Rahsia Content Marketing Untuk Menawan Hati Pembaca

0
5954

Ada orang ingat marketing ni setakat buat iklan kat surat khabar, tv, radio je.

Betul, tapi sebenarnya dengan perubahan dunia, marketing zaman sekarang dah semakin luas.

Cara pemasaran online ni melibatkan dalam bentuk penghasilan dan perkongsian tulisan (content marketing), video, ilmu di media sosial dan blog yang tidak secara terang-terangan mahu menjual, sebaliknya lebih kepada membina ‘engagement’ dengan pelanggan.

online marketing

Ok bila anda buat iklan, anda akan bermain dengan 2 benda:

  1. Aspek teknikal (Facebook Ads, Google Adwords).
  2. Mesej dan psikologi pembaca.

Dan kalau anda nak tau…

80% keberkesanan iklan bergantung pada masej dan aspek psikologi.

Sebab psikologi adalah ilmu tentang memahami cara otak manusia berfungsi dan macam mana ianya mempengaruhi sikap dan tingkah laku manusia.

Cara setting Facebook Ads semua tu hanya 20% je.

4 Proses Utama untuk Content Marketing (secara kasarnya) :

  1. Ransangan dari 5 deria manusia.
  2. Maklumat akan lalu “Sensory Gating”.
  3. Maklumat di proses pada otak.
  4. Respon akan diberikan melalui tubuh badan.

Kebanyakan iklan diabaikan sebab tak berjaya melepasi Sensory Gating.

Baik.. jom kita mula.

1. Rancang dan Buat Kajian

Content marketing ini anda boleh rancang dan jadualkannya.

Jika anda guna blog, guna Facebook page, sangat mudah untuk anda plan apa dan bila anda nak post kan di FB dan blog.blog example page

Adalah lebih baik anda buat kajian terlebih dahulu, berikan maklumat terkini, trending yang orang tak tahu.

Ini akan menjadikan content anda bagus dan percayalah mereka akan sentiasa follow dan jadikan anda sebagai sumber maklumat mereka.

Hal ini dapat menarik perhatian orang ramai dengan perniagaan anda.

2. Masukkan Elemen Emosi Ketika Menulis

Bila menulis, tulislah dengan penuh emosi supaya dapat sentuh emosi orang yang membaca.

Bila emosi mereka tersentuh, pasti mereka nak lagi dan lagi.

Menulis dengan emosi dan menghasilkan video dengan emosi membuatkan orang akan ‘rasa’ atau ‘connect’ dengan apa yang anda nak sampaikan.

Bila dah ‘connect’ senang untuk anda pancing mereka berurusniaga dengan anda.writing graphic

3. Mudah untuk Dikongsi

Jangan takut untuk tulis banyak-banyak. Jangan kedekut untuk kongsi content.

Jangan takut untuk share video tutorial. Pendek kata jangan takut untuk share ilmu.

Hasilkan content yang berilmu dan padat dengan pengisian supaya ianya akan dikongsikan.

Anda hanya perlu letak sedikit logo, supaya orang tahu itu content anda yang kongsikan.getting like and love reaction graphic

4. Promosikan Content

Ramai orang tak promosikan content yang telah dihasilkan.

Content yang bagus samada dalam bentuk video, infografik, penulisan atau apa sahaja, perlu dipromosikan.

Contoh, di FB Page anda boleh boost post atau anda boleh je gunakannya untuk Pin atau buat FB Ads.

Di Instagram, Pinterest dan lain-lain channel pun anda boleh kongsikannya.

Paling mudah dan murah, minta sahaja orang ramai yang baca untuk kongsikan.

Mereka pasti akan share content tersebut jika mereka dapat nilai yang terbaik darinya.

5. Penggunaan Gambar

Kadang-kadang, tulisan sahaja tak dapat menarik mata dan hati orang untuk membaca.

Disinilah gambar memainkan peranan.

Gambar tak semestinya kena letak gambar orang, gambar produk, gambar kedai tapi anda boleh gunakan infografik, poster tips, poster doa dan pelbagai lagi.

Gambar pengalaman anda sendiri digabungkan dengan penulisan yang menyentuh emosi, InsyaAllah akan dapat menarik ramai perhatian pembaca.

Jika nak mudah di viralkan, cuba gabungkan dua perkara ini.

6. Menggunakan Data Statistik

Penggunaan data statistik selalunya memberikan gambaran bahawa posting anda adalah bijak, tepat, terperinci dan padat.

Untuk dapatkan data statistik ini, anda boleh je Google, tapi lebih power jika anda buat sedikit kajian dan buat sedikit findings darinya yang dapat ditukarkan sebagai satu data.

Contoh, jika anda menjual produk kecantikan, anda mungkin boleh buat sedikit kajian tentang di antara 10 orang wanita, berapa peratus yang ada masalah jerawat, jeragat dan sebagainya.

Jika anda dapat data ini, ianya akan tingkatkan keyakinan orang ramai terhadap produk anda.

7. Bermain dengan Video

Video adalah teknik marketing yang memberi impak besar. Jika anda lihat, ramai selebriti dalam dan luar negara sibuk buat video termasuklah video viral.

Ini sebab mereka tahu impaknya yang besar, ianya akan ‘create engagement’ dan buatkan followers rasa connected jika maklumat yang anda sampaikan berharga.

Takkan anda nak tengok je video orang lain.

Anda perlu mula buat video sendiri.

Malu? Nak berniaga, malu kena letak tepi ye…

record shopping theme clip with a video camera

Tapi…….kena ingat..

Sebelum membina mesej content marketing, anda hendaklah menulis content yang sesuai dan relevan kepada prospek anda.

Ini antara soalan-soalan penting yang anda perlu ambil tahu terlebih dahulu mengenai mereka.

  1. Apakah masalah yang mereka hadapi?
  2. Apakah cabaran yang mereka terpaksa lalui setiap hari?
  3. Bagaimana mereka harungi dan selesaikan masalah mereka?
  4. Apakah yang membuatkan mereka beremosi dan sebagainya?

Apabila kita sudah mengetahui, siapakah sasaran pelanggan kita.

Amatlah mudah untuk kita, sampaikan maklumat yang tepat untuk membantu mereka.

Kesimpulan

Kalau maklumat yang ada pada iklan tak relevan, pelanggan akan abaikan iklan anda sebab ianya tak diproses oleh otak mereka.

Untuk hasilkan iklan yang berkesan;

  • Anda perlu fokus pada satu kelompok pelanggan.
  • Mesej yang jelas.
  • Dan pastikan hanya sampaikan masej yang relevan pada target market anda.

Jangan lupa share info ini !

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments