Bantuan Perniagaan Untuk PKS

0
4336

blog bahasa melayu - bantuan perniagaan

Menyedari kepentingan PKS terhadap ekonomi negara dan kesan drastik pandemik Covid-19 terhadap perniagaan yang lebih kecil, kerajaan telah menggandakan inisiatifnya untuk memberi bantuan perniagaan kepada PKS termasuk bantuan kewangan dan inisiatif lain.

Perusahaan Kecil dan Sederhana merupakan tulang belakang ekonomi dan juga merupakan majikan terbesar negara kita. Oleh itu amat penting untuk membantu bisnes kecil yang terjejas akibat pandemik Covid-19 dan mendorong lebih banyak usahawan untuk memacu semula ekonomi.

Banyak inisiatif yang disediakan kerajaan untuk membantu PKS bangunkan semula perniagaan mereka. Antaranya, Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin),Prihatin Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Tambahan, pakej Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana). Namun bantuan perniagaan yang ingin saya ketengahkan harini ialah bantuan untuk pendigitalan PKS seperti Geran Padanan dari MDEC.

Bantuan Perniagaan: Geran Padanan MDEC

Kementeran Kewangan (MOF) berkerjasama dengan Bank Simpanan Nasional (BSN) , SME Bank dan MDEC dalam menguruskan dana kepada PKS yang layak untuk menggunakan teknologi digital dalam operasi harian.

Kerajaan akan memberikan geran padanan 50% sehingga RM5000 kepada setiap syarikat untuk langganan perkhidmatan seperti pemasaran digital, sistem Electronic Point of Sales (ePos) , sistem sumber manusia, sistem perolehan, e-dagang dan kerja jarak jauh.

Apakah syarat permohonan geran padanan MDEC ?

  1. Syarikat sekurang-kurangnya 60% dimiliki oleh rakyat Malaysia.
  2. Syarikat ini berdaftar di bawah undang-undang Malaysia yang berkaitan
  3. PKS yang telah beroperasi sekurang-kurangnya satu (1) tahun
  4. Syarikat telah beroperasi dalam satu (1) tahun, dan perlu mempunyai perolehan jualan tahunan minimum sebanyak RM 100,000.
  5. Operasi syarikat lebih daripada dua (2) tahun dan syarikat perlu mempunyai perolehan jualan tahunan minimum sebanyak RM 50,000 (Dua tahun berturut-turut).

Sekiranya anda berminat, anda boleh memohon di sini . 

Bantuan Perniagaan: Subsidi #SamaSamaDigital

Selain bantuan geran padanan RM5000 dari MDEC, Exabytes turut menawarkan subsidi kepada PKS yang ingin mendigitalkan perniagaan mereka. Melalui kerjasama antara Ekuinas dan Exabytes, sebuah program CSR iaitu #SamaSamaDigital diwujudkan supaya PKS boleh mendapatkan subsidi sebanyak RM10,000 untuk mendigitalkan perniagaan dengan menggunakan mana-mana plan yang ditawarkan Exabytes. 

Apakah syarat untuk memohon #SamaSamaDigital? 

  • Perniagaan Bumiputera (atau 51% Dimiliki oleh Bumiputera) yang telah beroperasi sekurang-kurangnya 12 bulan layak mendaftar untuk SAMA-SAMA DIGITAL.

Antara Plan yang ditawarkan Exabytes dan mendapat sambutan yang hangat

  • Plan Digital Marketing (FB Ads/Google Ads)
  • SMS Marketing
  • SEO
  • Website eCommerce
  • Website Korporat

Semenjak Kempen ini dilancarkan pada tahun 2020, lebih 2200 PKS telah menyertai kempen ini. Usahawan dari berbagai bidang telah berjaya mendigitalkan perniagaan mereka. Dengan bantuan subsidi dari Exabytes and Ekuinas mereka hanya perlu mengeluarkan kapital yang minima sahaja.

Kisah Kejayaan Peserta #SamaSamaDigital


Antara usahawan yang berjaya melalui #SamaSamaDigital: ialah Encik Danial Bin Abdul Rahman. Beliau merupakan Pengarah DNF Technologies sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan digital. Berikut merupakan maklum balas beliau, 

blog bahasa melayu - bantuan perniagaan

#SamaSamaDigital juga berjaya membantu usahawan untuk membina kedai online eksklusif mereka sendiri, contohnya, LLORA Bath & Body yang sebelum ini hanya bergantung kepada platform seperti Instagram dan Whatsapp untuk mempromosikan produk mereka dan menerima bayaran dari pelanggan.

blog bahasa melayu - bantuan perniagaan

Encik Alfian Bin Nazri yang merupakan Pemilik perusahaan tudung, Coolscarf turut berkongsi pendapat beliau bagimana #SamaSamaDigital membantu perniagaan beliau,

blog bahasa melayu - bantuan perniagaan

Dengan adanya #SamaSamaDigital beban usahawan sedikit sebanyak lebih ringan. Dengan keadaan yang tak menentu sekarang ini, semestinya segala pertolongan dan alternatif amat diperlukan untuk menyelamatkan perniagaan anda. 

Kami menyeru para usahawan yang ingin ubah perniagaan anda ke dunia digital untuk menyertai Program CSR, #SamaSamaDigital. Sesungguhnya Exabytes amat berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada transformasi anda. Klik sini untuk memohon.