Apakah medium yang paling senang untuk menjana pendapatan?
Apa yang sesuai untuk produk atau perniagaan saya? Blog ke website?
Apa pula beza antara blog dan website ni?
Ramai orang keliru mengenai perbezaan dua perkara ini.
Analoginya begini:
Semua Blog adalah Website, Tetapi bukan semua Website adalah Blog. Contoh lain; Semua kereta adalah kenderaan, Tetapi bukan semua kenderaan adalah kereta.
Semua blog adalah dikategorikan sebagai website, yang membezakan adalah fungsi, rekaan, format dan platform.
Contoh platform adalah Blogspot, WordPress, Jomla, E-Commerce dan lain-lain.
Boleh nampak gambaran besar mengenai beza antara blog dan laman web?
Selain daripada itu, hanya terdapat perbezaan kecil saja.
Jangan risau, tak perlu difikirkan sangat..
Balik semula persoalan diatas, yang mana terbaik dan sesuai untuk run business?
Sebenarnya secara jujur tiada kaedah yang tepat.
Apa yang pasti kedua-dua ini memerlukan banyak usaha, kesabaran dan konsistensi.
Apa itu Blog?
Blog sebenarnya bermaksud ‘web log’ dimana blogger akan menggunakannya sebagai satu kronologi entri mereka.
Biasanya kandungan/artikel didalam blog adalah berbentuk informasi atau peribadi oleh pemilik blog berkenaan.
Blog sangat mudah dicipta menggunakan servis seperti Blogger, WordPress mahupun Tumblr.
Sesuatu blog akan berkembang dengan kandungan yang sentiasa ditambah dan dikemaskini.
Semakin konsisten kandungan ditambah semakin blog tersebut mendapat banyak perhatian.
Walau bagaimana pun kita perlu ketahui bahawa entri yang berkualiti amat penting dalam berblogging dan jika up to date selalu maka ia merupakan blog yang baik.
Gaya penulisan di dalam sebuah blog biasanya tidak formal dan bersahaja atau santai.
Secara umum, pengenalan asas bagi sesebuah blog adalah:
- Kandungan disusun secara kronologi.
- Terdapat ruangan komen untuk pembaca meninggalkan pendapat.
- Biasanya kandungan blog direkodkan dengan tarikh, kategori, penulis, tags dan sub-kategori.
Apa Pula Website ?
Sebuah website adalah satu lokasi di Internet yang mempunyai satu atau lebih halaman halaman informasi di dalam World Wide Web.
Pendek kata, apa sahaja yang anda taip di dalam ruang lokasi dalam Browser anda itu adalah sebuah website.
Berikut adalah contoh sebuah website ;
- exabytes.my
- maybank.com
- facebook.com
- lazada.com.my
- radiusite.com.my
- yougotraining.com
- eqalam.my
- canva.com
Laman web biasanya digunakan oleh syarikat sebagai laman rasmi.
Laman web terbahagi kepada beberapa jenis seperti eCommerce Website, Corporate Website dan minisite.
eCommerce website secara amnya, ia adalah sebuah website di mana pelawat boleh melakukan transaksi jual beli secara online di dalam website tersebut.
eCommerce Website mempunyai payment gateway untuk memudahkan pelawat melakukan belian secara terus di website tersebut.
Manakala corporate website adalah sebuah website yang memaparkan maklumat tentang sesebuah organisasi perniagaan.
Minisite pula ialah sebuah website yang mengandungi bilangan halaman yang sedikit – biasanya 5 halaman atau muka surat sahaja.
Setiap halaman yang dibina di dalam sebuah minisite akan mempunyai satu matlamat tertentu sahaja.
Untuk pengetahuan anda, membina laman web yang menarik dan berfungsi sangat menelan belanja yang besar serta mengambil masa yang lama untuk dibina daripada asas.
Aspek laman web adalah luas dan hampir tidak mempunyai batasan.
Laman web boleh menjadi apa sahaja, dari seringkas landing page sehingga kepada media sosial yang mempunyai berbilion pengguna seperti facebook.
Pengenalan Asas Sesebuah Laman Web Adalah
- Laman utama memaparkan kandungan dan maklumat berbentuk sehala.
- Laman utama memaparkan portfolio kerja atau produk.
- Tidak memaparkan penulis.
- Blog mungkin menjadi sebahagian daripada sesuatu laman web itu, tetapi bukan satu-satunya elemen.
- Ada laman testimoni dan feedback.
- Tiada ruangan komen, tetapi biasanya contact form disediakan.
Oleh itu apa yang anda mahukan?
Pertama anda mesti memutuskan apa yang anda kehendaki. Jika jiwa anda suka membuat coretan dan mahu seluruh dunia membacanya maka sesuai membuat blog.
Jika anda mahukan satu portal online yang mempunyai pelbagai fungsi maka anda kena pergi ke website.
Saya harap anda dapat memahami apa itu website dan blog. Semoga artikel ini membantu.
Silakan share untuk manfaat bersama.
Kalau minat bermula blog atau website sendiri, anda harus mula dengan domain nama.
Check domain nama anda sekerang!