Bagaimana kehadiran media sosial dapat membantu seseorang dalam menjana pendapatan pasif income, dan apa strategi pemasaran yang diperlukan?
Dalam dunia perniagaan, anjakan paradigma pastinya tidak mengasingkan antara satu sama lain untuk maju dan merasakan kehadiran sebagai pemain khusus.
Ini mungkin bukan kali pertama kita mendengarnya, tetapi mungkin terdapat sedikit kekurangan dalam sudut bagaimana kita menganggap perniagaan atau cara menjana pendapatan pada era baharu.
Kehadiran media sosial, membuka pintu kepada sesiapa sahaja yang ingin memanfaatkan bahagian hadapan media sosial.
Media sosial adalah salah satu cara paling berkesan untuk mengembangkan jangkauan dalam menjana pendapatan walaupun tidak mempunyai modal untuk memulakan sesuatu perniagaan.
Apa yang perlu ialah strategi pemasaran media sosial mengikut kehendak dan keperluan perniagaan.
Pendek kata sesiapa sahaja boleh digelar peniaga dengan kehadiran media sosial kerana ia bukan sahaja membuka peluang menjana pendapatan pasif atau side income malah membuka minda dengan pelbagai idea pasif income.
Apakah yang dikatakan pasif income atau pendapatan pasif?
Pendapatan pasif atau pasif income ialah wang yang diperolehi tanpa melakukan sebarang kerja “aktif” untuk terus menjana pendapatan.
Pada dasarnya, melakukan kebanyakan kerja terlebih dahulu dan melakukan beberapa usaha tambahan di sepanjang jalan untuk memperoleh pendapatan.
Sebagai contoh, kursus atas talian, perlu dikemas kini kandungannya untuk memastikan wang mengalir.
Selain kursus, blog, e-buku, video atau kedai atas talian adalah antara kaedah yang menjana pendapatan walaupun tidak bekerja.
Harta Tanah atau saham juga membolehkan penjanaan pendapatan pasif melalui skop berbentuk pelaburan.
E-dagang menjadi salah satu cara paling popular yang sering diungkapkan sebagai “buat wang sambal tidur”.
Pelbagai produk dan servis yang boleh dilontarkan dipesada e-dagang, ia hanya perlukan idea yang masuk akal untuk melaungkan jeritan untuk menjana permintaan.
Kelebihan e-dagang adalah kebebasan dalam berniaga yang dapat membantu membina produk berjenama sendiri dengan cara paling mudah tanpa modal.
Cadangan pendapatan pasif untuk pelajar, pemula, dan mereka yang tiada modal permulaan
Ramai yang arif tentang Facebook, Instagram, Twitter, Telegram dan Youtube adalah platform media sosial yang bagus, tetapi penukar permainan perniagaan sekarang ialah TikTok – TikTok Shop, platform yang menggabungkan kedua-dua ciri e-dagang dan media sosial.
Dalam pemahaman mudah: Shoppe + Facebook, atau Lazada + Instagram. Belia menyukainya.
Orang dewasa tidak memahaminya. Tetapi popularitinya tidak boleh dinafikan dan diabaikan.
Dengan sifat ketagihannya yang dilengkapi dengan algoritma unik TikTok, ia menjadikan setiap rakaman video berpeluang untuk menjadi viral – tidak kira berapa ramai pengikut dalam media sosial.
TikTok mempromosikan perkara yang benar-benar dipercayai iaitu mampu menyampaikan kandungan rakaman video kepada khalayak yang betul selain memenuhi cita rasa dan minat pengguna yang menontonnya.
Oleh itu, ini telah menjadikan TikTok sebagai alat penemuan pengguna seperti golongan pelajar, pemula, dan mereka yang tiada modal permulaan untuk meningkatkan perniagaan sejak beberapa tahun lalu.
Shopee ialah laman sesawang e-dagang paling banyak dilawati di Malaysia dan merupakan salah satu saluran jualan pasaran yang paling kerap dikunjungi seperti yang dijangkakan.
Tidak dinafikan juga bahawa penyegerakan pasaran memainkan peranan penting di Malaysia apabila meneliti pengurusan perniagaan e-dagang.
Selain itu kebanyakan idea pendapatan pasif yang berjaya adalah hasil kerja keras dan keuntungan berulang.
Penambahan aliran pendapatan pasif ke dalam kehidupan boleh memberi kebebasan, fleksibiliti dan wang.
Pendapatan pasif boleh melonjak naik dan mungkin menggantikan gaji sedia ada.
Namun bagi pelajar, pemula, dan mereka yang tiada modal permulaan yang mengikuti laluan ini boleh meraih faedah yang menguntungkan melalui pilihan berikut:
- Penulisan/penyuntingan bebas: bagi yang mempunyai kemahiran komunikasi bertulis boleh memulakan blog dan menjana pendapatan pasif daripada iklan.
