Aiman Lawn Care – Success Stories

0
7903

AimanLawnCare – Pakar Dalam Meracun Rumput Liar

proper treatment for lawn turf from aiman lawn care

Perkenalkan perniagaan anda dan ceritakan kisah anda: Apakah jenis perniagaan yang anda jalankan?

Kami merupakan syarikat yang menjalankan perkhidmatan penjagaan rumput laman. Kami memulakan perniagaan ini kerana kami dapati ramai rakyat Malaysia menanam rumput tetapi kurang mahir dalam penjagaan tanaman mereka.

Jadi kami hadir sebagai penyedia servis yang membantu mereka dalam mengekalkannya serta berkongsi ilmu kepada pemilik laman tentang bagaimana menjaga rumput ruang halaman mereka.

Kami penjaga laman atau lebih spesifik lagi adalah penjaga rumput carpetgrass (rumput Philippines @ Taiwan @ Japan), bermuda dan cowgrass. Selain itu kami juga adalah penjaga tanah, kerana kami percaya tanah yang sihat akan menghasilkan rumput yang sihat.

Perniagaan ini mulanya dari kecil-kecilan sehingga akhirnya kami dapat jadikan realiti dan lebih meluas servis Penjagaan Padang Golf ke Laman Rumah dengan adanya website Aiman Lawn Care, aimanlawncare.com

Kemana Halatuju Perniagaan Anda?

Kami akan lebih aktif untuk menyampaikan lebih maklumat terkini mengenai penjagaan rumput kepada pelanggan.

Berkongsi tips and tricks yang berguna kepada mereka supaya rumput halaman mereka lebih cantik daripada padang golf.

Dari segi capaian market, kami bercadang untuk membuka beberapa lagi cawangan dan memperbesar team di setiap negeri berikut Selangor, Melaka, Johor dan Kuantan.

AimanLawncare Fertilizer Application - Mohd Adib

AimanLawncare klang -before - Mohd Adib
Sebelum
AimanLawncare klang - after - Mohd Adib
Selepas

Apakah yang membuatkan anda ingin cuba produk/perkhidmatan kami?

Exabytes sangat terkenal di dalam pasaran Malaysia dan merupakan sebuah syarikat yang boleh dipercayai.

Produk yang di tawarkan juga merupakan penyelesaian kepada semua masalah yang kita hadapi dalam membina kedai dalam talian.

Paling penting, Exabytes ada bagi free trial, dan dilengkapi dengan jaminan pulangan balik wang.

Saya dapati ia sesuai untuk pelanggan yang ingin mencuba terlebih dahulu sebelum membuat keputusan jika Exabytes adalah sesuai untuk mereka atau tidak.

Bagaimanakah anda mendapat manfaat daripada produk/perkhidmatan kami?

Berniaga pada era ini, sememangnya memerlukan sebuah website, domain dan email perniagaan tentu sekali mengukuhkan kepercayaan bakal pelanggan terhadap syarikat kami.

Aiman Lawn Care telah menggunakan EBiz Gold bersama dengan .COM domain untuk menjalankan perniagaan online.

Apakah anda akan beritahu kepada orang yang bakal memulakan perniagaan dalam talian?

Website dan domain sendiri adalah aset perniagaan.

Sediakan content yang dapat membantu prospek anda, maka anda berada didalam trek yang betul.

Aiman Lawn Care

Aiman Lawn Care portfolio

Ini kerana kos membina laman web dan memulakan perniagaan dalam talian adalah lebih murah berbanding ingin membuka kedai di premis luar.

Renung sejenak kata-kata ini :

“Perniagaan Yang Terbaik Adalah Perniagaan Yang Kita Suka Dan Seronok Jalankan Serta Menguntungkan Dunia Akhirat.”
 Dr Azizan Osman.

 

Jangan lepaskan peluang sertai 47,406 usahawan lain yang sudah menyertai untuk memulakannya.

Langgan blog kami untuk dapatkan update terkini tips pemasaran, kisah-kisah kejayaan dan tawaran-tawaran eksklusif.