Kisah Kejayaan: Cendol Hijau Kuih Tradisional

0
4379

Exabytes Customer Success Stories : Cendol Hijau

Pengasas fsaa berkongsi bagaimana platform digital berjaya menjadi sumber pendapatan dan naikkan jualan kuih tradisional mereka.

Boleh Anda Kongsi Mengenai Perniagaan Anda, Cendol Hijau

Cendol Hijau merupakan sebuah kerjasama antara 3 sahabat.

Kami menubuhkan Cendol Hijau untuk memasarkan kuih tradisional seperti Kuih Cakar Ayam, Putu Kacang, Kuih Bangkit, Peneram, Batang Buruk dan lain-lain lagi.

Cendol Hijau merupakan sebuah jenama yang mewakilkan kuih tradisonal tempatan.

Exabytes Customer Success Stories : Cendol Hijau
Produk dari Cendol Hijau

Plan #SamaSamaDigital apa yang anda pilih dan mengapa?

Kami memilih Plan All-in-1-Ecommerce Solution. Plan ini sangat berbaloi sekiranya perniagaan baru seperti kami ingin memiliki website e-Commerce dengan harga rendah.

Dengan bantuan subsidi dari Ekuinas dan Exabytes, kami dapat mengurangkan kos pendigitalan perniagaan kami. 

Apakah Cabaran Terbesar Semasa PKP?

Cabaran terbesar bagi kami apabila jualan kuih  menurun disebabkan kilang pengusaha kuih tempatan tidak dapat menjual produk mereka kerana saluran jualan mereka terhad.

Oleh itu, kami mengambil inisiatif untuk mendigitalkan produk keluaran mereka. Semua produk tersebut kami masukkan di bawah jenama Cendol Hijau.

Bagaimana Perkhidmatan Exabytes Membantu Perniagaan Anda Berkembang?

Setelah kami menggunakan website ecommerce dan memasarkan perniagaan kami di media sosial, tempahan mula masuk dalam masa yang singkat.

Dengan adanya website kami sendiri, bisnes kami boleh beroperasi secara 24 jam sehari.

Customer cuma perlu tempah dan bayar melalui website kami. Pengurusan kami juga bertambah mudah. Kami cuma peru fokus untuk memasarkan produk kami di media sosial.

Apa Pandangan Anda Setelah Menyertai #SamaSamaDigital?

Kami semua amat berpuas hati dan seronok sebab kami tak sangka saluran digital ini boleh menjadi sumber pendapatan untuk syarikat kami.

Sebelum ini kami tak pernah cuba untuk memasarkan produk kami melalui website dan media sosial.

Selepas cuba banyak tempahan yang kami terima.

Jualan kami meningkat sehingga 40% dan jumlah pelanggan baru yang membeli dengan Cendol Hijau juga meningkat.

Selepas berubah ke online, kami boleh meluaskan perniagaan luar dari kawasan kami dan berinteraksi dengan lebih ramai pelanggan.

Bagaimana Anda Tahu Mengenai Exabytes?

Sebagai seorang yang telah menggunakan khidmat dari Exabytes, saya amat berpuas hati dengan servis ditawarkan Exabytes.

Saya mencadangkan Program #SamaSamaDigital kepada rakan-rakan dan program ini banyak membantu perniagaan kami dari segi penjimatan kos dan pendigitalan perniagaan kami. 

Adakah anda mengesyorkan program #SamaSamaDigital / Exabytes kepada rakan / keluarga anda?

Ya, saya sangat mengesyorkan program ini kepada pengusaha diluar sana yang belum mendigitalkan perniagaan mereka.

Banyak peluang anda boleh dapat sebab anda boleh capai lebih ramai pelanggan di dalam dunia digital berbanding bisnes tradisional.

Dengan bantuan subsidi sehingga RM10,000 dari Program #SamaSamaDigital, anda tidak perlu berbelanja banyak untuk digitalkan perniagaan anda.

Kesimpulan

Pihak Exabytes amat berbesar hati kerana dapat menjadi sebahagian dari pendigitalan Cendol Hijau.

Kami percaya Cendol Hijau akan mendapat lebih banyak sambutan di masa hadapan.

Exabytes juga sentiasa bersedia untuk membantu pengusaha lain yang ingin mendigitalkan perniagaan mereka.

Related:

Kisah Kejayaan: Akademi Sains Al-Hazen

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments