Apabila anda bercadang untuk melancarkan laman web baru, memilih web hosting yang betul adalah keputusan yang sukar untuk dibuat. Malah bagi developers yang berpengalaman juga, ia bukanlah satu tugas yang mudah kerana terlalu banyak syarikat hosting yang tersedia menawarkan pelbagai ciri-ciri dan jenis perkhidmatan.
Tetapi sebelum memilih web hosting, penting untuk anda mengetahui jenis-jenis hosting yang anda perlukan.
Dalam artikel kali ini, kami akan merungkai tiga jenis utama hosting yang ada: shared hosting, VPS dan dedicated server. Setiap pilihan ini mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri, penting untuk anda fahami setiap satu jenis supaya anda dapat menentukan penyelesaian yang paling sesuai untuk keperluan laman web anda.
Shared Hosting
Shared hosting adalah pilihan yang paling popular untuk orang yang baru membina laman web.
Apabila anda mendaftar untuk berkongsi hosting, syarikat hosting akan meletakkan tapak web anda di server bersama dengan ratusan malah ribuan laman web lain. Ini bermakna setiap pelanggan perlu berkongsi ruang dan sumber pada server tersebut dengan setiap pelanggan lain, termasuk CPU time, memory dan disk space.
Untuk lebih jelas, anda bayangkan berkongsi hosting ini seperti tinggal di sebuah bangunan apartment. Semua penduduk berkongsi bangunan yang sama dan beberapa perkara lain seperti lif, tangga, tempat letak kereta, bilik sampah dan sebagainya.
Shared Hosting adalah pilihan yang paling murah dan paling ekonomi tetapi sangat terbatas.
Kebaikan :
– Murah.
– Beginner-friendly. Sangat mudah untuk memulakan website berbanding pilihan hosting yang lain.
– Keselamatan, peningkatan (upgrades) dan semua penyelenggaraan server telah dikendalikan untuk anda. Anda tidak perlu berbuat apa-apa.
Keburukan :
– Ia boleh menjadi perlahan. Ini disebabkan begitu banyak laman web lain yang turut running di dalam server dan masa yang sama.
– Keselamatan tidak terjamin. Anda tidak tahu siapa yang menggunakan server yang sama, jadi jika satu laman web mempunyai memory leak atau digodam, tapak anda juga mungkin akan terjejas.
– Kekurangan kawalan dan prestasi server. Sekiranya server terlalu padat atau jika laman web lain mengambil lebih banyak ruang, prestasi untuk lama web anda boleh jatuh.
– Ia sukar untuk dikira kerana penyimpanan terhad (limited storage) dan jalur lebar (bandwidth) yang terhad.
VPS
Nama panjang VPS ialah Virtual Private Server. Maksudnya, kalau ada VPS umpama ada komputer ditempat lain sebagai server untuk pelbagai guna. Server ini sebenarnya komputer juga, cuma lebih tertumpu kepada web hosting, private file storage, emel dan lain-lain. Kiranya kalau kita beli VPS ni untuk guna perkhidmatannya saja , kita tidak akan dapat server atau hardwarenya. Yela nama pun virtual, maya, bukan realiti. Lagi power VPS tu lagi mahal.
Macam cakap tadi, VPS ni digunakan untuk hosting website atau blog. Ini memang merupakan fungsi utama VPS. Selain itu, ia juga boleh dibuat VPN (Virtual Private Network), file storage testing dengan linux dan apa-apa sahaja yang boleh dibuat oleh komputer kecuali entertainment seperti main game atau tengok movie secara terus daripada VPS.
Server virtual ini penggunanya akan diberikan ‘full root access’. Maksudnya anda boleh akses apa sahaja VPS anda tanpa ada halangan. Harga VPS bergantung kepada servis yang ditawarkan serta spesifikasi VPS tersebut seperti spesifikasi bandwith, RAM memory, disk space dan pelbagai lagi. Kebiasaannya setiap VPS mempunyai IP Address tersendiri . Segala setting dalam VPS adalah manual dan selalunya menggunakan Linux.
Kebaikan :
– Lebih murah daripada dedicated server dan anda bayar untuk apa yang anda perlukan sahaja.
