Akademi Sains Al-Hazen berkongsi bagimana #SamaSamaDigital bantu mereka dalam masa sukar dan pandangan mereka mengenai impak program #SamaSamaDigital terhadap usahawan PKS.
Boleh Anda Kongsi Mengenai Perniagaan Anda, Akademi Sains Al-Hazen
Akademi Sains Al-Hazen merupakan akademi yang menyediakan program dan kit seronoknya sains dan Quran selain buku-buku yang bakal membawa anak-anak mengeksplorasi keajaiban Quran melalui Teropong mata sains
Kami menawarkan kit eksperimen dan program Seronoknya Sains dan Quran sesuai bagi kanak-kanak bermula usia 4-12 tahun.
Plan #SamaSamaDigital apa yang anda pilih dan mengapa?
Kami memilih plan All-in-1-Ecommerce Solution.
Sebelum kami menggunakan website dari Exabytes, kami ada melanggan sebuah platform untuk bina page jualan online tetapi servis tersebut hanya percuma untuk 14 hari dan kami perlu membuat bayaran tambahan untuk mendapat kedai online kami sendiri.
Dalam masa yang sama Exabytes melancarkan kempen #SamaSamaDigital dimana kami boleh mendapat subsidi untuk bangunkan website kami sendiri.
Bagi kami ini merupakan peluang keemasan untuk dapatkan website e-commerce dengan harga mampu milik.
Apakah Cabaran Terbesar Semasa PKP?
Cabaran terbesar kami ialah apabila sekolah terpaksa ditutup jadi aktiviti pembelajaran kami terganggu.
Kami perlu memikirkan inisiatif baru untuk meneruskan sesi pembelajaran kami dan dalam masa yang sama merekrut pelajar baru untuk menyertai Akademi Sains Al-Hazen.
Semenjak PKP bermula, jumlah pelajar yang mendaftar dengan kami berkurangan. Oleh itu kami memerlukan platform baru untuk mendigitalkan akademi kami.
Bagaimana Perkhidmatan Exabytes Membantu Perniagaan Anda Berkembang?
Kami tahu Exabytes banyak menyokong dan membantu usahawan kecil dan sederhana seperti perniagaan kami.
Jadi kami memilih Exabytes kerana kemampuan dan kepercayaan kami terhadap servis yang ditawarkan Exabytes.
Support team mereka sedia untuk membantu kami pada bila-bila masa.
Apa Pandangan Anda Setelah Menyertai #SamaSamaDigital?
Setelah menyertai #SamaSamaDigital, jualan kami meningkat sehingga 15%.
Kami tahu disebabkan PKP aktiviti pembelajaran kami terjejas tetapi melalui PKP juga kami berjaya melancarkan produk baru kami iaitu kit eksperimen untuk pelajar belajar dari rumah.
Kami meneruskan aktiviti pembelajaran kami menerusi platform online. Selain itu, kami juga amat berpuas hati dengan website yang disediakan oleh Exabytes.
Untuk beginner seperti kami, website design dari Exabytes amat mudah untuk digunakan.
Dengan subsidi dari #SamaSamaDigital juga kami dapat memiliki kedai online kami dengan harga yang murah.
Selepas menggunakan website, peratus pelanggan baru kami bertambah sehingga 15%.
Bagaimana Anda Tahu Mengenai Exabytes?
Kami tahu mengenai Exabytes melalui laman sosial Facebook.
Dengan pelancaran #SamaSamaDigital di mana PKS Bumiputera boleh mendapatkan subsidi untuk pendigitalan perniagaan, kami tidak mahu melepaskan peluang untuk menyertai kempen ini.
Adakah anda mengesyorkan program #SamaSamaDigital / Exabytes kepada rakan / keluarga anda?
Semestinya. Kami amat mengesyorkan #SamaSamaDigital untuk PKS diluar sana yang ingin memiliki website e-commerce mereka sendiri dengan harga mampu milik.
#SamaSamaDigital amat membantu dalam keadaan yang sukar ini.
Kesimpulan
Exabytes amat berbesar hati kerana dapat menjadi sebahagian daripada perjalanan digital Akademi Sains Al-Hazen.
Kami berharap Akademi Sains Al-Hazen ini terus sukses dan dikenali di masa hadapan.