Kenapa Perlu Berniaga?

0
7804

sebab utama kenapa anda perlu mula berjinak-jinak dengan bisnes

Kenapa mesti berniaga? Tidak semua orang ingin memulakan perniagaan.

Mungkin kerana tiada tergerak minat untuk menjadi usahawan atau kerana mereka takut akan rugi atau tak berbalik modal.

Anda juga begitu?

Sememangnya tiada salah di situ. Terpulanglah pada diri masing-masing kerana mungkin kita lebih selesa bekerja makan gaji. Rezeki pastinya ada di mana-mana saja.

Tetapi sebagai manusia, kita digalakkan berniaga untuk meningkatkan taraf ekonomi dan hidup kita sendiri.

Antara keistimewaan kenapa anda mesti berniaga:

1. Nak Ada Masa

showing watch while eating and reading newspaper

Bila anda berniaga, anda boleh cipta sendiri masa anda untuk berniaga dan bersama keluarga atau kawan-kawan.

Ramai orang mengadu mereka tak ada masa bersama keluarga kerana terlalu sibuk bekerja. Kadang-kadang hujung minggu pun kena kerja, betul?

Itu tak dikira lagi jika kerja anda memerlukan pengorbanan seperti kerja offshore, askar atau kelasi, jarang sekali anda akan berjumpa dengan keluarga anda.

Mulakan dengan berniaga jika anda mahu ada masa bersama orang tersayang anda.

2. Untuk Memenuhi Keinginan

Untuk memenuhi keinginan

Pernah tak anda jumpa orang yang kerja makan gaji, tapi boleh jadi kaya dengan hanya gaji bulanan mereka?

Jika mereka kaya pun, pasti mereka ada buat kerja sampingan seperti berniaga atau ada pelaburan, betul? Jika hanya berbekalkan gaji, pasti tidak cukup.

Sekiranya anda ingin melancong atau shopping barang-barang berjenama, anda kena simpan duit untuk satu jangka masa, barulah dapat penuhi keinginan anda.

Dengan berniaga, anda boleh penuhi kehendak dan keinginan anda tanpa perlu berfikir banyak kali untuk mengeluarkan duit simpanan.

3. Membantu Orang yang Memerlukan

Membantu orang yang memerlukan.

Macam mana anda nak tolong orang lain jika diri anda pun tak tertolong lagi?

Cara terbaik untuk anda membantu orang adalah dengan berniaga. Anda boleh tolong mereka untuk menghadapi hari-hari yang akan datang dengan lebih bermakna lagi.

Sekiranya anda tak berniaga, anda hanya dapat menolong mereka semampu yang anda boleh.

Dengan hasil perniagaan anda, anda boleh membantu mereka dari segi kewangan, memberi mereka peluang pekerjaan, dan meningkatkan taraf hidup mereka.

4. Cabar Kemampuan Diri

Cabar kemampuan diri

Bila anda memulakan perniagaan sendiri, anda bertanggungjawab sepenuhnya atas perniagaan anda.

Risiko-risiko dalam bisnes boleh mematangkan anda, melatih diri anda menyelesaikan masalah, berfikir dengan lebih advance untuk mencari ruang kejayaan, dan mampu mencabar anda untuk melakukan perkara yang anda sendiri tak terfikir untuk melakukannya.

Jika anda terpaksa menghadapi risiko perniagaan anda 100%, anda juga akan menikmati 100% kemanisan kejayaan bisnes anda.

5. Berbangga dengan Pencapaian

clapping hand

Pasti anda sendiri tak terfikir yang anda akan mengecapi kejayaan yang anda bina dengan titik peluh anda sendiri.

Anda boleh berbangga dengan hasil kejayaan yang anda sendiri cipta pada masyarakat dan keluarga anda.

Kejayaan ini anda boleh dijadikan teladan dan kisah inspirasi pada peniaga lain yang baru mula nak berniaga dan dah tiada semangat nak berniaga.

Tunjukkan pada mereka, kegagalan bukan penghalang untuk anda berjaya.

Saya faham nak mula berniaga bukan senang. Kalau berniaga secara offline sememangnya memerlukan modal yang sangat tinggi.

Apa yang anda boleh mulakan adalah dengan berniaga secara online kerana ia seiring dengan perkembangan dunia digital masa kini.

Ketahui juga kenapa bisnes eCommerce dan digital marketing ni penting.

Terdapat banyak usahawan termasuk usahawan muda-muda telah berjaya dengan hanya menggunakan platform online ini.

Hal ini kerana perniagaan online sangat mudah untuk diuruskan kerana setiap urusan hanya atas talian dan tidak memerlukan untuk berada pada sesuatu tempat dalam tempoh yang lama.

Berikut adalah antara 5 sebab untuk anda mulakan bisnes online:

Akhir kata, nasihat saya untuk anda, mulalah membaca buku keusahawanan, biografi usahawan berjaya atau menghadiri seminar keusahawan.

Juga, bergaul dengan usahawan lain akan memberi lagi input kepada diri kita sendiri untuk lebih memahami dan mengetahui dunia keusahawanan.

Semua ini sedikit sebanyak akan mencambah minat dan semangat kita.

a girl looking at her laptop happily

Sekiranya tiada pengalaman, apa kata fikirkan bagaimana boleh memulakan sesuatu bersama rakan kongsi yang mungkin mempunyai lebih pengalaman dalam perniagaan.

Dalam masa yang sama, tambahkan pengalaman dan ilmu dalam bidang perniagaan.

Memulakan perniagaan sendiri terutamanya jika tiada pengalaman dan bantuan, mungkin sedikit sukar.

Oleh itu, mempunyai rakan yang sama-sama membantu dalam perniagaan dapat memberi suntikan semangat dan boleh bertukar fikiran dalam mendalami perniagaan dengan lebih lanjut.

Ambil langkah demi langkah dalam memupuk minat. Dalami ilmu perniagaan dulu sebelum memulakan perniagaan.

Kuatkan juga semangat dan motivasi oleh kerana dunia perniagaan tidaklah semudah yang kita sangka terutamanya bagi mereka yang baru saja hendak bermula!

Semoga entry ini memberi inspirasi kepada anda. Jangan Segan-segan untuk share kepada kawan-kawan ya!

Sila klik disini untuk semua artikel Bahasa Melayu.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments