri, anda sebenarnya boleh mengetahui semua aktiviti yang berlaku di situ?Kami nak pinjam sebentar masa anda untuk lihat gambar rajah di atas. Pemilik website ataupun lebih senang kita panggil admin, mempunyai kawalan penuh terhadap website.Admin boleh setting page ikut kesesuaian dan reka bentuk sendiri bermula dari tema sampai la ke content, ruang komen dan macam macam lagi.Anda juga boleh tahu berapa ramai orang yang telah ataupun sedang melawat laman web anda, statistik laman web dan macam macam lagi.Yang paling bagus, anda juga boleh membuat kemas kini laman web anda bila-bila masa, menjadikan ia jauh lebih murah daripada printed media macam business card atau flyers.pexels-photo-948050
  3. Kemudahan untuk pelanggan.
    Bila anda sudah mempunyai website sendiri, anda sedar atau tidak secara tak langsung anda telah memberi satu kemudahan kepada pelanggan anda.Contoh ?Sebagai contoh , pelanggan boleh terus layari ke website tanpa perlu ke premis anda. Ini dapat menjimatkan masa kedua dua belah pihak, serta perbelanjaan pelanggan untuk mengisi minyak kenderaan.
  4. Meningkatkan pelanggan.
    Mungkin anda sangat dikenali dan mempunyai ramai pelanggan di kawasan berhampiran anda, tetapi pernah tak terfikir untuk meluaskan perniagaan anda ?Ke luar negara ? Ke seluruh pelusuk dunia ? Tidak mustahil sebenarnya. Cuma orang kita yang takut untuk ambil risiko dan memberikan komitmen yang lebih.Dengan adanya website ni, anda boleh menggandakan pelanggan anda bukan sahaja dari dalam negara malah produk anda mungkin dikenali di serata dunia. Zaman sekarang memang mudah, semua informasi hanya terletak di hujung jari.  Jadi tidak rugi jika anda ambil peluang ini untuk memajukan bisnes anda.pexels-photo-414916
  5. Pengiklanan.
    Tahukah anda , selain memiliki website terdapat banyak lagi cara untuk mengiklan kan produk melalui laman sesawang. Antaranya ialah mencuba advertisement di media social seperti Facebook ataupun Google.Online advertisement ni sangat effective dan juga mesra alam. Kenapa mesra alam ? Sebab bila kita guna pengiklanan secara online, kita dapat menjimatkan pengunaan kertas dan mengurangkan pemanasan global.pexels-photo-266246
  6. Lebih menjimatkan.
    Kos untuk memulakan sesebuah perniagaan konvensional biasanya lebih tinggi tetapi kos sewa kedai, ubah suai bangunan, upah pekerja dan lain-lain dapat dikurangkan melalui perniagaan dalam talian.Risikonya juga lebih rendah dan peniaga dapat menguruskan sendiri perniagaan mereka tanpa perlu mengupah ramai pekerja.Peniaga tidak perlu mengeluarkan wang yang lebih untuk membeli atau menyewa aset seperti bangunan, peralatan dan kelengkapan lain.Penjimatan itu boleh digunakan untuk membeli stok, kos reka cipta laman web dan sebagainya.credit-squeeze-taxation-purse-tax-46242
  7. Peluang membuktikan kredibiliti.
    Sebuah laman web dapat memberikan anda peluang untuk membuktikan kredibiliti anda kepada orang ramai.Anda perlu buktikan kepada pelanggan mengapa anda layak mendapat kepercayaan mereka melalui. Melalui feedback yang diberikan oleh pelanggan, anda dapat improve lagi bisnes atau produk.Laman web anda juga boleh menjadi tempat dimana pelabur berpotensi untuk bekerjasama dengan anda untuk menjalankan perniagaan dibawah satu nama.Disamping itu laman media sosial seperti Facebook, Instagram dan lain-lain yang sepertinya adalah penting untuk pemasaran laman web anda.businessman-with-laptop-celebrating-success_23-2147932214

Semua ini adalah beberapa kelebihan dalam memiliki laman web untuk perniagaan anda. Bangunkan satu penyelesaian yang anda rasa bagus untuk memajukan lagi perniagaan anda. Ambil peluang ini, sebelum terlambat.

Jangan lupa share entry ini !