Ramai tidak sedar betapa pentingnya website terutamanya untuk usahawan yang sedang memerlukan platform online untuk mempromosi kan produk mereka. Ramai usahawan lebih suka menggunakan sosial media seperti Facebook , Instagram atau Twitter untuk menarik pelanggan membeli produk mereka, betul?
Tidak ada masalah untuk menggunakan platform tersebut namun lebih efektif untuk anda menggunakan trafik dari platform tersebut dan bawa ke website anda sendiri. Zaman sekarang prospek lebih suka untuk mencari maklumat di Internet, tanpa website bisnes anda tidak akan wujud! Berikut merupakan 4 sebab utama anda memerlukan website untuk upgrade bisnes anda.
Branding
Branding penting untuk reputasi bisnes anda. Bagaimana website boleh membantu branding?
Website berperanan sebagai platform informasi produk anda dan bisnes anda. Sekiranya bisnes anda masih baru, semestinya anda mahu memberi sebanyak mungkin maklumat mengenai bisnes yang dijalankan dan produk yang dijual supaya dapat mendidik pelanggan anda.
Melalui website anda boleh memaparkan lebih banyak maklumat mengenai produk, gambar yang lebih jelas serta review produk dari pelanggan anda. Dengan adanya website, anda boleh buat content untuk blog, newsletter, kedai online dan mencuba pelbagai teknik jualan secara online.
Elemen lain seperti logo website, layout dan fon juga memainkan peranan penting. Exabytes mempunyai team designer dan copywriter professional dan juga berpengalaman menyediakan design website untuk pelbagai niche.
Platform Pemasaran
Seterusnya website sebagai platform pemasaran. Selain sebagai platform untuk berkongsi informasi, artikel atau portfolio syarikat, website juga boleh dijadikan sebagai kedai online. Melalui kedai online, hubungan bersama pelanggan lebih terjaga dengan menyediakan keahlian (membership) dan menyebarkan risalah (newsletter) mengenai promosi yang sedang dijalankan melalui email kepada pelanggan anda.
Kadar tindak balas pelawat website jauh lebih baik sekiranya anda ingin menjalankan marketing secara online. Anda boleh mengenalpasti pola aktiviti pelanggan anda, contohnya dari mana mereka mengetahui tentang jenama anda, produk yang mendapat perhatian dan lain-lain data lagi.
Waktu Operasi
Waktu operasi sesebuah website tiada had nya, kedai online anda boleh beroperasi 24 jam sehari dan 7 hari seminggu. Anda tidak perlu membayar bil untuk menjalankan kedai online, beruntung bukan? Selain itu, dengan website anda boleh meluaskan prospek anda
Selain menjaga hubungan dengan pelanggan, melalui website juga pelanggan lebih mudah untuk berkomunikasi dengan anda. Feature seperti livechat banyak digunakan seller online untuk memaksimumkan jualan di website. Live chat dapat mengurangkan risiko ‘bounce rate’ dan cart abandonment oleh pelanggan kerana live chat membenarkan pelanggan untuk berkomunikasi dengan anda secara langsung.
Kos
Website adalah platform paling selamat dan murah untuk anda mempromosikan produk anda. Murah sangat ke? Untuk permulaan anda perlu membeli domain dan hosting untuk melancarkan website anda. Sekiranya anda inginkan website yang professional dan murah anda perlu pertimbangkan khidmat dari Exabytes.
Apa yang dimaksudkan dengan kos yang rendah ialah sekiranya anda usahawan yang baru bermula, sejujurnya banyak kos yang perlu dikeluarkan, bukan? Dengan website anda tak perlu mengupah pekerja untuk close pelanggan anda atau menyewa lot kedai untuk mula berniaga. Dengan website capaian pelanggan anda juga tidak terhad.
Antara perkara yang paling penting ialah kos iklan. Saban tahun kos iklan (Facebook/Instagram) semakin meningkat dan ROAS anda mungkin menaik dan mungkin menurun, anda dah ada backup plan untuk hadapi situasi tersebut?
Untuk pengetahuan anda SEO merupakan teknik pemasaran organik dan percuma yang boleh anda cuba sekiranya anda memiliki website. SEO memerlukan masa dan kesabaran untuk dilaksanakan namun dengan menggunakan keyword ketika menyediakan konten kebarangkalian untuk mendapat audiens yang di sasarkan juga tinggi. Berkemungkinan besar audiens anda akan bertukar menjadi pelanggan anda juga tinggi.
Kesimpulan
Banyak manfaat website dapat berikan kepada bisnes anda dari segi branding, platform pemasaran, kebebasan waktu operasi, dan penjimatan kos. Sekiranya anda ingin membina website hari ini, Exabytes menyediakan diskaun sebanyak RM500 untuk website pertama anda. Daftar sini.