5 Langkah Mudah Membina Laman Sesawang WordPress

0
5347

Ada Hosting tetapi tidak tahu nak macam mana membina laman sesawang WordPress? Anda boleh menggunakan cPanel atau WordPress dashboard untuk membina laman sesawang anda.

Mengapa nak menggunakan WordPress selain daripada CMS yang lain?

  1. Ia adalah percuma! Ini satu alasan yang terbaik
  2. Ia adalah mudah membina, hanya seret dan lepas (drag and drop)
  3. Ia mempunyai pelbagai jenis tema kepada anda untuk membina laman sesawang yang cantik
  4. Ia mempunyai pelbagai jenis “plugin” kepada anda untuk membina laman sesawang yang berfungsi dan berkuasa

*Yang penting – semua di atas adalah percuma untuk digunakan!*

Sekarang, anda telah tahu tentang manfaat menggunakan WordPress membina laman sesawang anda. Ingin lebih tahu tentang macam mana membina laman sesawang WordPress?

Baca tentang langkah-langkah bagaimana membina laman sesawang WordPress:

Langkah 1: Memasang WordPress di dalam “hosting” anda

Langkah 2: Memahami WordPress dashboard dan fungsinya

Langkah 3: Memasang dan menyunting (edit) satu tema

Langkah 4: Memasang satu “plugin”

Langkah 5: Mereka cipta laman sesawang WordPress anda

 

Langkah 1: Memasang WordPress di dalam “hosting” anda

Kebanyakan pelan ‘hosting” yang disediakan di dalam pasaran tidak mempunyai pra-memasang WordPress (kecuali pelan “WordPress Hosting”). Jika anda mendaftar pelan “WordPress hosting”, satu berita baik ialah anda boleh melangkau langkah ini!

Bagi mereka yang mendaftar pelan “hosting” biasa, anda boleh log masuk ke cPanel anda (panel kawalan yang disediakan oleh syarikat “hosting”) untuk memasang WordPress. Mengambil Exabytes cPanel sebagai contoh.

1.Log masuk ke cPanel WordPress

2.Melayari ke bahagian “Softaculous Apps Installer”

3.Memilih WordPress

4.Mengisikan maklumat tentang laman sesawang anda dan menekankan butang “Install” (Pasang)

5.Tahniah! Anda telah berjaya mengemas kini laman sesawang anda. 

Langkah 2: Memahami WordPress dashboard dan fungsinya

Anda akan dapat mengesan “dashboard” yang berwarna hitam seperti yang berikut selepas anda memasang WordPress di dalam hosting anda. 

wordpress dashboard

Anda mungkin akan tertanya-tanya tentang fungsi tab-tab tersebut. Jangan risau, marilah kita bersama-sama memahami semua tab tersebut. 

1.“Dashboard”

-Memberi gambaran keseluruhan tentang keadaan dan prestasi laman sesawang anda

2.“Post”

-Menulis dan memaparkan (post) “blog post” anda

3.Media

– fail media seperti semua gambar dan video anda

  1. Halaman (Pages)

-Membolehkan anda memaparkan halaman ke laman sesawang WordPress anda

5.Penampilan (Appearance)

-Membolehkan anda menyunting (edit) penampilan laman sesawang anda

  1. “Plugins”

-Membolehkan anda memasang “plugins” ke laman sesawang anda

  1. Pengguna (Users)

-Membolehkan anda menguruskan pengguna (users) dan pelanggan (subscribers) laman sesawang anda

  1. Alatan (Tools)

-Membolehkan anda menguruskan data laman sesawang anda – “Import” dan “Export”

9.Penetapan (Settings)

-Penetapan laman sesawang yang umum seperti menulis, membaca, pautan laman sesawang kekal (Permalinks) dan sebagainya

Langkah 3: Memasang dan menyunting (edit) tema

Sekarang, anda akan mula membina laman sesawang anda. Pertamanya, laman sesawang anda perlu mempunyai satu tema untuk memaparkan maklumat anda dalam internet. Melayari ke tab Penampilan (Appearance) dan memilih “tema”.

WordPress akan membimbing anda ke pasaran tema selepas anda menekan tab “tema”. Mencari tema yang anda inginkan di sini dan memasang tema tersebut dengan menekan butang Pasang (Install). Tema yang disediakan di dalam WordPress adalah percuma.

*Peringatan: Anda juga boleh membeli tema premium (kebiasaannya akan lebih cantik dengan fungsi yang lebih banyak) dari “Envato Marketplace” dan kemudiannya muat naik tema tersebut. 

