MITI: Perdagangan Malaysia berkembang 15.6 peratus kepada RM238.17 bilion pada November Congrats!!

0
783

MITI: Perdagangan Malaysia berkembang 15.6 peratus kepada RM238.17 bilion pada November

Perdagangan Malaysia terus mencatat prestasi yang memberangsangkan dan mengekalkan trajektori peningkatan pada November 2022 dengan berkembang 15.6 peratus kepada RM238.17 bilion berbanding November 2021 — pertumbuhan dua digit tahun ke tahun bagi 22 bulan berturut-turut.

Dalam kenyataannya hari ini, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkata eksport naik 15.6 peratus kepada RM130.24 bilion manakala import dan lebihan dagangan meningkat 15.6 peratus masing-masing kepada RM107.93 bilion dan RM22.3 bilion.

“Pertumbuhan eksport disumbangkan terutamanya oleh eksport kukuh barangan elektrik dan elektronik (E&E), gas asli cecair (LNG), keluaran petroleum serta petroleum mentah.

“Selain itu, eksport ke rakan dagang utama khasnya ASEAN, Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU) dan Jepun juga merekodkan pertumbuhan dua digit,” katanya

Sebenarnya, Perniagaan Eksport senang jerr!

Kawan-kawan, adakah anda sedang mencari strategik yang paling efektif untuk akses ke industri Eksport dan menyumbang kepada nilai-nilai eksport yang tersebut di atas?

Berminat untuk meningkatkan pengetahuan tentang strategik Search Engine Optimization (SEO) dan Ecommerce bagi menambah baik nilai terhadap produk serta meningkatkan hasil jualan perniagaan B2B anda?

Jom setailah bengkel kami sekarang!

miti

Bengkel Eksport: Terokai Industri Ecommerce yang Bernilai $11 Trillion USD
Tarikh:
 12 Januari 2023
Masa:
 9.30 pagi- 12.30 petang
Lokasi: 
Exabytes Event Hall, Tingkat 3 Setiawalk, Puchong
Registration Link: https://bit.ly/3hRnvNA
Yuran: RM50.00

 

Dengan menyertai kursus ini, anda akan mendapatkan perkhidmatan semakan SEO percuma untuk laman web anda.

 

Melalui Bengkel ini, anda akan mendapatkan info-info seperti berikut:

1. Gunakan alat Kata Kunci dengan baik untuk membolehkan pelanggan anda menemui anda dengan lebih pantas

2. Susun data besar dengan berkesan dan gunakan data besar untuk susun atur perniagaan

3. Gunakan alat pemasaran data besar percuma untuk menjana wang yang banyak
4. Kuasai analisis strategik data besar dalam pasaran global, membolehkan anda memahami susun atur pasaran global
5. Tak payah tunggu pelanggan datang ke pintu anda, gunakan alat dalam talian untuk mencari pelanggan secara aktif dan membuat tawaran

 

Tunggu apa lagi? Daftar sekarang!

Siapa Perlu Sertai?

Pengilang / Pemborong: CEO / Pemilik Perniagaan / Pengarah Pemasaran / Pengarah Operasi yang berminat dan bercadang untuk memulakan perniagaan eksport.

Latar Belakang Penceramah:

1. Malek Muhammad Nafiz bin Anwar

Malek Muhammad Nafiz bin Anwar berpengalaman selama 5 tahun dengan pelbagai syarikat termasuk industri Halal sebelum beliau menyertai Exabytes sebagai Perunding Pemasaran Digital.

Hasil dari pengalaman kariernya, beliau telah menguasai kemahiran jualan yang berkesan bagi pasaran B2C dan B2B.

Kini, beliau bersama-sama dengan Exabytes berusaha untuk membantu pemilik perniagaan membuat jualan secara eksport dan meningkatkan hasil jualan perniagaan.

2. Martin Tang,Digital Marketing Manager,Exabytes

Martin mendapati minatnya untuk Search Engine Optimization (SEO) selama 6 tahun bekerja di Exabytes sebagai pemasar digital. Rekod prestasinya yang terbukti termasuk membantu mengekalkan lebih 100 kata kunci pada halaman pertama semua tapak web bahagian Exabytes.

Lebih-lebih lagi, dengan pengalaman mengurus lebih daripada 50 pelanggan SEO Exabytes , Martin adalah pakar sejati dalam membantu syarikat mengembangkan perniagaan mereka dalam talian.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments