Tahniah jika anda telah membina laman web pertama. Kini adalah waktu emas untuk anda kuasai bidang atau industri anda di Google iaitu dengan menaikkan ranking website anda di Google Search.
Dalam topik ini, saya ingin berkongsi dengan anda tips dan tricks untuk naikkan laman web anda di Internet. Ini kerana kita dilihat, ramai usahawan diluar sana terlepas pandang cara untuk menaikkan ranking mereka di Internet.
Tapi,
Bagaimana caranya untuk naikkan atau parking website anda dalam muka pertama di Google? Lagi-lagi untuk mereka yang baru buat website atau kekurangan dari segi budget , macam mana nak achieve benda ni?
Jom kita mula..
1. Pilih topik yang betul.
Pemilihan tajuk content perlulah relevan dengan audience anda. Anda boleh gunakan kata kunci (keywords) secara kerap. Perkara ini dipanggil keyword stuffing dimana ia berpotensi menaikkan website anda pada kedudukan lebih tinggi.
Jadi.. pemilihan tajuk sebaiknya :
- Spesifik pada satu-satu audience.
- Topik tersebut mestilah tentang apa yang audience anda mahukan…
- Topik tersebut kena relevan, fresh dan user experience…
Ok kalau dah faham, kita proceed step yang kedua….
2. Content yang mantap.
Disini content yang mantap sangat la penting. Sebab? Content yang bagus sangat membantu untuk menaikkan ranking website berlipat kali ganda.
Perkara lain yang anda wajib tahu dalam content adalah bilangan patah perkataan. Mengikut algorithm Google, jumlah perkataan minima adalah sekitar 300 patah perkataan. Ianya seperti menulis karangan pendek atau cerpen (cerita pendek). Tetapi mengikut kajian oleh Backlinko dan beberapa kajian lain average panjang content untuk berada dalam ranking teratas adalah 800 – 1890 patah perkataan.
Ini adalah beberapa suggestion yang boleh digunakan :
- 7 Tips Untuk…
- Awas! Jangan lakukan perkara…
- 101 Cara Untuk…
- Gunakan langkah ini untuk…
- 3 teknik untuk…
Selain itu,
- Guna gambar atau video:
Pembaca dan Google sangat suka untuk tengok gambar dalam content. Visual juga bertindak sebagai STOPPER pada content dan visual juga digunakan untuk elakkan pembaca mudah bosan dan SKIP content anda. - Masukkan Social Media Button Share:
Nampak simple tapi ia sangat berkesan dalam membantu untuk sebarkan content. - Gunakan URL yang pendek dan mudah ingat.
- Link dengan relevan post dan page.
- Elakkan kesalahan dalam typo:
Satu dua perkataan adalah normal..TAPI jika terlalu banyak typo akan start ‘rosakkan’ kredibiliti anda..
3. Letakkan Gambar Bersama Alt Attributes.
4. 3 Peratus Atau 3% Rules.
Peratus yang paling cun dalam ranking adalah 3%. Sebagai contoh, kalau perkataan anda adalah 300 patah perkataan, keyword anda hendaklah sekurang-kurangnya 9 kali pengulangan. Sebagai contoh anda ingin ranking di google menggunakan keyword ” laptop murah di Malaysia ”
Langkah pertama anda perlu lakukan adalah bina post mengenai keyword pilihan anda ” laptop murah di Malaysia “. Jumlah patah perkataan yang anda perlu letakkan hendaklah seminima 300 patah perkataan dengan 3% pengulangan keyword tadi.
Awas! Jangan lebih dari 3% !
4. Pilih Plug In Yang Sesuai.
Jika anda masih belum ada atau tidak pasti plug in apa perlu di install di laman web, saya syorkan plug Yoast SEO untuk digunakan di website anda. Plug ini mempunyai free version dan paid version. Gunakan sahaja free version sudah memadai untuk bantu anda ranking di Internet malah ianya mesra pelanggan.
Bagaimana Yoast SEO ini bekerja?
- Yoast SEO ini akan membantu anda untuk pilih dan pulih Title, Meta Description , Slug dan keyword pilihan anda.
- Anda boleh adjust saiz font seperti H1, H2 untuk title dan sebagainya.
- Jumlah keyword dan patah perkataan juga akan diukur menggunakan plug in ini.
- Plug ini akan paparkan keyword yang ditaip pernah digunakan ataupun tidak.
- Yoast SEO juga akan menilai sama ada keyword pilihan anda berada dalam GOOD atau BAD condition dan akan berikan solusi pada anda untuk pulihkan pilihan keyword anda.
5. Letakkan Featured Image.
Ramai yang kurang ambil perhatian mengenai Featured Image. Jika anda melakukan perkongsian di Media Sosial, featured image akan bantu pembaca tangkap content website anda. Jika anda tidak letakkan gambar untuk featured image , kebarangkalian untuk pengunjung ke laman web anda semakin rendah.
Rata-rata pembaca akan klik featured image yang mempunyai tajuk berbanding featured image yang kosong. Oleh itu jangan biarkan seksyen ini terbiar tanpa apa-apa tajuk, lakukan sedikit edit. Jika anda kurang mahir edit, saya sarankan gunakan applikasi Canva. Applikasi ini boleh digunakan secara online di laman web atau dimuatnaik di Playstore atau Appstore.
Mudah bukan?
Lakukan tips ini dan search semula keyword anda di Google. Anda pasti dapat result!
P/S : Jangan lupa check sekiranya anda ingin boost website yang sedia ada dengan features yang lebih terkini. Kepada yang belum ada website, bina website anda sendiri hari ini (tiada coding diperlukan).
Jumpa lagi di lain entry!