Cara Mudah Mulakan Dropship (Updated for 2024)

0
4489

Langkah Mudah untuk Memulai Dropship

Dropship bukanlah istilah asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia.

Semenjak pandemik bermula, banyak peluang untuk menjadi dropshipper terbuka, Tapi apakah yang perlu dilakukan untuk seseorang mulakan bisnes dropship mereka sendiri?

Berikut merupakan 6 langkah mudah anda boleh rujuk sebagai permulaan seorang dropshipper.

Cari niche yang bersesuaian untuk tahun 2024

Sebelum anda memulakan dropship, tentukan dahulu niche apa yang anda ingin fokus. Pada peringkat permulaan, lakukan kajian produk yang sedang mendapat permintaan tinggi atau produk yang sentiasa mendapat permintaan.

Dengan adanya permintaan, akan adanya jualan untuk anda. 

Anda digalakkan untuk menggunakan platform sedia ada untuk membuat “market research” anda. Contohnya, marketplace.

Gunakan aplikasi Shopee, Lazada dan Shopify untuk mencari produk berdasarkan order volume. Anda boleh semak jualan bulanan produk tersebut sebagai rujukan anda. 

Media sosial seperti TikTok/Instagram juga boleh digunakan untuk mengenal pasti sambutan produk tersebut dalam kalangan masyarakat.

Gunakan carian hashtag supaya lebih mudah anda fokus dengan niche tertentu.

Google Trends juga salah satu platform yang boleh dimanfaatkan. Anda boleh mengenal pasti sama ada ‘musim’ produk tersebut akan menaik atau menurun.

Lakukan penyelidikan produk pesaing

Bila anda sudah tahu produk apa yang anda ingin jual, selidik pesaing anda dan cara mereka menjual produk mereka.

Langkah ini amat penting kerana pesaing anda mungkin mempunyai petunjuk untuk anda merancang pemasaran produk anda.

Langkah mudah untuk anda mencari pesaing ialah dengan menggunakan enjin carian Google.

Cari 5 pesaing terdekat anda dan lakukan SWOT analisis untuk pesaing anda. Kenalpasti kelebihan dan kelemahan serta peluang yang anda boleh perolehi dari kajian anda.

Cari pembekal dropshipping 

Pembekal untuk bisnes dropshipping anda sangat penting.

Anda perlu tahu sekiranya pembekal mudah dihubungi atau tidak dan cara mereka menguruskan aduan dari pelanggan juga perlu dititikberatkan kerana anda sebagai penjual turut akan terkesan sekiranya pembekal tidak memberikan servis yang baik.

Antara ciri-ciri pembekal yang perlu diambil berat ialah:

  • Harga  barang yang ditawarkan mestilah berpatutan.
  • Kualiti barang yang baik
  • Masa Penghantaran yang tidak terlalu lama
  • Perkhidmatan yang ditawarkan oleh pembekal

Bina kedai dalam talian anda

Cara terpantas untuk anda memiliki kedai online yang boleh support bisnes dropshipping anda adalah dengan menggunakan servis website e-commerce design dari Exabytes. Jangan risau sekiranya anda tidak mempunyai ilmu untuk mengendali website, Exabytes mempunyai team khas untuk bantu anda.

Exabytes menawarkan plan e-commerce permulaan serendah RM1,899 lengkap dengan domain dan hosting. Website e-commerce anda juga datang lengkap dengan payment gateway dan servis kurier.

Sebagai pengusaha, anda boleh pilih jenis bayaran yang anda mahukan dalam kedai online anda sama ada bayaran manual atau automatik Exabytes boleh sediakan mengikut permintaan anda.

Menariknya tentang plan e-commerce dari Exabytes, anda boleh menguruskan order yang diterima dari shopee,facebook atau instagram melalui website e-commerce anda sendiri. Ini akan memudahkan pengawasan aktiviti jualan anda.

Website e-cmmerce anda akan memaparkan rekod jualan barang, tempahan yang anda dapat melalui saluran-saluran tersebut dan data-data pelanggan. Dengan ini anda tidak hanya terhad untuk menjual di satu platform sahaja dan data pelanggan juga selamat dalam rekod anda.

Pasarkan perniagaan dropshipping anda

Produk dah ada, kedai online pun dah ada, langkah seterusnya ialah pasarkan produk anda. Cara paling mudah untuk mencari pelanggan adalah dengan menjalankan iklan digital, seperti Google Ads atau Facebook Ads.

Iklan digital akan bantu jenama anda untuk dikenali lebih ramai dalam masa yang singkat. Oleh itu, amat penting untuk anda kenal pasti kelompok pelanggan anda dan mula merancang untuk pemasaran jangka panjang seperti mengaplikasikan SEO dalam website anda.

Pemasaran emel dan SMS juga salah satu pendedahan yang baik untuk anda menghebahkan promosi yang sedang dijalankan kepada pelanggan.

Sekiranya anda sebuah pengusaha kecil atau sederhana syarikat bumiputera, anda digalakkan untuk memohon program #SamaSamaDigital. Program ini menawarkan subsidi bernilai sehingga RM10,000.

Melalui subsidi tersebut anda boleh bangunkan kedai online anda, jalankan iklan digital dengan modal yang rendah atau dapatkan servis SMS dengan nilai kredit sebanyak 23K dan lain-lain lagi. Maklumat lanjut klik sini. 

*The SamaSamaDigital event program has concluded. Although the program has ended, we encourage all participants to continue discovering and expanding their knowledge about the vast and thrilling potential of the digital realm.

Analisis dan tingkatkan kedai anda.

Data-data yang terkumpul melalui aktiviti jualan online anda amat penting untuk diselidik. Anda perlu faham perjalanan pelanggan anda dari mereka datang ke website sehingga membuat bayaran.

Jejak setiap conversion yang berlaku di website anda. Dengan cara ini, lebih mudah untuk anda kenal pasti apa yang perlu dan apa yang tidak perlu dari segi kelengkapan kedai online anda mahupun dari segi produk yang dijual.

Related articles

Best eCommerce & Shopping Websites Ranking to Look in

The Most Profitable Website Ideas that Benefit Your Online Business