Pemasaran digital sering berkembang. Apakah yang akan berlaku pada bahagian kedua tahun 2020? Berikut merupakan lima trend pemasaran digital yang utama pada tahun 2020.
1. Penceritaan digital strategik
Semasa anda sedang memasarkan jenama anda, anda sedang bercerita kepada pengguna.
Pengguna merupakan watak utama dalam cerita tersebut. Masalah dan keperluan mereka ialah konflik cerita dan jalan penyelesaiannya ialah kemuncak cerita tersebut.
Natijah ialah satu twist plot keseluruhan cerita.
Penceritaan yang berkesan bukan sahaja penting bagi pengguna untuk mengenal pasti apa masalah dan keperluan mereka, tetapi juga boleh membantu mereka untuk mengaitkan masalah mereka kepada perniagaan anda pada tahap peribadi.
Tetapi, apa itu penceritaan digital?
Penceritaan digital ialah menyampaikan mesej kepada khalayak anda dengan melalui semua platform talian sama ada blog, video, gambar atau tweet.
2. Chatbot
Chatbot akan terus menjadi bahagian yang penting dalam pemasaran digital pada tahun 2020.
Apa itu Chatbot?
Chatbots ialah program komputer yang direka cipta untuk berbual dan membalas mesej kepada pelanggan / pelawat anda dengan segera dengan melalui internet.
Bot ialah satu sistem komunikasi automatik dengan pengguna dengan jawapan yang telah ditetapkan.
Terdapat sebanyak 1.4 bilion orang telah berinteraksi dengan menggunakan chatbots pada masa kini dan sebanyak 80% perniagaan telah menggunakan atau merancang untuk menggunakan chatbots menjelang tahun 2021.
Chatbots dianggarkan akan dapat membantu perniagaan menjimatkan lebih daripada $ 8 bilion setahun menjelang tahun 2023, terutamanya dalam industri perbankan dan penjagaan kesihatan.
3. Pemasaran pengaruh
Pemasaran pengaruh atau dikenali sebagai “Influencer Marketing” bukanlah satu perkara yang baru lagi pada tahun 2020.
Walau bagaimanapun, hanya terdapat segelintir pemasar menggunakan kaedah ini sebagai salah satu usaha pemasaran mereka.
Anda tidak perlu menjemput artis yang terkenal seperti David Beckham, sebaliknya, mencari pemimpin tempatan dan nasional dalam industri dan bidang anda.
Petua: Pekerja anda, pelanggan semasa juga boleh menjadi duta jenama yang terbaik untuk anda. Baca lebih lanjut di sini Perkara PENTING yang mesti anda tahu tentang Pemasaran Pengaruh pada tahun 2019
4. Kandungan yang dihasilkan oleh pengguna
Kandungan yang dihasilkan oleh pengguna merujuk kepada kandungan yang dijanakan oleh pelanggan dan digunakan oleh syarikat.
Ini boleh dalam apa-apa kandungan seperti video, gambar, teks, ulasan dan lain-lain. Kandungan yang dijanakan oleh pelanggan anda tentang paparan produk anda, dan dikongsi di akaun media sosial perniagaan anda.
Kandungan yang dijanakan oleh pengguna dapat meningkatkan kredibiliti jenama berbanding dengan kandungan yang dijanakan oleh jenama itu sendiri.
Pengguna pada masa kini ingin mengetahui tentang apa yang mereka akan dapatkan sebelum membuat pembelian. Kandungan yang dijanakan oleh pengguna dapat menghasilkan keyakinan dan ia amat berpengaruh dalam pembuatan keputusan membeli.
5. Pemasaran video
Video merupakan bentuk kandungan yang amat berkesan dan popularitinya berkembang seiring dengan kebangkitan media sosial.
Walaupun hakikat telah menunjukkan bahawa terdapat kebanyakan pengguna menikmati video dalam talian setiap hari, namun masih terdapat banyak pemasar tidak menggunakan video sebagai salah satu strategik pemasaran digital mereka atau tidak menganggap bahawa pemasaran video dapat menghasilkan kesan yang baik.
Menurut Sproutsocial , kandungan video yang sebanyak 100 juta jam telah ditonton di Facebook setiap hari.
Menurut Kajian Pemasaran Video Brightcove pada tahun 2018, terdapat sebanyak 53% pengguna bersetuju bahawa mereka akan terlibat dalam sesuatu jenama setelah menikmati salah satu video mereka di media sosial.
Ini membuktikan bahawa video membolehkan pemasar untuk mempromosikan jenama mereka dengan mencapai potensi yang maksimum. Pemasaran video tidak diragukan sebagai salah satu strategi yang penting dalam pemasaran pada tahun 2020.