Adakah 2020 menjadi tahun yang anda akan mencipta perniagaan dalam talian yang menguntungkan?
Saya pasti anda telah memikirkan idea perniagaan online ini hari demi hari, tahun demi tahun sambil membayangkan macam mana kehidupan anda setelah berhenti kerja dan menghasilkan wang di internet.
Tetapi, apa yang berlaku?
Biasanya, anda meluangkan sedikit masa memikirkan idea-idea tersebut tetapi akhirnya mengambil jalan kembali ke zon selesa anda.
Hmm..
Saya di sini untuk memberitahu anda bahawa 2020 adalah tahun yang anda mesti memulakan perniagaan dalam talian anda. Terdapat lebih banyak peluang daripada sebelumnya, dan anda perlu mengambil kesempatan!
Untuk membantu anda memulakan, saya akan meletakkan beberapa idea perniagaan dalam talian. Anda mulakan penyelidikan anda kemudian mulakan dengan salah satunya, it’s that simple!
1. Mulakan Dengan Sebuah Blog dan Monetize It
Sudah banyak kali saya bercakap tentang macam mana nak mula dengan blog sebelum ini. Pada tahun 2019, lebih mudah untuk anda memulakan blog berbanding sebelum ini dan blog anda juga boleh menjadi sumber pendapatan berpotensi besar (jika anda tahu cara mendapatkan wang).
Perlu diingatkan bahawa anda bukan sahaja memulakan blog dan terus mengharapkan wang datang jatuh gedebuk. Anda perlu membuat content secara konsisten, dan ia juga perlu menjadi kandungan yang mendidik atau menghiburkan orang. Dalam erti kata lain, ia perlu menangkap minat mereka untuk membaca.
Apa lagi bila anda menjual sesuatu melalui blog. Ini boleh menjadi ruang iklan, produk, produk digital, sponsored posts, coaching, ebook, dll.
Berikut adalah beberapa sumber untuk membantu anda memulakan blog pertama anda:
- 5 Easy Steps to Setup a WordPress Website
- How to install WordPress, Step by Step
- 4 Essential Tips for WordPress Beginners
2. Dropship
Bisnes dropship ialah satu jenis perniagaan yang tidak memerlukan anda untuk menguruskan stok, membuat penghantaran dan senang kata tak perlu nak fikir segala urusan yang berkaitan dengan barang secara lansung.
Semua itu akan diuruskan oleh pihak pengeluar, pihak ketiga atau dropshipper (pembekal) yang memberikan perkhidmatan tersebut.
Dalam konsep bisnes dropship ini, anda akan menerima tempahan dan bayaran daripada pelanggan.
Selepas itu, anda akan membuat tempahan dan bayaran kepada pihak dropshipper pula dan mereka akan membuat penghantaran barang terus ke pelanggan anda.
3. Affiliate
Affiliate ini lebih kurang macam dropship.
Tetapi dropship di alam nyata..affiliate pula di alam maya.
Bagaimana buat duit dengan affiliate ini?
Senang saje..anda hanya perlu promote link affiliate anda di mana-mana tempat yang anda rasa boleh terjual.
Contoh seperti dalam whatsapp group sekolah, Facebook profile, instagram dan banyak lagi platform media sosial anda boleh gunakan.
Apabila seseorang itu membeli produk melalui link yang anda kongsikan tersebut anda akan mendapat komisyen.
Komisyen kebiasaannya ditetapkan oleh owner bagi produk tersebut.
4. Arbitrage
Arbitrage ini sebenarnya simple sahaja.
Anda hanya perlu cari supplier yang boleh supply sesuatu barang pada harga yang murah dari harga pasaran.
Kemudian anda jual semula pada harga pasaran sedia ada.
Contohnya :
Di laman web alibaba.com harga bagi sehelai jersi Man United adalah RM 10.
Harga jersi Man United di pasaran adalah pada harga RM 50.
Jadi anda dah boleh dapat RM 30 extra jika anda mengambil jersi tersebut dan jualkan semula.
Simple kan?
4. Produk Digital
Apa itu produk digital?
Kebiasaannya produk digital ini merupakan jenis information.
Contoh produk digital adalah seperti ebook,webinar,software dan rakaman video.
Nak buat produk digital ini tak perlukan modal yang besar.
Kalau nak buat ebook , cukup sekadar tahu menggunakan microsoft words dan PDF.
Kalau webinar, sekarang ini kita dah ada Facebook Live atau Youtube Live.
Untuk produk digital ini anda perlu tahu niche apa yang sesuai dan HOT di pasaran.
5. YouTuber
Video menjadi semakin popular. Dari Instagram Stories dan Snapchat ke Facebook Live video, video hanya akan terus berkembang. Jika anda selalu suka duduk dibelakang tabir kamera, inilah masanya anda mengambil kesempatan tonjolkan diri.
Sama ada memulakan dengan vlog dan mendapatkan hasil atau jualan produk kepada viewer atau membina saluran YouTube untuk memacu lebih banyak traffic ke laman web anda – 2019 adalah masa yang tepat untuk anda mulakan.
The best part is, anda tidak perlu keluar dan membeli kamera baru yang mahal – selagi anda mempunyai telefon pintar dengan lensa kamera berkualiti, anda boleh memulakan penggambaran video pertama anda sekarang!
Kesimpulannya :
Tak lama lagi tahun baru dan peluang baru untuk memulakan perniagaan dalam talian dan mewujudkan kebebasan kewangan dan gaya hidup yang mutlak untuk diri sendiri.
Ambil beberapa idea dan berlari dengan mereka – pada masa ini tahun depan, anda dengan baik mungkin mempunyai perniagaan online yang berjaya dan menguntungkan anda sendiri! Pastikan anda melaporkan semula di sini dan beritahu saya hasil anda!
Jika anda mempunyai idea perniagaan online lain yang anda fikir patut dikongsikan, jangan lupa drop comments di bawah!
Sila klik disini untuk semua artikel Bahasa Melayu.
Comments are closed.