Payment gateway atau gerbang pembayaran ialah sebuah penyedia perkhidmatan yang memudahkan transaksi pembayaran yang dibuat di laman e-Dagang anda ke akaun bank anda. Payment gateway membolehkan anda menerima pembayaran kad kredit/debit atau perbankan internet. Payment Gateway adalah popular dalam kalangan pemilik e-Dagang. Hal ini kerana, payment gateway dapat memudahkan transaksi perniagaan tanpa mengira jenis bank yang digunakan pelanggan.
Contoh jenis bayaran yang diterima sekiranya anda menggunakan payment gateway:
- Kad Kredit/Debit
- FPX Online Banking
- eWallet
Cara Kerja Payment Gateway
Melalui kaedah pembayaran ini, pelanggan secara automatik akan diarahkan ke halaman pembayaran untuk bayaran. Jumlah order/pesanan akan dikira secara automatik semasa pembayaran. Pelanggan hanya perlu memasukkan butir kelayakan akaun mereka seperti butiran kad, nama pengguna atau kata laluan perbankan internet. Pelanggan juga perlu membenarkan pengecasan ke atas akaun mereka.
Payment gateway merupakan ‘orang tengah’ dalam proses ini, dimana tugasnya adalah untuk mengesahkan pembayaran dengan bank yang terlibat. Setelah pembayaran disahkan, pesanan (order) secara automatik akan ditanda sebagai ‘berbayar’ . Payment gateway memerlukan tempoh untuk duit bayaran diproses sebelum duit masuk ke akaun anda, juga dikenali sebagai ‘settlement working days’ . Kebiasaanya, jika mahu tempoh settlement yang cepat, anda perlu membayar caj servis yang tinggi.
Senarai Payment Gateway
Plan e-commerce dari Exabytes didatangkan lengkap dengan payment gateway. Berikut merupakan payment gateway yang tersedia dalam laman e-Dagang dari Exabytes:
- PayPal
- iPay88
- eGHL
- senangPay
- Razer Merchant Services (sebelum ini dikenali sebagai MOLPay)
- MPay Internet Payment Gateway (MPG)
- 2Checkout
- Midtrans
- revPay
- Billplz
- Boost
- Maybank2u Pay
- Enable Alipay
Sekiranya anda merupakan sebuah PKS Bumiputera yang ingin merealisasikan laman e-Dagang milik anda sendiri, anda boleh menyertai program #SamaSamaDigital dan dapatkan geran bernilai RM10,000 untuk digitalkan perniagaan anda. Klik sini untuk maklumat lanjut.