- Tutor dalam talian: memanfaatkan teknologi dan internet serta menawarkan perkhidmatan tunjuk ajar dari jauh.
- Menjual produk atau perkhidmatan: Sama ada barang kemas buatan tangan atau perkhidmatan reka bentuk sesawang.
- Menjadi pemasar gabungan: Program ahli gabungan membolehkan orang ramai mengewangkan trafik tapak sesawang mereka dengan memperoleh komisen apabila pelawat mengklik pautan dan membeli sesuatu daripada tapak pedagang. Ia memerlukan banyak usaha terlebih dahulu tetapi boleh membuahkan hasil yang lumayan dari masa ke masa – terutamanya jika dilakukan dengan betul!
- Pekerjaan Pembantu Maya: fleksibel, berpotensi untuk maju kehadapan, peranan yang pelbagai dan boleh bekerja dari rumah, jimat kos sara hidup.
- Pekerja Gig Di GoGet: Kerja gig boleh menjadi cara terbaik untuk pelajar menjana wang tambahan. GoGet ialah salah satu platform terbaik terkini yang dapat menawarkan pelbagai peluang yang bersesuaian dengan jadual mana-mana pelajar. Dengan waktu kerja yang fleksibel tanpa sebarang komitmen minimum dan kadar gaji yang kompetitif, adalah mudah untuk melihat sebab mengapa ramai pelajar menjadikan platform ini sebagai pilihan utama.
- Pelaburan Berisiko Tinggi: Skop yang agak rumit kerana pelaburan berisiko tinggi yang BUKAN berunsurkan penipuan cukup pelbagai. Sebagai contoh, melabur melalui platform pinjaman P2P (peer-to-peer), platform ECF (equity crowdfunding), mata wang kripto, melakukan pelaburan dalam ladang durian dan lain-lain memerlukan pengetahuan dan kebolehtahanan yang tinggi dari segi modal pelaburan serta kental.
- Menjadi pengaruh media social (Influencer): Untuk menjadi pengaruh media sosial seseorang itu harus berupaya mempengaruhi keputusan pembelian orang lain dan membina komuniti tersendiri. Contoh: Seorang peminat komik boleh membuat akaun Instagram dan mula menyiarkan secara konsisten tentang rancangan Marvel dan DC terkini dan bina komuniti pengemar komik. Perkara yang sama boleh dicetuskan dalam sukan, selam skuba, hiasan rumah, atau budaya umum.
Penglibatan khalayak yang terlibat boleh digunakan untuk menyokong pelbagai idea pendapatan pasif.
- Dropshipping adalah salah satu idea pendapatan pasif terbaik untuk mendapatkan wang dari mana sahaja seseorang itu berada. Dropship merupakan salah satu sumber pendapatan pasif yang paling menguntungkan. Produk sohor terkini di pasaran mudah didapati melalui dropshipping di Ali Ekspress misalnya, untuk dijual kepada pelanggan di seluruh dunia. Keajaiban dropshipping ialah ia memberi kawalan penuh ke atas margin perniagaan serta caj yang ditentukan untuk sesuatu produk.
Adalah penting untuk diingat bahawa hanya beberapa pilihan akan berfungsi untuk sesetengahnya.
Mencari perkara yang paling berkesan memerlukan percubaan dan kesilapan, tetapi sebaik sahaja alur yang sesuai ditemui, aliran wang akan mula melimpah dengan sendiri.
Wang tunai akan berjaya diperolehi. Kuncinya adalah untuk kekal teratur dan fokus untuk memanfaatkan semua peluang yang tersedia dan bijak mengurus masa.
Kesimpulan
Cadangan pendapatan pasif untuk pelajar, pemula, dan mereka yang tiada modal permulaan, walaupun ia tidak menjanjikan kekayaan dalam sekelip mata, namun demikian ia menawarkan peluang untuk menambah pendapatan pasif dengan usaha berterusan yang minimum.
Pupuk idea pendapatan pasif untuk menjana pendapatan tambahan dan membina masa depan kewangan yang lebih terjamin.
Sebagai seorang pelajar, pemula, dan mereka yang tiada modal permulaan, mempunyai pendapatan sampingan boleh memberi manfaat yang luar biasa.
Ia adalah sesuatu yang perlu diterokai untuk mencapai kebebasan kewangan dan juga mengumpul pengalaman berharga yang akan kelihatan hebat pada permohonan kerja masa hadapan.
Skop menjana pendapatan adalah luas dan mudah. Banyak pilihan tersedia untuk memperoleh aliran pendapatan pasif atau pasif income.
Join the Exabytes Reseller Partner Program today!
Kickstart your reselling business with minimal cost and time investment.
Join Jadi Reseller Partner Kami
Related: