Kisah kejayaan seterusnya ialah dari LLORA Bath & Body iaitu sebuah pengeluar produk mandian dan penjagaan badan tempatan.
Hasil dari sesi temubual bersama Pengarah Urusan LLORA Bath & Body, Puan Adrina Suhaidi beliau berkongsi maklumbalas beliau tentang kempen #SamaSamaDigital dan bagaimana kempen ini telah membantu perniagaan beliau.
Boleh Anda Kongsi Mengenai Perniagaan Anda, LLORA
LLORA adalah produk mandian & badan artisan yang disertakan dengan minyak pati tulen & ekstrak tumbuhan sebenar. Bebas kekejaman, menggunakan bahan semulajadi, halal, bebas Paraben, bebas SLS & mesra kulit sensitif.
Kami percaya bahawa perjalanan ke kulit yang sihat seharusnya tidak membosankan dan oleh itu kami membuat barang keperluan unik buatan tangan yang dibuat dengan bahan berkualiti tinggi.
Dari pelembap bibir hingga lulur badan, losyen hingga minyak rambut, pembersih tangan hingga minyak urut aromaterapi, dengan hanya minimum 30 orang hingga seribu, kami juga memenuhi permintaan acara & set hadiah untuk sebarang acara termasuk hadiah korporat, perkahwinan, perjumpaan, ulang tahun kelahiran & lain-lain.
Label pelekat disesuaikan mengikut permintaan.
Plan #SamaSamaDigital Apa yang Anda Pilih dan Mengapa?
Kami memilih plan All-In-1 Ecommerce Solutions untuk membina kedai online kami sendiri. Kedai online ini termasuk hosting dan domain yang telah disediakan oleh team dari Exabytes.
Kedai Online LLORA ini telah dilengkapi dengan payment gateaway untuk memudahkan pembayaran dan juga disediakan sistem penghantaran.
Dengan subsidi dari Exabytes & Ekuinas, harga untuk kami miliki kedai online kami hanyalah RM199.
Bagi kami ini merupakan peluang keemasan memandangkan norma baru menggalakkan kita berniaga secara online, jadi kami menagambil keputusan untuk miliki platform online kami sendiri.
Alhamdulillah, setelah menggunakan website jualan kami naik sehingga 40%.
Apakah Cabaran Terbesar Semasa PKP?
Cabaran terbesar kami ialah penurunan jualan bulanan kami. Banyak pelanggan kami terpaksa membatalkan order dan kami juga mempunyai masalah penghantaran ke Sabah & Sarawak.
Disebabkan masalah ini juga jualan bulanan kami menurun.
Bagaimana Perkhidmatan Exabytes Membantu Perniagaan Anda Berkembang?
Exabytes menyediakan website e-Dagang untuk kami lengkap sekali dengan gerbang pembayaran dan sistem penghantaran iaitu EasyParcel.
Melalui EasyParcel, kami dapat menjejaki penghantaran kami. Jadi segala transaksi kami menjadi lebih mudah dan menjimatkan lebih banyak masa kami.
Kami tak perlu melayan Whatsapp customer sampai ke malam, kami tak perlu lagi menunggu resit dari customer untuk teruskan dengan penghantaran.
Kami cuma bekerja melalui website dan terima order dari platform tersebut sahaja. Melalui website e-Dagang, kami mendapat lebih banyak pelanggan berkualiti.
Sebelum ini, kami hanya menggunakan platform di media sosial seperti Instagram untuk mempromosi perniagaan kami.
Boleh dikatakan pelanggan lebih banyak bertanya daripada membeli. Ada sesetengah pelanggan yang terpaksa tukar order saat akhir jadi perkara sebegini melengahkan pekerjaan kami dan memakan masa untuk mendapatkan jualan.
Kami memilih untuk menukar ke platform e-Dagang supaya pelanggan kami lebih mudah untuk mendapatkan maklumat produk dan lebih mudah membuat keputusan serta transaksi pembelian.
Apa Pandangan Anda Setelah Menyertai #SamaSamaDigital?
#SamaSamaDigital telah membantu meningkatkan jualan kami.
Selepas kami menukar platform dari menggunakan media sosial sehingga memiliki website LLORA sendiri, jumlah pelanggan baru kami meningkat sehingga 40%.
Jualan bulanan kami meningkat dan pelanggan lebih yakin untuk membeli produk dengan LLORA.
Bagaimana Anda Tahu Mengenali Exabytes?
Kami mengenali Exabytes melalui kempen #SamaSamaDigital yang diiklankan di Facebook.
Melalui kempen ini kami dapat mengenali lebih banyak servis dari Exabytes seperti Ecommerce Web Design yang sesuai untuk peniaga yang ingin memulakan e-Dagang mereka sendiri.
Tapi melalui #SamaSamaDigital harga yang kami dapat jauh lagi murah dengan subsidi tahun pertama.
Sangat berbaloi dan rugi kalau kami lepaskan peluang ini.
Adakah Anda Mengesyorkan Program #SamaSamaDigital/Exabytes kepada Rakan/Keluarga Anda?
Ya, kami sangat mengesyorkan program ini untuk peniaga kecil dan sederhana di luar sana yang nak naikkan jualan mereka.
Kami faham situasi peniaga seperti kami ini. Kami tak mempunyai bajet yang banyak untuk upgrade bisnes kami.
Sebab itu kami sangat bersyukur dengan program #SamaSamaDigital ini. Dengan bantuan subsidi kami tak perlu keluarkan modal yang banyak untuk miliki website kami sendiri.
Dengan rancangan tahunan yang berpatutan kami mendapat sebuah kedai online yang serba lengkap.
Jadi untuk peniaga diluar sana yang nak pergi lebih jauh dalam dunia digital, kami cadangkan program ini untuk anda.
Kesimpulan
Terima kasih kami ucapkan kepada LLORA kerana sudi berkongsi kisah mereka sebagai rujukan kita semua.
Exabytes sangat berbesar hati kerana dapat membantu PKS diluar sana untuk mendigitalkan perniagaan merek melalui servis dan produk dari Exabytes.
Kami berharap perniagaan LLORA Bath & Body akan berkembang di tahun-tahun mendatang.