Hai Semua! Jika anda telah mengikuti newsletter kami, kami percaya anda telah menerima borang kaji selidik daripada kami. Dimana banyak maklum balas yang kami terima bahawa ramai diantara anda yang menghadapi sedikit masalah semasa pembelian dan pembayaran.

Oleh itu, usah risau, kami akan tunjukkan bagaimana cara pembelian dan pembayaran di laman Exabytes serta peluang bagaimana untuk anda mendapatkan iPad Mini 4 secara percuma nanti.

Sila bersabar. Hehe. Pertama sekali, kami ingin menerangkan bagaimana cara pembayaran berfungsi dahulu.

Adakah anda ketahui cara-cara pembayaran kami?

Apabila anda pergi ke halaman checkout page, anda boleh memilih cara-cara pembayaran seperti berikut.



Pada asasnya terdapat dua kaedah pembayaran:
(i) Pindahan melalui bank (MOLPay) – termasuk credit card
(ii) PayPal

Kami percaya setiap orang mahukan segala-galanya selesa, dan anda telah menggunakan perkhidmatan bank secara online.

Oleh yang demikian, kami akan memperkenalkan kepada anda keselesaan menggunakan MOLPay untuk membuat urusan bank secara online semasa pembelian di Exabytes..

Persoalannya, Adakah pembayaran menggunakan MOLPay ini selamat?

Dengan MOLPay, anda mempunyai beberapa pilihan yang boleh digunakan seperti :

– Visa / Master
– FPX
– Maybank2u
– Hong Leong connect
– CIMB clicks
– RHB Now
– Am Online
– Affin bank

Oh ya, sila pastikan Visa/Master tidak hanya untuk kad-kad kredit sahaja. Visa Debit dan Kad Master boleh diterima juga. Oleh itu, jika bank anda tidak berada didalam senarai, anda juga boleh menggunakan mana-mana kad debit untuk melakukan pembayaran, asalkan ianya adalah kad Visa atau Master.

1) Apabila anda berada di bahagian ini, pilihan MOLPay tersebut berada disebelah kanan.


2) Anda akan menjumpai halaman ini selepas menekan butang “pilihan pembayaran (Payment Option)”.


3) Sila pilih bank yang tertera mengikut pilihan anda dan lakukan bayaran.

Tingkatkan peluang untuk memenangi iPad Mini 4 (16GB)

Berita baik! Kami akan berikan 8 iPad Mini 4 (16GB), apa yang anda perlu lakukan hanya membeli dan menang. Ya, bagaimana caranya?.

Senang sahaja. Apa yang anda perlu lakukan adalah, dengan hanya membeli produk lain dengan menggunakan MOLPay system!

Kemudian anda terpilih untuk menyertai cabutan bertuah – adakah anda cukup bertuah untuk memenangi satu daripada ipad mini kami? Siapa yang tahukan?

Kempen Giveaway ini berlangsung selama 8 minggu. Seorang pemenang akan diumumkan setiap minggu!, Oleh itu, adakah anda telah bersedia untuk memiliki  iPad Mini 4  kami?

Sila rujuk video ringkas di bawah untuk melihat bagaimana sistem MOLPay berfungsi. Selamat maju jaya!

Giveaway ini berlangsung dari 21 Januari 2016 sehingga 18 Mar 2016.