Kisah Kejayaan: Songket Republik

0
6563

Songket Republik

Songket Republik merupakan syarikat pembekal songket tempatan yang ingin mengubah perniagaan kedai fizikal mereka ke kedai online melalui kempen #SamaSamaDigital.

Melalui kempen ini, Exabytes telah membantu Songket Republik untuk membina kedai online dan menyediakan servis SEO untuk pemasaran digital mereka.

Exabytes sangat berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada transformasi digital Songket Republik.

Boleh Anda Kongsi Mengenai Perniagaan Anda, Songket Republik

Songket Republik adalah jenama berdaftar di bawah syarikat Songket World Sdn Bhd.

Kami merupakan pengeluar Songket Tenun untuk pasaran Malaysia, Singapura, Thailand dan Brunei.

Terdapat lebih 100 jenis songket dan Sampin yang telah dikeluarkan oleh pihak kami.

Pihak kami mendapat kepercayaan daripada pelbagai badan gormal seperti sekolah, koperasi, dan jabatan untuk membekalkan Songket dan Sampin sebagai pakaian formal mereka.

Kami dengan sedaya upaya akan cuba untuk memenuh semua permintaan dan tempahan yang telah dibuat mengikut masa yang telah dijanjikan.

MISI

  • Syarikat kami berusaha membekalkan songket yang mencukupi untuk pasaran malaysia dan negara asia tenggara yang lain. 
  • Kami juga komited membekalkan produk songket berkualiti sesuai dengan bajet pelanggan kami.

VISI:

  • Visi kami adalah untuk menjadi pengeluar songket terbesar di Malaysia dan memartabatkan kembali corak songket tenunan Malaysia dalam persada antarabagsa. 
  • Visi ini dapat dicapai melalui peningkatan kualiti design dan fabric Songket agar dapat bersaing dengan kualiti jenama terkenal dunia.

Plan #SamaSamaDigital apa yang anda pilih dan mengapa?

Kami memilih Penyelesaian Digital All-In-1 dari kempen #SamaSamaDigital.

Untuk lebih spesifik kami memilih Pakej J: SEO. Kami mahu jenama Songket Republik ini lebih dikenali dan dapat menjangkau lebih ramai orang secara dalam talian.

Melalui kempen #SamaSamaDigital kami dapat bina  kedai online kami sendiri.

Jadi untuk memastikan kedai online kami dikenali ramai, kami memilih servis SEO dari Exabytes untuk menaikkan ranking kedai online kami di laman carian Google.

Apakah cabaran terbesar semasa PKP?

Semenjak kerajaan mengumumkan perintah kawalan pergerakan bulan Mac yang lalu, kami kehilangan ramai pelanggan sejujurnya.

Kedai kami ditutup sementara, untuk mematuhi arahan PKP jadi pelanggan tidak dapat datang ke kedai.

Disebabkan itu jualan kami menurun dari bulan-bulan sebelumnya.

Oleh itu, kami membuat keputusan untuk mendigitalkan perniagaan kami melalui Kempen #SamaSamaDigital yang dianjurkan Exabytes.

Exabytes menawarkan banyak pakej untuk mendigitalkan perniagaan anda, anda cuma perlu pilih pakej yang bersesuaian.

Tambahan pula dengan bantuan subsidi dari MDEC dan Ekuinas sehingga RM10,000 kami bertambah yakin dengan pilihan kami untuk ubah bisnes dari offline ke online. 

Bagaimana Perkhidmatan Exabytes Membantu Perniagaan Anda Berkembang?

Kami sedang mencari peluang untuk ubah perniagaan fizikal kami ke dunia online.

Melalui #SamaSamaDigital kami dapat merialisasikan impian kami dengan harga yang murah.

Exabytes menguruskan pembinaan kedai online kami dari awal sampai akhir dan menguruskan SEO untuk laman web kami dengan perkhidmatan daripada pekerja profesional mereka.

Pakar dari Exabytes akan menganalisis ‘keyword’ yang boleh menaikkan ranking laman web kami di halaman google.

Untuk pengetahuan anda, SEO adalah percuma dan sesuai untuk pemasaran jangka masa panjang dan sesuai untuk semua jenis perniagaan.

Memandangkan situasi sekarang tidak menentu, kami perlu memastikan setiap perancangan dan pelaksanaan kami adalah untuk memastikan perniagaan kami boleh bertahan lama.

Jangan risau sekiranya anda tak mahir dalam teknologi, pakar dari Exabytes boleh bantu anda dari A-Z.

Tapi ingat, kalau nak masuk dunia digital ini anda kena sentiasa bersedia untuk belajar ilmu-ilmu baru. 

Apa pandangan anda setelah menyertai #SamaSamaDigital?

Saya sangat berpuas hati dengan servis yang diberikan oleh Exabytes.

Selepas Songket Republik menyertai program ini, aktiviti jualan kami meningkat semula sebanyak 40% dan jumlah pelanggan baru kami bertambah.

Alhamdulillah, walaupun di musim PKPP kami tetap mendapat permintaan dari pelanggan yang berminat dengan kain songket kami.

Ini menunjukkan pemindahan aktiviti perniagaan kami ke dalam talian berhasil menyelamatkan kami.

Sekarang kami cuma perlu terima order dari kedai online kami dan uruskan order.

Kelebihan kedai online ni ialah kami tak perlu whatsapp pelanggan atau tunggu resit dari pelanggan, semua telah diatur dan kedai online ini datang lengkap sekali dengan gerbang pembayaran.

Sangat memudahkan.

Memandangkan kami sudah ada kedai online, kami cuma perlu fokus untuk memasarkan kedai online kami untuk menarik pelanggan baru dan pelanggan tetap kami.

SEO adalah pemilihan yang tepat untuk kami memasarkan kedai online kami tanpa menggunakan sebarang kos. 

Bagaimana anda tahu mengenai Exabytes?

Sejujurnya dalam keadaan ekonomi tak menentu ni, kami sedang mencari geran yang boleh digunakan untuk membantu menyelamatkan perniagaan kami ini.

Melalui #SamaSamaDigital, kami para usahawan boleh memohon geran dan subsidi untuk kami ‘upgrade’ perniagaan kami.

Adakah anda mengesyorkan program #SamaSamaDigital / Exabytes kepada rakan / keluarga anda?

Ya, saya mengesyorkan program ini kepada rakan-rakan bisnes saya yang lain.

Bagi saya program #SamaSamaDigital ini membantu peniaga kecil dan sederhana untuk menambah baik perniagaan fizikal kami ke dunia dalam talian supaya lebih ramai orang tahu tentang perniagaan kami.

Zaman sekarang kalau kita tidak ikut peredaran zaman, kita akan ketinggalan jauh kebelakang jadi saya menyahut PKS diluar sana untuk turut serta kempen #SamaSamaDigital dan digitalkan perniagaan anda.

Kesimpulan

Pihak Exabytes sangat berbesar hati dengan pencapaian Songket Republik.

Songket Republik merupakan contoh yang baik buat perniagaan diluar sana yang ingin mendigitalkan perniagaan mereka.

Semoga Songket Republik terus sukses di masa hadapan.