Mungkin anda pernah dengar berkaitan dengan Pemasaran Emel sebelum ini?
Tetapi mungkin anda kurang memahami apa itu sebenarnya pemasaran emel.
Pemasaran emel atau lebih dikenali dengan Email Marketing adalah antara platform pemasaran online yang terpenting dalam Bisnes Online. Pada zaman teknologi hari ini, alamat email boleh di katakan sebagai alamat rumah kedua selain alamat surat menyurat rumah anda.
Stay tuned… anda berada di tempat yang betul kerana hari ini saya akan perincikan apa itu pemasaran emel.
Tahukah Anda?
Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Radicati Group, pengguna email di dunia akan mencecah sehingga 3.7 Billion pengguna sehingga akhir tahun 2017 dan di jangka akan meningkat sehingga 4.1 Billion pengguna pada tahun 2021.
Bagi pengguna gmail, Google sahaja memiliki 1 Billion pengguna emel aktif dalam sebulan. Oleh kerana itu, data emel prospek anda adalah sangat penting.
Kenapa “Email Marketing” Penting?
Ini kerana melalui email marketing anda boleh memastikan prospek menjadi customer dan menjadi repeat customer.
Ada beberapa terms yang anda perlu ketahui sebelum mendalami pemasaran email ini antaranya ialah :
- Landing Page : Ini adalah satu Pages yang memberikan penerangan berkaitan offer yang diberikan.
- Opt-in Page : Sama juga dengan Landing Page,cuma ada sesetengah memanggil Landing page sebagai Opt-in page. Opt-in bermaksud tempat dimana prospek memasukkan (opt-in) kedalam kempen email kita.
- Autoresponder : Satu pihak yang menyediakan servis email (email provider) yang kebiasaanya berbayar. Contoh autoresponder yang terkenal adalah seperti Getresponse, Aweber, MailChimp dan ActiveCampaign.
- Subscriber : Panggilan kepada mereka yang telah memasukkan nama dan email ke dalam kempen email kita.
- Kempen :1 kempen yang dibuat di dalam Autoresponder untuk objektif yang tertentu. (Di dalam Autoresponder anda boleh bina seberapa banyak kempen)
Bagi anda yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia pemasaran emel, perkara pertama yang perlu dibuat adalah :
Sistem Autoresponder
Sistem autoresponder ini akan membantu anda kumpul data dan simpan data prospek. Ini adalah antara sistem autoresponder yang popular yang ada dalam pasaran :
Semua software diatas adalah sistem autoresponder boleh digunakan untuk mengumpul data prospek. Saya syorkan anda bermula dengan Exabytes kerana pakej mereka datang bersama ready made email template , tracking sytem yang cekap, kos yang rendah dan siap bagi freeee demo account untuk anda cuba EBuzzzz Email Marketing mereka.
Contoh form untuk anda kumpul data prospek:
Prospek akan lengkapkan maklumat yang diperlukan di form atau landing page anda. Langkah seterusnya adalah menyediakan email follow up kepada prospek anda dan hasilkan jualan.
Disini saya senaraikan beberapa sebab kenapa anda perlu gunakan Email Marketing.
1. Lebih 80% orang mempunyai akaun emel.
Email merupakan satu medium perhubungan yang tidak lapuk ditelan zaman.
Jika anda bekerja di mana-mana organisasi pun, email merupakan salah satu cara setiap anggota kerja berkomunikasi antara satu sama lain.
Kajian mendapati secara purata manusia akan mendapat email sebanyak 45 email dalam masa sehari.
Secara keseluruhan , di dalam dunia ini terdapat lebih dari 196 Million email yang dihantar setiap hari.
Dan daripada 196 Million ini, 109 billion adalah email berkaitan dengan bisnes dan juga pemasaran.
2. Lebih Efektif dari Media Sosial.
Sebagai salah satu saluran pemasaran, ia pastinya bersaing hebat untuk menandingi mana-mana saluran media sosial lain di luar sana seperti :
Facebook
Twitter
Youtube
Whatsapp
Telegram
Dan lain-lain…
Tetapi apabila bercakap berkaitan dengan Conversion (menukar prospek menjadi pembeli), pemasaran email adalah jawapannya.
Hal ini berdasarkan kajian yang dibuat pada tahun 2013 oleh blog Custora mereka mendapati bahawa Customer Acquisition (bilangan pelanggan baru) yang dihasilkan melalui Pemasaran Emel meningkat sehingga 4 kali ganda dalam tempoh masa 4 Tahun.
3. Berorientasikan Tindakan.
Pernah tak anda mendapat email daripada seseorang yang anda pernah subscribe untuk mendapatkan tawaran yang di berikan oleh orang tersebut?
Di dalam email tersebut, jika anda perasan anda akan di “latih” dan di”ajar” untuk melakukan sesuatu selepas membaca email tersebut.
Misalnya seperti “Klik LINK di sini” , “Sila REPLY email ini” , “Sila FORWARD email ini” dan sebagainya.
Dengan kata lain apabila kita membaca sesebuah email, adalah amat jarang kita membaca secara kosong tanpa melakukan apa-apa tindakan. Betul?
Oleh yang demikian, antara kelebihan email marketing ini adalah anda boleh menghantar TRAFFIK (subcriber) anda terus kepada mana-mana laman web yang anda inginkan.
Contohnya, mungkin anda baru sahaja mengemaskini post di dalam blog , dan anda boleh gunakan email untuk menghebahkan post terbaru tersebut kepada subscriber anda.
4. Email boleh diukur (measurable).
Apabila anda menggunakan software pemasaran email ,anda boleh melihat berapa ramai yang membuka email anda, berapa ramai yang klik link dan berapa ramai yang unsubscribe dari list email anda.
Secara tidak langsung anda boleh tahu sama ada email anda tersebut berkesan ataupun tidak.
Jika kurang berkesan mungkin anda boleh membuat sedikit pengubahsuaian dalam ayat dan juga tawaran di dalam email anda.
Anda hanya perlu tahu OPEN RATE dan juga LINK CLICK untuk menguji keberkesanan sesuatu email yang telah dihantar.
5. Capaian mudah dengan smartphone .
Oleh kerana penggunaan smartphone sangat meluas ketika ini, jadi capaian untuk email sangat mudah.
Kebanyakan dari kita boleh membuka emel di mana-mana sahaja kita berada ketika ini asalkan mempunyai sambungan talian internet.
Salah satu kajian yang dilakukan oleh syarikat Exacttarget pada Februari 2014 telah mendapati bahawa 91% daripada pengguna smartphone membuka email melalui telefon mereka.
Jadi tunggu apa lagi? Kumpul data pelanggan anda dan mulakan pemasaran emel segera untuk memastikan anda mampu menghasilkan pendapatan yang konsisten dalam bisnes online.
DAPAT BELAJAR SESUATU DARI POST INI? KONGSIKAN DENGAN RAKAN ANDA JUGA.
Artikel berkaitan: