Industri Eksport Halal Bernilai RM 10 Trillion

Produk halal serta perkhidmatan berasaskan prinsip syariah dalam pasaran kian berkembang sejajar dengan pertubuhan industri halal global, yang diunjurkan mencecah RM10 trilion.

Tambahan pula, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam ucapan perasmian Pameran Halal Antarabangsa Malaysia Ke-18 telah menyebut bahawa terdapat lebih 8,000 syarikat tempatan telah diiktiraf halal dan 20 peratus daripada jumlah itu merupakan syarikat pengeksport.

” Industri halal diramal akan berkembang daripada RM8.8 trilion kepada RM14 trilion menjelang tahun 2028.”

Kedudukan geografi Malaysia yang strategik telah menjadikannya destinasi ideal bagi pelaburan halal.

Lokasi pusat Malaysia di Asia juga meletakkannya sebagai platform perdagangan yang ideal, menarik pemain halal global dan memudahkan perdagangan halal.

Industri halal telah menyumbang sejumlah RM9.7 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

Berminat untuk meningkatkan pengetahuan dalam industri halal bagi menambah baik nilai terhadap produk serta meningkatkan hasil jualan perniagaan B2B anda?

Jom sertai Kursus kami secara atas talian (online) anjuran bersama dengan Serunai Halal COE™️ seperti butiran berikut:

Terokai Industri Eksport Halal Yang Bernilai RM 10 Trillion

📅 22 Sep 2022

🕓 10am-12.30pm

🚩 Zoom

Link: https://bit.ly/3RmodyW

Dengan menyertai kursus ini, anda berpeluang untuk mengetahui perbezaan antara kategori produk halal yang berkaitan dalam industri Halal dan juga dapat meningkatkan kefahaman berkenaan syarat-syarat umum untuk permohonan pensijilan halal.

Latar Belakang Speaker

Alyia Nurdina

Alyia Nurdina merupakan salah seorang jurulatih daripada Serunai Halal COE™️ yang berpengalaman di industri Halal, terutamanya dalam bidang makanan dan minuman.

Beliau berpengetahuan dan berpengalaman tentang bidang makanan dan minuman dan mampu memberi nasihat professional tentang isu-isu yang berkaitan dengan kriteria Sijil Halal, premis pembuatan dan makanan, jaminan sistem Halal, dan pengauditan Halal.

Malek Muhammad Nafiz bin Anwar

Malek Muhammad Nafiz bin Anwar berpengalaman selama 5 tahun dengan pelbagai syarikat termasuk industri Halal sebelum beliau menyertai Exabytes sebagai Perunding Pemasaran Digital.  

Hasil dari pengalaman kariernya, beliau telah menguasai kemahiran jualan yang berkesan bagi pasaran B2C dan B2B.  

Kini, beliau bersama-sama dengan Exabytes berusaha untuk membantu pemilik perniagaan membuat jualan secara eksport dan meningkatkan hasil jualan perniagaan.

Previous articleComparison between Application Server vs Web Server
Next articleDigital vs Electronic Signature: Legality in Malaysia 2022
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments