5 Tabiat Tipikal Usahawan di Facebook

0
3715

Ada tak kawan-kawan atau ahli keluarga yang tak berniaga? Dekat mana-mana platform mesti akan ada orang berniaga. Tapi majoriti usahawan memilih berniaga di Facebook sebab Facebook ni traffic dia banyak jadi banyak pelanggan berpotensi yang boleh dicari.

Tapi banyak peniaga online ni pakai pattern yang sama je, korang perasan tak? 5 benda ni mesti ada punya setiap kali diorang nak promot produk/servis diorang buat. Tahu tak lama kelamaan 5 benda ni boleh jadi masalah untuk korang. 

  1. Whatsapp

Pakai link wasap dekat post atau copywriting. Memang bagus kalau nak letak link whatsapp, tapi kita kena ingat, bukan semua customer suka nak whatsapp tanya kita. Ada yang nak beli terus taknak tanya banyak dah. Kan rugi dekat situ bila ada potential buyer.

2. Spam Gambar

Gambar kalau letak banyak sangat pun jadi masalah juga. Gambar design cantik dah, menarik dah tapi banyak sangat. Hilang fokus customer tu nak tengok yang mana. Bila jadi macam ni, customer susah nak buat pilihan. Tak kisah la spam dalam facebook ke, whatsapp ke, telegram ke. Semua akan beri kesan dekat keputusan pelanggan nanti.

3. Database

Katakanlah korang dah buat bisnes ni dari 2017. Korang ada tak database customer yang first beli tahun 2017 sampai yang beli harini? Database ni aset ya kawan-kawan. Database bukan merangkumi maklumat nama, no telefon dan email sahaja tahu. Korang boleh collect data diorang beli apa, berapa jumlah beli dan berapa diorang spend. Kemudian nanti korang boleh predict nak buat apa untuk next planning.

4. Payment

Pernah tak login akaun bank nak check duit masuk tak lagi? Lepastu berapa kali kena send payment detail dekat customer setiap kali nak bayar? Tak pun tunggu customer hantar resit sampai tengah malam. Sampai perlu follow up diorang pergi atm lah sebab nak kejar payment. Penat kan bila tak teratur macam ni. Sebab tu bila buat bisnes kena ada payment gateaway. 

5. Shipping

Shipping..bahagian paling stress untuk kebanyakan seller. Customer lepas bayar tak boleh tunggu lama ada yang sanggup bayar lebih sebab nak barang cepat. Korang boleh cuba bodek customer untuk delivery hari yang sama. Ada banyak kurier yang boleh buat same day delivery service. Contohnya, EasyParcel, Matdespatch, Lalamove, NinjaVan dan lain-lain lagi.

Tahu tak semua masalah ni boleh settle sebenarnya.

Senang je, mudahkan journey customer korang. Dekat sini saya nak share 1 benda yang boleh selesaikan semua 5 masalah tu. Iaitu dengan website e-commerce sendiri.

Macam mana website e-commerce boleh bantu bisnes ? Dalam website e-commerce, semua dah disediakan. Dari awal customer order sampai lah penghantaran barang semua hanya dalam satu platform. Dengan cara ni, korang boleh ubah bisnes offline jadi online.

Dekat bawah saya share flow setiap kali customer beli dari website.

Flow e-Commerce Store

Korang dah tak perlu whatsapp setiap customer. Just iklankan produk dari website , dan tunggu order sahaja.

Instead of korang spam gambar banyak-banyak, apa kata buat catalog di website sendiri. Tak payah nak send gambar banyak kali dekat customer or explain panjang-panjang. Semua maklumat dah ada dalam website, korang just ambil order sahaja dan post ! Senang bukan?

Contohnya, Website LLORA Bath & Body, diorang jual produk produk mandian & penjagaan badan. Kalau nak baca testimoni LLORA klik sini.

Exabytes Blog Bahasa Melayu
Sumber: https://www.llora.my/

Songket Republik merupakan pengeluar Songket Tenun untuk pasaran Malaysia, Singapura, Thailand dan Brunei. Terdapat lebih 100 jenis songket dan Sampin yang telah dikeluarkan. Baca testimoni di sini.

Exabytes Blog Bahasa Melayu: Songket Republik
Sumber: https://www.songketrepublik.com/

Dengan website e-Commerce , korang boleh access database customer dengan lebih mudah. Semua data akan dikumpul dalam satu tempat. Plan e-Commerce dari Exabytes siap menyediakan sistem penghantaran untuk delivery. Barang akan dihantar dari pintu ke pintu. Website e-Commerce ni juga dah disediakan dengan payment gateway. Sama ada nak bayar pakai internet banking, credit/debit semua boleh diguna pakai.

Sampai 31 Disember 2020, Exabytes & Ekuinas akan memberi subsidi RM10,000 untuk PKS Bumiputera yang nak mendigitalkan perniagaan mereka. Klik sini kalau korang nak mohon subsidi sekarang.