Domain yang catchy lonjak trafik pengunjung!

0
5906

Apa nama domain yang patut saya pilih ?

Adakah nama domain saya cukup unik ?

Kadang memilih nama domain saja boleh buat kepala ini pusing. Nama yang macam mana, panjang atau pendek, nama itu dah diguna ke belum. Pening bukan.

Nak pilih nama domain jangan tergesa-gesa dan jangan sampai tersilap pilih. Sekali dibeli anda harus tetap dengan domain tersebut atau pun terpaksa membeli domain yang baru.

Disini saya kongsikan beberapa tips cara untuk memilih nama domain selari dengan trend semasa tahun 2018 ini.

Perkara yang wajib anda titikberatkan ialah :

1. Pilih nama yang boleh dijenamakan.

laptop

Pemilihan nama yang sesuai dan ‘catchy’ amat penting sekiranya anda ingin perniagaan bertahan lebih lama dan dikenali. Tetapi terlebih dahulu anda perlu tahu niche yang ingin dibawa oleh blog anda.

Sebagai contoh, mana mungkin blog mengenai menu masakan menggunakan nama domain yang canggih seperti www.ultrafood.com ataupun www.resepipower.com? Cuba fikirkan perkataan yang lebih sesuai tetapi dalam masa yang sama mempunyai daya tarikan untuk pelawat membaca blog anda seperti www.myresipi.com. Pilihlah nama yang sesuai untuk dijadikan jenama atau dijenamakan.

Selain itu, pemilihan nama yang baik juga sedikit sebanyak akan dapat menaikkan ranking blog anda. Maksudnya disini, apabila pelawat menggunakan keyword tertentu dalam pencarian di SEO, blog anda berada diatas dan ada tarikan trafik paling tinggi sekaligus memudahkan pelawat datang singgah.

2. Pastikan ia boleh dibaca dan dibunyikan.

light bulb idea

Nama domain yang efektif adalah mudah untuk diingat, mudah dalam penulisan dan juga pengucapan.

Kenapa mesti mudah untuk dibaca?

Atau

Kenapa mesti senang untuk diucapkan?

Ini penting kerana ia berkait rapat dengan cara otak kita berfungsi untuk mengingati sesuatu benda. Kita lebih mudah untuk ingat benda yang kita tahu kita kenal atau kita sering guna.

Dalam dunia online, kebanyakkan orang yang melayari internet akan melakukan dua perkara ini — Menaip dan juga klik pada link.

Jika nama domain anda sukar untuk dibaca dibunyikan, orang susah untuk mengingati laman web atau blog anda dan disinilah kelemahannya. Lupa atau tidak ingat.

3. Ringkas atau pendek.

question mark

Jika diberi pilihan dua nama domain seperti ini:

Panduanpengurusankewanganperibadi.com

dan

Dahmakan.com

Mana satu yang anda lebih ingat?

Panjang-pendek nama domain anda mempengaruhi kadar kejayaan laman web atau blog. Secara ringkasnya nama domain yang pendek lebih mudah untuk ditaip, disebut, di ingati oleh pelawat.

Semakin pendek nama tersebut semakin kurang kadar kesalahan yang akan terjadi (typo).

Sebagai contoh domain yang terlalu panjang seperti panduanpengurusankewanganperibadi.com mungkin akan salah dieja sebagai panduanpengurusanwangperibadi.com.

Hal ini akan membuatkan pelawat keliru dengan ejaan dan kerap kehilangan trafik.

4. Elakkan penggunaan simbol.

Anda mungkin fikir domain akan tampak unik dengan memasukkan simbol pelik seperti sengkang (-) dan juga nombor (1, 2, 4…) seperti ini:

  • dah-makan.com
  • dahmakan1.com

Jangan…

Lebih mudah jika anda tulis dahmakan.com.

Ya, mungkin kelihatan unik tetapi bagaimana hendak membaca domain tersebut?

Contohnya saya mendapati dah-makan.com mengandungi maklumat yang menarik dan ingin mengkongsikan laman tersebut. Bagaimana saya hendak menyatakan nama domain tersebut pada rakan saya?

Sebut satu-satu?

DAH lepas tu tanda sengkang, kemudian MAKAN. Agak membingungkan.

Terdapat besar kebarangkalian pelawat akan lupa tanda sengkang tersebut.

Untuk pengunaan nombor pula seperti dahmakan1.com pula, orang akan keliru nombor itu harus ditaip sebagai angka atau dieja. Boleh jadi dahmakan1.com, dahmakansatu.com dan dahmakanone.com apabila disebut.

Sebaiknya elakkan penggunaan sengkang atau nombor!

5.  Pilih sambungan domain yang terbaik.

domain checker

Sebenarnya banyak pilihan domain yang anda boleh guna seperti .com .my .asia .org .edu .net .biz .info dan sebagainya.

Misalnya, ada sesetengah pemilik laman web mereka gunakan .com untuk laman yang berbentuk informasi dan formal. Kemudian bagi blog yang bersifat santai dan peribadi, mereka lebih gemar menggunakan .net.

Tiada apa yang istimewa di antara .com atau .net mahupun yang lain-lain. Ianya terpulang kepada diri anda untuk memilih mana yang terbaik.

Saranan saya, pilihlah yang orang dah terbiasa dengar . Pasti jenama anda akan pergi lebih jauh dan lebih dikenali.

6.  Periksa nama domain anda dilaman sosial yang lain.

social media icon

Jangan lupa, sebelum mendaftar nama domain adalah disarankan memeriksa nama tersebut di laman sosial lain seperti facebook, instagram, twitter dan sebagainya.

Contohnya: facebook.com/mfmsbeauty, instagram.com/mfmsbeauty.

Jangan gunakan nama yang sudah dipakai atau sama dengan orang lain.

Dua perkara yang anda kena berhati-hati :

  1. kekeliruan kepada pengguna
  2. mengelakkan tindakan mahkamah

Juga nama tersebut haruslah selari jika mahu bina jenama.

 

Tambahan: Laman Web Berguna Yang Dapat Membantu Anda

Berikut merupakan laman web yang mungkin dapat membantu untuk memulakan domain pertama anda klik sini.


Check dan dapatkan segera! Sementara domain anda belum disambar orang!

Kongsikan post ini jika ia bermanfaat pada anda.

ok bye!

Jumpa lagi di lain entry…

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments