Pentingnya Korporat Emel

0
6583

cara nak pilih alamat emel nampak profesional

Emel sudah menjadi satu bentuk komunikasi yang penting masa kini dan mula diterima untuk urusan rasmi, walaupun masih memerlukan penggunaan surat menyurat.

Pelbagai kelebihan yang dimiliki menyebabkan ramai pengguna enggan menafikan kepentingannya, malah menjadi pilihan utama dalam semua urusan.

Dalam entri ini, saya akan kongsikan 3 peraturan mudah untuk mencipta alamat emel profesional.

Pertama sekali, anda perlu menggunakan domain anda sendiri. Kemudian, gunakan format emel standard yang kelihatan profesional.

Dapatkan Alamat Emel Profesional Secara Percuma

Apabila anda sudah bersedia untuk membuat alamat emel anda, panduan alamat emel ini adalah untuk anda yang sudah mempunyai laman web.

Jika anda memerlukan tempat untuk hostkan laman web anda, Exabytes adalah jawapannya.

Mereka menawarkan pakej emel perniagaan dan hosting laman web untuk perniagaan kecil serendah RM14.99 sahaja.

a. Guna Domain Sendiri

Perkara pertama untuk kesan yang terbaik yang perlu anda lakukan ialah membeli domain anda sendiri.

Sebagai contoh, anda disarankan menggunakan emel haris@YourBusiness.com bukannya [email protected] atau [email protected].

Custom domain ini sebagai tanda profesionalisme.

Dengan membeli domain untuk alamat emel, ia dapat menunjukkan syarikat anda kukuh, berpengalaman dan mempunyai kredibiliti yang tinggi. (Mungkin ada diantara anda juga telah pun membuat laman web, itu lebih baik).

Macam mana nak cari domain untuk emel bisnes;

Dengan menggunakan tool dibawah, anda dapat cari nama domain yang available dengan mudah.

Masukkan nama pilihan yang anda mahu, kemudian tekan button search.

choose a domain tutorial

Kami recommend beli domain pertama anda melalui Exabytes kerana anda dapat create 30 email accounts maksimumSangat menguntungkan.

b. Elakkan menggunakan nama samaran dan nombor

Selain daripada domain, komponen utama yang lain perlu dititikberatkan pada alamat e-mel adalah nama yang digunakan.

Anda boleh gunakan nama penuh tetapi disarankan menggunakan nama seringkas yang boleh.

Mudah untuk ingat dan kesilapan menaip juga kurang. Misalnya, [email protected]. Simple.

Elakkan menggunakan emel seperti [email protected] atau [email protected].

Jangan. Elakkan.

Seterusnya, didalam emel tersebut anda boleh set nama paparan yang sesuai. Nama ini akan dapat dilihat oleh penerima emel anda.

email display name

c. Cipta Special Alamat Emel untuk dipaparkan di dalam website

Kebiasaannya emel yang dipaparkan di laman web adalah bersifat umum dan berbeza daripada emel untuk kegunaan peribadi.

Jika founder bisnes bagi alamat peribadi kepada semua orang yang singgah ke laman web… alamatnya, hm…

Kelebihan Emel

Apa kelebihan E-mel sehingga menjadikan aplikasi ini menjadi pilihan ramai pengguna dalam urusan rasmi dan tidak rasmi mereka?

Terdapat banyak kelebihan emel yang boleh dimanfaatkan oleh pengguna. secara kasar, berikut antara kelebihan yang tidak mampu disangkal lagi iaitu;

1. PANTAS

Semua urusan yang melibatkan penggunaan emel dapat dilakukan dengan lebih pantas.

Hanya dengan klik pada butang “send”, emel mampu dihantar atau diterima sekiranya terdapat talian internet yang stabil walaupun jarak antara pengirim dan penerima emel beratus kilometer jauhnya

Sekiranya menggunakan perkhidmatan surat menyurat secara tradisi, jarak akan menentukan berapa lama masa diperlukan untuk penerima menerima surat berkenaan.

Contohnya, penerima surat yang tinggal di Alaska mungkin akan menerima surat kiriman anda dalam masa sebulan, penerima di London akan menerima kiriman anda dalam masa seminggu, manakala penerima yang tinggal di Lembah Klang mungkin hanya memerlukan masa sehari sahaja untuk menerima surat anda.

Sekiranya menggunakan emel, penerima mampu menerima emel anda dalam masa beberapa detik sahaja atau beberapa jam sekiranya terdapat gangguan talian internet.

2. EKONOMI

Menilai dari sudut ekonomi, penggunaan emel hanya menggunakan kos yang rendah dan murah.

Pengguna hanya perlu mengeluarkan kos untuk mendapat talian internet sahaja sekiranya menggunakan emel yang ditawarkan secara percuma seperti yahoo, gmail, hotmail dan sebagainya.

Sekiranya pengguna menggunakan akaun emel yang berbayar, kos berkenaan hanyalah untuk membayar host emel tersebut dan talian internet.

menggunakan perkhidmatan surat menyurat secara tradisi, jarak dan berat kandungan surat anda akan menentukan berapa bayaran dikenakan untuk menampung kos.

Contohnya, surat menyurat biasa yang beratnya 0.01g yang dihantar kepada penerima di Perlis memerlukan stem berharga RM0.50 dengan kaedah pos biasa, sementara penggunaan Pos Ekspress memerlukan RM3.

Lebih berat kandungan surat, dan lebih jauh jarak penerima surat berkenaan, maka kosnya juga turut bertambah.

3. CEKAP

Penggunaan emel membolehkan pengirim membuat kepilan pelbagai bentuk fail iringan dalam kapasiti tertentu.

Pengguna juga boleh menghantar emel berkenaan secara serentak kepada ramai penerima.

4. KESELAMATAN

Pengguna emel mempunyai kata laluan yang tersendiri membolehkan emel tersebut hanya dibaca oleh penerima yang ada kata laluan yang sah sahaja.

Pemilihan kata laluan perlu menepati ciri-ciri kata laluan yang baik bagi mengelakkan emel tersebut diceroboh oleh golongan yang tidak bertanggungjawab.

5. MULTIMEDIA

Emel boleh membuat pelbagai jenis kepilan fail iringan yang lain dalam pelbagai bentuk seperti grafik, teks, audio, video dan sebagainya.

Ini memberi kemudahan kepada pengguna untuk mengirim, berkongsi dan menyebarkan maklumat yang diingini secara lebih meluas.

Terdapat banyak kelebihan lain yang disediakan emel.

Semoga entri ini bermanfaat.

Jumpa lagi dilain entry!

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments