Macam Mana Nak Bina Personal Branding? Recipe Terhebat yang Perlu Anda Tahu!

1
9556

Macam mana nak bina personal branding

Ramai orang nak jadi ikon dan famous. Jika anda berniaga, semestinya anda hendak kedai atau bisnes anda dikenali ramai jugak. Betul?

Tapi malangnya hari-hari tension. Susah betul nak dapat pelanggan, nak dapat whatsapp susah, komen susah, pm pun susah.. Semua susah!

Bagaimana nak mula ni? Cer fikir jap…

interest

‘BRANDING’

Sebelum tu, apa maksud branding sebenarnya?

Branding ataupun penjenamaan produk adalah aspek yang sangat penting dalam strategi bisnes, tidak kiralah bisnes besar, kecil, retail dan sebagainya.

Contohnya, jika kami di Exabytes, kami menyediakan servis dan produk berasaskan teknologi. Seperti energize pelanggan-pelanggan kami untuk online web, pemasaran digital, penyelesaian pembinaan laman web dan lain-lain.

Selain itu, brand bisnes ni datangnya dari diri sendiri. Siapa anda akan datang, siapa anda pada sudut pandangan orang luar, kemana hala tuju atau perjalanan bisnes anda.

Adakah anda pakar dalam bidang yang diceburi? Sudah berpegalaman? Atau anda seorang yang memang yang boleh diharap untuk menjalankan servis yang anda sediakan?

Ringkasnya, jenama anda adalah apa yang anda janjikan kepada pelanggan anda. Kenalkan brand bisnes anda melalui KARAKTER diri sendiri.

Strategies Asas ‘Branding’ Yang Anda Perlu Tahu

1. Pemilihan Nama

Nama mainkan peranan yang sangat penting. Perlu tahu, brand dan produk adalah dua perkara yang berbeza. Ramai orang tersilap, nama produk dijadikan sebagai nama brand.

Jenama yang besar-besar pun senaraikan terlebih dahulu. Macam Starbucks, mereka listkan lebih dari 100 pilihan nama. Anda berapa pilihan nama yang ada?

Pilih nama domain untuk membina jenama peribadi anda sekarang.

2. Kenali Brand Anda

Kenal pasti keunikan dan kekuatan brand anda. Anda perlu tahu apa yang membezakan brand anda dengan pesaing lain.

Dah kenal, baru boleh fokus dan serlahkan kekuatan dan keunikan brand anda.Kalau boleh cari nama yang unik dan sesuai untuk dijenamakan.Tak lupa, dapatkan logo yang sesuai.

Letakkan di setiap tempat dan media sosial yang anda ada. Letakkan logo di bahagian Profile Picture dan Timeline Facebook.

3. Personal Branding

Selain brand/company profile, anda perlu guna personal profile untuk kembangkan dan kuatkan branding anda.

Tambah lagi, bina FB dan IG profile untuk promote brand anda. Ini salah satu teknik booster untuk brand anda lebih cepat tersebar.

4. Objektif Sebenar

Selain bina branding, objektif sebenar adalah anda harus fokus memberikan pengalaman kepada pelanggan atau bakal pelanggan anda. Dengan bentuk apa? Berikan value, tambah nilai atau sesuatu yang boleh beri manfaat pada mereka.

Jelas tak?Apa orang kata, brand is not just a brand. Objektif dan misi company ni yang perlu fokus lebih. Jual pengalaman yang kita ada.

5. Gunakan Hashtag Sendiri

Cipta kempen hashtag anda sendiri pada spesifik kempen. Jadikan followers anda ingat dan mudah untuk mereka cari anda.hashtag

6. Maximumkan Platform Digital Marketing

Manfaatkanlah segala platform online yang ada. Promosikan jenama anda melalui media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter, dan LinkedIn. Aktiflah dalam mengunggah konten berkualitas dan berinteraksi dengan pengikut anda.

Sertai forum industri dan komunitas online yang relevan, berikan sumbangan berharga untuk meningkatkan kesedaran jenama anda.

Pastikan jenama anda hadir dalam hasil mesin pencari dengan mengoptimalkan laman web anda untuk SEO. Gunakan kata kunci yang relevan dan pastikan laman web mudah dinavigasi dan responsif pada peranti mobile.

Manfaatkan alat pemasaran digital seperti iklan berbayar di Google Ads dan media sosial untuk menjangkau audiens yang lebih luas dan meningkatkan jangkauan jenama anda.

Dengan memanfaatkan segala platform online, jenama anda akan hadir secara konsisten. Ingatlah, keseragaman dan keterlihatan jenama adalah kunci untuk meningkatkan kesedaran dan mengingat jenama anda oleh banyak orang.social media

7. Bina Rumah Virtual

Selain gunakan platform yang ada diatas, sebaiknya jika anda dapat bina juga website atau blog untuk bisnes anda. Dalam dunia online marketing, memang tak sah kalau tak ada.

Kerana ianya mampu kuatkan lagi brand dan boleh dijadikan sebagai hub untuk pelanggan rujuk dan dapatkan informasi tentang produk dan brand anda secara online.website

8. Faham Pelanggan Anda

Untuk buat orang lebih cepat ingat brand anda, tentukan dan pilih bakal pelanggan anda. Dengan cara, lakukan survey dan audience segmentation. Kemudian buat iklan yang kena dengan kehendak atau masalah pelanggan.

Selain itu, chat support 24/7. Bakal pelanggan dan pelanggan sedia ada lebih gemar segala persoalan mereka dijawab oleh peniaga. Anda perasan atau tidak, secara tidak langsung anda sedang membina relationship dengan mereka.

Elakkan menggunakan robot untuk brand yang baru nak mula. Pelanggan tak suka berurusan dengan robot.call-center

9. Satukan Nama

Gunakan satu nama untuk semua platform supaya orang mudah nak ingat dan hafal. Tetapi ramai orang buat silap, mereka gunakan nama yang berbeza pada platform yang berbeza. Cara ini salah! Ingat tu. Namakan sama semua platform dengan satu nama saja.brand

10. Gunakan Influencers

Get your authority. Pelanggan lebih percaya dan yakin apabila brand mempunyai endorsement daripada influencers seperti artis, tokoh, insta famous dan lain-lain. Anda boleh minta mereka buat review ataupun testimony.influencer

11. Lebih Ramai Komuniti Lebih Baik

Semakin ramai yang berikan komen/feedback atau testimoni pada produk atau bisnes anda, jadi semakin mudahlah untuk anda buat bakal pelanggan trust sekaligus membeli produk anda. Jadi rajin-rajinlah mintak feedback ye.community

12. Cari Followers

Create your followers. Jangan sesekali pernah berhenti mencari followers baru.

Anda harus sentiasa rekrut yang baru kemudian berikan content marketing. Ini salah satu cara nak bina ravings fans iaitu followers tegar.follower

13. High Frequency High Awareness

Anda boleh guna posting yang sama berulang-kali pada semua platform digital. Contoh, posting yang anda gunakan untuk Facebook, anda boleh juga upload  di dalam Instagram, blog dan lain-lain.

Jika impression tinggi, trust pelanggan pun tinggi.

Maksudnya disini anda hendaklah buat orang lain kerap nampak anda dalam satu hari. Katakanlah anda ada 5 platform digital, setiap hari anda lakukan 3 posting, 5 x 3 = 15x orang nampak tentang anda dalam masa sehari.

Ini belum lagi masuk iklan-iklan berbayar seperti fbads, insta ads, googleleads dan sebagainya.

14. Create Relationship

Ini penting, jangan malas untuk respon pelanggan anda. Sebabnya pelanggan memang suka apabila persoalan mereka mendapat respon seperti like, reply komen, PM dan lain-lain.

Selain itu, email marketing juga adalah salah satu platform online yang boleh bantu meningkatkan lagi relationship dengan pelanggan.

15. Content yang Relevan

Message atau content marketing yang nak disampaikan pada followers anda haruslah relevan dengan produk/servis anda. Sebab? Anda dapat menghasilkan followers yang berkualiti.

Content anda itulah yang menggambarkan siapa bakal pelanggan anda. Jika lemah dan tiada kaitan maka makin susah untuk convert jadi pelanggan.

16. Kumpul Database

Kalau anda dah berniaga sekian lama, bertahun-tahun pun tapi tak kumpul database pun tiada guna. Contoh database yang anda perlu simpan adalah nama, phone number, email, alamat dan sebagainya.

Ada kaedah yang percuma dan ada yang berbayar. Software percuma adalah seperti google forms, google sheets manakala berbayar pula anda boleh pilih Getresponse, Aweber dan banyak lagi.feature_customer_database_devices_01_en

17. Content

Zaman sekarang ni banyak orang tak suka posting yang menjual atau yang berbentuk iklan. Jadi, cara nak approach mereka kena guna content marketing. Misalnya, tips, idea, bagi sample dan sebagainya.content marketing

Ini adalah taktik atau langkah-langkah asas bagi sesiapa ingin tahu mengenai branding.

Semoga bermanfaat.

Klik butang share di bawah untuk manfaat rakan-rakan anda yang lain.

Sila klik disini untuk semua artikel Bahasa Melayu.

Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Stanley Ship
Stanley Ship
3 years ago

Very nice post! Keep it up 🙂