Ada orang faham online shop, ada orang faham shopping cart, ada orang faham online shopping. Tapi eCommerce ialah sebarang transaksi komersial/perniagaan yang berlaku di atas talian (online).
Jadi, jika anda mempunyai sebuah website yang menjual produk secara online dan memproses bayaran secara online, maknanya anda mempunyai perniagaan eCommerce.
Pernah dengar Lazada, Shopee, Amazon, eBay, Zalora or 11street?
Ini antara contoh website eCommerce yang ada dan semua tu tengah trending sekarang ini.
Berbalik kepada tajuk, Facebook ada, Insta ada buat apa web eCommerce?
Inilah konsep ramai peniaga online pegang. Statement ini tak salah, tapi statement ini ialah comfort zone dan anda telah rugi dalam beberapa aspek jika anda hanya berniaga di platfom Facebook dan Instagram.
Kenapa Lazada tak guna je Facebook dan Insta untuk berniaga? Kenapa Amazon pun mempunyai website eCommerce sendiri?
Ya, jawapannya ialah website eCommerce mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan berniaga di platfom media sosial saja.
Pertama:
Facebook dan Instagram ialah platfom sosial, ia lebih sesuai digunakan sebagai platfom marketing bisnes anda, bukan pusat bisnes anda. Gunakan FB dan Insta sebagai punca tarik pelanggan ke website eCommerce anda.
Kedua:
Website eCommerce akan menyimpan semua data pelanggan anda. Ini merupakan DATA yang sangat sangat berharga.
Dari data-data ini anda akan mengetahui demografik pelanggan anda, yang mana anda boleh gunakan data ini sebagai marketing di masa hadapan.
Sebagai contoh, anda ada produk baru, anda blast ke database pelanggan anda, anda boleh dapat jualan yang tinggi dalam masa yang singkat.
Berbanding dengan berniaga di FB dan Insta saja. Kebanyakan peniaga tidak menyimpan maklumat pelanggan, kalau ada pun simpan setakat untuk pos barang je.
Ketiga:
Jangan susahkan customer dan senangkan kerja anda. Dengan website eCommerce, anda tak perlu lah memberitahu setiap pelanggan anda tentang cara bayaran untuk membeli produk anda.
Cara pembayaran yang automatik dan layan-diri lebih memudahkan pelanggan.
Jika menggunakan FB dan Insta semata-mata, pelanggan kena pergi ke bank untuk depositkan bayaran, atau membuka online banking, lepas tu kena WhatsApp anda sebagai bukti bayaran.
Anda pulak boleh pening sebab ramai sangat yang WhatsApp, itu belum cakap lagi kes tipu yang edit slip deposit bank kata dah bayar.
Keempat:
Siapa boleh jamin kelangsungan FB dan Insta boleh bertahan? Dulu masa Friendster, itulah medan sosial internet terbesar, lepas tu dah tutup, sebab MySpace lebih menarik.
Lepas tu MySpace pun dah jadi apa semenjak Facebook ada. Tidak dinafikan Mark Zuckerberg seorang yang inovatif dan bertanggungjawab menjadikan Facebook sangat menarik.
Tapi kalau Mark Zuckerberg dah takde? Acane?
Apa yang ingin disampaikan di sini ialah jika anda mempunyai portal bisnes online anda sendiri, tak kisahlah apa jadi kat Facebook atau Insta, anda peduli apa, yang penting bisnes anda tetap selamat. Ye dak?
Kelima:
Website e-commerce membolehkan anda menguruskan produk katalog yang sangat besar.
Anda juga boleh menambah bermacam-macam ciri menarik untuk kedai online anda seperti diskaun hari jadi, diskaun pembelian terpilih, email invois, resit secara automatik, memberi points kepada pelanggan, menambah live chat dan bermacam-macam lagi.
Sebab tu…
Anda perlu ada laman web sendiri. Dibawah ni saya kongsi platfom yang boleh anda pertimbangkan.
Macam Lazada, Shopee, Amazon, eBay, Zalora or 11street, kesemua website-website ini pakai coding, tak guna website builder pun. Nak hire developers memang telan belanja lebih kurang RM40K – RM100K untuk buat website macam tu.
Bukan biasa-biasa.
Tapi tak bermakna anda tak boleh ada website eCommerce sendiri. Tak perlu coding dan tak perlu kos yang tinggi pun. Yela teknologi sekarang pun semakin mudah.
PLATFORM SHOPIFY
Mula-mula kita tengok platfom Shopify dulu.
