Zheelyn Collection berkongsi pengalaman mereka berniaga di Instagram dan apa yang membuat mereka berubah ke website dan bagaimana #SamaSamaDigital membantu mereka menghadapi kesukaran semenjak Covid-19 melanda dan jejaskan ekonomi perniagaan mereka.
Boleh Anda Kongsi Mengenai Perniagaan Anda,
Zheelyn Collection merupakan hub jam tangan berjenama ‘original’ yang telah beroperasi selama 8 tahun di Malaysia dengan harga yang berpatutan.
Plan #SamaSamaDigital apa yang anda pilih dan mengapa?
Kami memilih Plan All-In-1-Ecommerce Solutions dari kempen #SamaSamaDigital kerana kami ingin mengubah dari berniaga sekadar di Instagram ke website kami sendiri.
Bagi kami, dengan bantuan subsidi yang ditawarkan kami boleh memiliki website e-Commerce dengan harga rendah.
Apakah Cabaran Terbesar Semasa PKP?
Cabaran utama kami ialah kehilangan pelanggan semenjak PKP bermula. Jadi kami perlu ikhtiar untuk mencari platform baru dan pelanggan baru.
Sebelum ini kami menggunakan platform Instagram untuk memasarkan jam tangan dari kedai kami tapi audiens kami limited jadi untuk kembangkan lagi perniagaan kami, kami memerlukan sebuah website yang lengkap dengan payment gateaway dan order form untuk memudahkan transaksi perniagaan kami.
Sepanjang kami berniaga menggunakan Instagram, kami menghadapi beberapa masalah antaranya, akaun Instagram kami dinyahaktif (disable) secara tiba-tiba.
Pada masa tersebut follower kami seramai 29.5k hilang begitu sahaja.
Perkara sebegini membuatkan kami sedar betapa pentingya mempunyai backup untuk berniaga secara digital.
Bagaimana Perkhidmatan Exabytes Membantu Perniagaan Anda Berkembang?
Kempen #SamaSamaDigital datang pada waktu yang tepat. Kami dapat memiliki website e-Commerce kami sendiri yang lengkap dengan payment gateaway dan keselamatan transaksi kami juga terjamin.
Jualan kami meningkat sehingga 40% semenjak kami menggunakan website. Hal ini kerana, sekarang pelanggan kami boleh menggunakan kad kredit/debit untuk membuat bayaran.
Kami juga join split dimana pelanggan boleh membuat bayaran secara ansuran dengan 0% kadar faedah.
Apa Pandangan Anda Setelah Menyertai #SamaSamaDigital?
Program ini sangat membantu syarikat kami, Zheelyn Collection dalam mengadapi cabaran ketika Covid-19 dan juga membantu untuk mengembangkan lagi operasi syarikat kami.
Dengan adanya program #SamaSamaDigital kami dapat membina jenama kami sendiri.
Dari menggunakan platform Instagram untuk menjual, kini kami berubah kepada website yang lebih profesional dan teratur.
Kini kami hanya perlu fokus untuk memasarkan produk kami dan terima order sahaja.
Pelanggan baru kami bertambah sebanyak 15% semenjak menggunakan website kami sendiri.
Bagaimana anda tahu mengenai Exabytes?
Kami tahu mengenai Exabytes melalui program #SamaSamaDigital.
Kami sedang mencari peluang untuk memiliki website sendiri dengan harga yang murah dan Exabytes ada iklankan tentang kempen #SamaSamaDigital di media sosial.
Jadi kami rebut peluang ini.
Adakah anda mengesyorkan program #SamaSamaDigital / Exabytes kepada rakan / keluarga anda?
Semestinya. Program ini menyediakan subsidi untuk PKS Bumiputera untuk mendigitalkan perniagaan mereka.
Kami harap lebih ramai peniaga rebut peluang yang ada sekarang dan gunakan subsidi bernilai RM10,000 yang disediakan ini untuk miliki website e-Commerce khas untuk perniagaan anda sendiri.
Perkhidmatan yang disediakan Exabytes amat memuaskan.
Mereka mempunyai team yang professional yang akan bantu anda dari awal sehingga akhir.
Kami berharap dengan apa yang telah terjadi dengan perniagaan kami, usahawan lain akan mencari alternatif lain untuk berniaga secara online.
Jangan hanya fokus kepada satu channel.
Kesimpulan
Terima kasih kami ucapkan kepada Zheelyn Collection kerana mempercayai kempen #SamaSamaDigital ini untuk sama-sama majukan perniagaan anda.
Kami berharap Zheelyn akan terus sukses dalam perniagaan mereka.