– Lebih selamat. Untuk segmen server dengan betul, hos memasang lapisan perisian kepada pelayan anda, ini membuatkan server anda berasingan daripada server orang lain.
– Lebih pantas. Anda diberi peruntukkan lebih banyak resources berbanding dengan berkongsi hosting.
– Root server access. Anda boleh customize hosting tersebut untuk memenuhi keperluan anda dan mempunyai kawalan terhadap hosting anda.
Keburukan :
– Sesetengah syarikat server mengagihkan server mereka, dengan harapan setiap site yang sedang menggunakan server tertentu tidak akan sesak ketika waktu puncak.
– Lebih mahal daripada shared hosting.
– Jika anda memilih VPS yang tidak dikendalikan (unmanaged VPS), mungkin sukar untuk dikonfigurasikan, mengambil masa lebih lama untuk laman web anda running.
Pendek kata, bagi yang sesiapa berminat dengan VPS, boleh la cuba satu bulan dulu.
Dedicated Server
Dedicated Server ni abang kepada VPS. Selalunya dedicated server menawarkan spesifikasi yang lebih tinggi dan harganya agak mahal. Yang ini memang betul-betul komputer sebenar. Sesuai untuk company atau website yang betul-betul menguntungkan bagi menampung kos server. Pengguna akan mendapat full root access dan boleh lakukan apa sahaja dengan server anda seperti web hosting, VPS, VPN dan sebagainya.
Perbezaan antara Dedicated server dan VPS :
Dedicated Server | Virtual Private Server (VPS) |
Satu pelanggan satu dedicated server. 100% milik pelanggan tanpa kongsi pada sesiapa. | Juga menggunakan Dedicated server, tapi kongsi ramai2. |
Harga paling mahal. | Ada yang murah dan ada yang mahal. Tapi tak semahal Dedicated server. |
Dedicated server boleh disewa atau dibeli sendiri dan sewa tapak untuk tempatkan server tu. Nak letak kat rumah pun boleh. Tak ada masalah. | Tiada hardware atau server yang perlu dijaga. Semua dikendali oleh provider. Jika ada masalah atau rosak, provider akan handle. Yang penting bayaran bulanan jangan lupa. |
Sesuai untuk website yang terlalu ramai pengunjung dan server lama tak mampu nak handle. Masa ini la paling sesuai tukar ke Dedicated server bagi pengguna VPS. | Sesuai untuk jumlah pengunjung sederhana. Boleh juga setting untuk tampung ramai pengunjung tetapi tidak seramai dedicated server. |
Jika sewa server/tapak, segala masalah berlaku (contoh komputer hang dan kena restart), perlu diberitahu pada staff dekat tempat tu untuk selesaikan. Merugikan masa. | Boleh restart, shutdown, start, install OS sesuka hati, pada bila-bila masa di mana jua. |
Kebaikan :
– Anda mempunyai server khusus untuk diri sendiri.
– Anda mempunyai akses penuh ke semua tetapan dan boleh mengubahsuai server untuk memenuhi keperluan tapak web anda.
– Lebih pantas. Anda mendapat akses 100% ke server resources.
– Prestasi server yang terbaik kerana anda boleh menyesuaikan server untuk memenuhi spesifikasi yang anda perlukan untuk tapak anda.
– Ianya selamat. Oleh kerana anda satu-satunya yang menggunakan server tersebut, anda tidak perlu bimbang tentang kesan yang lazim berkongsi hosting dengan orang lain.
– Sokongan 24/7. Oleh kerana anda membayar banyak wang untuk akaun anda, syarikat web hosting mengutamakan dan memberi sokongan yang lebih dan terbaik terhadap anda.
Keburukan :
– Ianya sedikit mahal.
– Anda memerlukan kakitangan teknikal yang mahir untuk mengekalkan dan mengoptimumkan server. Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk server anda jika terdapat sebarang masalah.
Diatas telah saya jelaskan sedikit perbezaan kepentingan dan kebaikan serta kelemahan setiap jenis hosting tersebut. Diharap informasi ini sedikit banyak dapat membantu anda untuk memilih hosting yang terbaik.