Kalau tengok dari segi features, Shopify seronok untuk diterokai dan ia lebih mesra untuk market oversea kerana penggunaannya dalam $dollar.
Anda boleh intergrate sistem pembayaran melalui kad kredit atau kad debit. Ada je orang lain guna Paypal. Best, boleh buat duit dengan USD ni. Masyukkkk.
Berkenaan dengan pakej yang Shopify sediakan, anda boleh direct ke website mereka.
Anda boleh beli third-part template untuk Shopify
Platfom Shopify membenarkan anda untuk edit website seperti yang anda mahu. Selain tu anda juga boleh beli template Shopify yang lain di themeforest.net.
Jika anda memang nak custom sepenuhnya layout website eCommerce anda, anda memang patut guna Shopify.
Selain design yang menarik, Shopify juga membenarkan penggunanya berblogging di website eCommerce. Benda ni memudahkan tarik traffic untuk singgah ke website kita.
PLATFORM EASYSTORE
Seterusnya platfom EasyStore.
Cuba lihat beberapa contoh kedai online yang telah siap dibina menerusi EasyStore ini..
Jika perhatikan contoh diatas, kedai online anda bukan sekadar nampak pro tetapi juga memiliki ciri-ciri mesra pelanggan malah mesra platfom mudah alih.
Kedai online EasyStore bukan sekadar cantik dan berfungsi dengan baik di desktop komputer dan smartphone serta peranti mudah alih yang lain.
EasyStore menyediakan anda template rekabentuk untuk kedai online anda, saluran pembayaran (lebih 20 platform seluruh dunia), serta kemudahan penghantaran mengikut syarikat kurier yang terbaik untuk produk bisnes anda.
PLATFORM WORDPRESS PLUS WOOCOMMERCE.
Yang terakhir, bina web eCommerce sendiri menggunakan WordPress hosting + WooCommerce.
Jangan terkejut, WooCommerce ini telah digunakan seramai 2M+ oleh kedai yang aktif sebagai sebuah eCommerce platform!
Ini kerana WordPress tiada langganan bulanan seperti Shopify dan EasyStore, apa yang anda perlu bayar adalah hanya hosting fees.
Seterusnya, untuk membina eCommerce website yang menggunakan WordPress, terdapat dua benda wajib yang anda perlukan iaitu “Domain” (alamat web anda seperti: exabytes.my) dan “Hosting WordPress” (tempat dimana webite anda disimpan untuk dipaparkan di internet).
Setelah install WordPress di hosting anda. Langkah seterusnya ialah install plugin dan signup dengan WooCommerce.
Plugin ini secara asasnya adalah percuma. Ada theme percuma dan extension percuma yang boleh anda gunakan untuk website eCommerce anda.
Antara extension dan theme percuma yang boleh anda download ialah :
- WooCommerce Google Analytics.
- Facebook for WooCommerce – sync product anda ke FB page.
- PayPal Express Checkout.
- Storefront – theme basic layout.
- Storefront Sticky Add to Cart.
- Deli – child theme percuma.
Download semua WordPress plugin di atas, kemudian install di website dan anda akan dapat lihat shopping cart sendiri.
Kemudian boleh upload product anda satu persatu.
Untuk pengetahuan anda, Exabytes juga menawarkan WordPress hosting yang memang anda sangat perlukan untuk bina website eCommerce.
Macam mana boleh ikut setakat ini?
Jika anda rasa ketiga-tiga platfom diatas (Shopify/EasyStore/WordPress) sukar untuk anda lakukan, jangan risau pihak Exabytes boleh bantu setup website anda secara keseluruhannya.
Saya syorkan anda cuba tinjau-tinjau eCommerce design mereka.
Tambahan lain, platfom yang disediakan oleh Exabytes adalah mesra lokal (untuk pembeli Malaysia) dan mereka juga menyediakan payment gateway. Jadi mudah untuk pengguna membuat pembelian di website ini.
Untuk memilih platfom mana yang lebih bagus dan terbaik memang susah. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangannya. Jadi pilih platfom mengikut kesesuaian dan keperluan anda okay.
Website ni ibarat rumah sendiri. Facebook dan Instagram ibarat rumah sewa. Di rumah sewa, ada perkara yang kita tak dapat buat. Perlu dapat kebenaran dari tuan rumah. Berbeza di rumah sendiri, kita bebas buat sesuka hati.
Understand?
Jangan lupa jemput drop comments kat bawah, share juga apa yang anda guna dan kenapa..