Coolscarf berkongsi kisah kejayaan mereka dan bagaimana pendigitalan perniagaan membantu mereka bersaing dalam bidang perniagaan yang sangat sengit dan dalam masa yang sama membantu menaikkan jualan mereka.
Boleh Anda Kongsi Mengenai Perniagaan Anda, CoolScarf
Kami mengusahakan perniagaan tudung. Fabrik tudung yang kami pilih merupakan fabrik dari jersi dan sifon khas yang merupakan produk kami yang paling popular.
Kami mengutamakan keselesaan pemakai dalam menghasilkan produk.
Kami juga menjual anak tudung berkain lembut dan aksesori hijab seperti pin magnet untuk hijabista yang bergaya ringkas.
Plan #SamaSamaDigital apa yang anda pilih dan mengapa?
Kami memilih plan All-In-1-Ecommerce Solution. Bagi kami ini plan paling berbaloi untuk bisnes kami yang masih baru ini.
Dengan bantuan subsidi dari Exabytes & Ekuinas, kami dapat memiliki website e-dagang kami dengan harga mampu milik..
Apakah Cabaran Terbesar Semasa PKP?
Bisnes tudung di Malaysia ni sangat banyak, persaingan sangat sengit jadi kami memerlukan satu platform yang eksklusif untuk kami memasarkan produk kami.
Bagaimana Perkhidmatan Exabytes Membantu Perniagaan Anda Berkembang?
Selepas menggunakan website, lebih mudah untuk kami close sales. Pelanggan kami boleh check catalog secara real-time melalui website dan boleh terus membeli melaui website Coolscarf.
Walaupun perniagaan dalam bidang fashion ini sangat sengit persaingannya, jualan kami mampu meningkat melebihi 20% selepas menggunakan website untuk memasarkan produk kami.
Antara faedah menggunakan website, kedai kami mampu beroperasi setiap hari selama 24 jam dan kami juga menggunakan fungsi live chat di website kami untuk menjaga kredibiliti perniagaan kami dan meningkatkan conversion rate kami.
Apa Pandangan Anda Setelah Menyertai #SamaSamaDigital?
Bagi kami, #SamaSamaDigital merupakan inisiatif yang terbaik bagi usahawan bumiputera yang ingin menceburi perniagaan digital dengan kapital yang minima.
Kami sedar kami perlukan platform sendiri sekiranya kami mahu bersaing dan dalam masa yang sama kami perlu tingkatkan kredibiliti perniagaan kami supaya kami mendapat kepercayaan daripada pelanggan kami.
Kempen ini datang pada masa yang tepat dan kami amat berterima kasih kepada #SamaSamaDigital.
Bagaimana Anda Tahu Mengenai Exabytes?
Kami tahu mengenai Exabytes melalui kempen #SamaSamaDigital melalui sahabat usahawan kami yang lain. Sahabt usahawan kami juga menyertai kempen ini.
Mereka mencadangkan program ini kepada kami memandangkan #SamaSamaDigital menyediakan subsidi sehingga RM10,000 untuk syarikat bumiputera mendigitalkan perniagaan mereka.
Servis dari team Exabytes juga sangat memuaskan dari awal sehingga siap website Coolscarf kami sangat berpuas hati.
Adakah Anda Mengesyorkan Program #SamaSamaDigital / Exabytes kepada Rakan atau Keluarga Anda?
Ya, saya sangat mengesyorkan program #SamaSamaDigital kepada rakan-rakan usahawan yang lain.
Jualan saya berjaya naik walupun dalam musim PKP. Ini membuktikan bahawa setiap perniagaan memerlukan usaha dan mencipta peluang kita sendiri.
Kami berharap lebih ramai usahawan sedar akan kelebihan memiliki platform kedai online mereka sendiri.
Kesimpulan
Terima kasih kami ucapkan kepada team Coolscarf yang sudi berkongsi kisah mereka.
Exabytes sangat berbangga kerana dapat menjadi sebahagian daripada proses pendigitalan Coolscarf dan kami berharap Coolscarf akan terus berkembang di masa akan datang.
360 Managed eCommerce Solutions
Related article: Coolscarf Success Stories – How Digitization Helps Business