Berikut merupakan beberapa tema hebat yang kami cadangkan untuk laman sesawang anda:

  1. Kalium (Tema Premium )
  2. X-Theme (Tema Premium )
  3. Shapely (Tema Percuma)
  4. Hestia ( Tema Percuma)
  5. Portum Material (Tema Percuma)

Seterusnya, anda boleh mereka cipta kandungan tema anda dengan menekan tab “mereka cipta”(customise) yang terletak di sebelah kiri “dashboard”.Bagi beberapa tema yang bersama dengan pembina laman sesawang sendiri, anda boleh terus menyunting (edit) di setiap halaman.

Langkah 4: Memasang “plugin”

“Plugin” ialah perisian (software) luaran yang mempunyai ciri atau fungsi yang tertentu terhadap laman sesawang anda. Anda boleh memasang “plugins” dengan melalui tab “plugins”. WordPress juga telah menyediakan satu pasaran kepada anda untuk mencari “plugin” yang diingini. “Plugins” di pasaran WordPress adalah percuma. 

Anda juga boleh memasang “plugin” sendiri dengan memuat naik “plugin” tersebut ke laman sesawang anda. “Plugins” yang perlu dimuat naik kebiasaannya ialah “plugin” premium yang pengguna membeli daripada pihak ketiga, seperti “Envato Market”.

Berikut merupakan beberapa “plugin” yang mesti anda miliki untuk laman sesawang baru anda:

  1. Contact Form 7 – Membantu membina borang hubungan untuk laman sesawang anda 
  2. Yoast SEO – membantu mengkonfigurasi Pengoptimuman Enjin Carian (Search Engine Optimization)
  3. W3 Total Cache – Membantu meningkatkan prestasi laman sesawang dengan cache (caching)
  4. WP Smush- Mengoptimumkan kualiti gambar yang terdapat di dalam laman sesawang anda
  5. Google Analytics for WordPress by MonsterInsights – Membantu menyambung dengan Google Analytics
  6. Backup Buddy – Data Sandaran (back-up) laman sesawang anda
  7. OptinMonster –Laman sesawang tetimbul (pop-up) yang meningkatkan penukaran (conversion)
  8. Jetpack- Membantu menguruskan laman sesawang anda dalam keselamatan, prestasi, trafik, gambar dan sebagainya 
  9. Akismet- Anti-spam “plugin” yang membantu menyekat spam
  10. Woocommerce- Membina laman sesawang e-dagang

*Peringatan: Semua “plugins” adalah percuma.*

Langkah 5: Mereka cipta laman sesawang anda

Anda boleh bermula mereka cipta laman sesawang yang anda ingini selepas memasang tema yang anda sukai. Dengan WordPress, anda dapat mereka cipta laman sesawang anda dengan mudah melalui penggunaan “Gutenberg” atau “Website Builder plugin” yang biasanya terdapat dalam tema anda.

Gutenberg

Satu penyunting (editor) laman sesawang baru yang dilancarkan oleh WordPress pada tahun 2018. Ia membolehkan pengguna menyunting dan memaparkan halaman dengan seret dan lepas (drag and drop). Anda dapat menggunakan “blok” untuk membina dan mereka cipta laman sesawang anda. Berikut merupakan beberapa animasi asas:

Pembina laman sesawang pihak ketiga

Kebiasanya datang sekali dengan tema anda atau dipasang sebagai plugin tunggal. Satu pembina laman sesawang pihak ketiga yang digunakan secara meluas ialah “Visual Composer”dan “Elementor”.

“Visual Composer” juga dikenali sebagai WP Bakery ialah “plugin” pembina Laman sesawang yang paling biasa digunakan.Ia biasanya datang sekali dengan tema yang anda beli. Ia mempunyai 2 fasa laman sesawang penyuntingan yang berbeza – klasik dan hujung hadapan penyunting (Frontend Editor).

Elementor– satu pembina laman sesawang baru yang membolehkan pengguna membina laman sesawang mereka dengan menggunakan kaedah seret dan lepas (drag and drop).Ia datang dengan versi Pro, yang membolehkan anda membina satu laman sesawang yang lengkap tanpa tema.Ia adalah percuma untuk dipasang.

Kesimpulan: Adalah mudah untuk membina Laman Sesawang WordPress

Saya berharap anda dapat belajar sesuatu benda yang berguna dalam blogpost ini. Sekarang, sampai giliran anda untuk membina laman sesawang WordPress profesional sendiri. Masih mengeliru? Ada soalan? Meninggalkan komen kepada kami di bawah!

Berminat untuk lebig memahami tentang WordPress Hosting yang menyata di atas, melayari laman web kita: Best WordPress Hosting in Malaysia