Kepentingan SEO untuk Website

0
4425

 kepentingan seo untuk website

SEO ialah singkatan kepada Search Engine Optimisation.

SEO merupakan sebuah praktik untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti trafik ke website anda secara percuma.

SEO adalah percuma dan memerlukan masa yang panjang untuk menunjukkan hasil.

Kebanyakan jenama dan pengusaha online sedar akan kepentingan SEO untuk tempoh jangka panjang.

Berikut merupakan kepentingan SEO untuk website anda.

Carian Organik Merupakan Sumber Utama Trafik Website

Jumlah pengguna internet di Malaysia kini mencecah kepada 25.08 juta mewakili 79 peratus penduduk Malaysia. Dengan kemudahan internet, segala informasi boleh diakses dengan hanya satu klik iaitu dengan menggunakan enjin carian seperti Google Search. Google mendapat carian sebanyak 3.5 billion sehari dan memiliki bahagian pasaran carian yang lebih besar (88.14%) berbanding Bing (6.18), Yahoo (2.51%), Baidu (0.59%) dan Yandex (0.26%).

Dengan jumlah carian harian terbanyak, boleh dikatakan setiap orang yang mempunyai akses internet menggunakan enjin carian Google sekurang-kurangnya sekali dalam sehari untuk mengakses maklumat. Oleh itu, menjadi sumber yang dipercayai Google dan enjin carian lain selalu akan berhasil menaikkan jenama anda. SEO yang berkualiti dan website yang berkualiti akan membawa jenama anda pergi lebih jauh.

SEO Membina Brand Awareness dan Kredibiliti

Matlamat utama mengamalkan praktis SEO ialah untuk menambah baik website dengan menyediakan pengalaman yang baik kepada pengguna website dan juga supaya website lebih mudah dijumpai di laman carian Google. Kebanyakan pembeli online akan melakukan penelitian produk sebelum melakukan pembelian. Untuk mengatasi situasi begini, sesebuah perniagaan perlu memiliki brand awareness yang baik dengan meningkatkan kualiti SEO. 

Dengan kualiti SEO yang baik, lebih ramai pengguna akan mengetahui tentang website anda dan semakin terbiasa dengan bisnes anda. Namun anda harus ingat, SEO tidak akan menunjukkan hasil selepas satu malam, ia harus diperoleh dan dibina dari masa ke masa.

SEO ialah Strategi Jangka Panjang

SEO bantu untuk membina audiens anda. Setiap kali seseorang membaca konten anda, anda mendapat satu audiens baru. Oleh itu, lebih berkualiti konten yang disediakan, lebih banyak trafik yang berpotensi dan lebih banyak audiens baru anda akan dapat. Konten yang berkualiti menarik audiens ke website anda. Apabila website anda mula mendapat kedudukan dalam enjin carian, lebih ramai pengguna akan datang ke website anda dan lihat apa yang perniagaan anda tawarkan. 

Sekiranya anda menghasilkan content yang berkualiti, pencipta content lain juga akan berminat untuk memautkan konten anda di website mereka. Pautan tersebut sangat berharga untuk anda kerana ini membuktikan kepada Google bahawa content anda mendapat sambutan yang positif. 

Pengunjung yang datang secara prganik ke website anda lebih mudah conversion mereka untuk menjadi leads atau pelanggan. Trafik organik juga lebih mudah dikonversi berbanding trafik dari media sosial.

Antara kelebihan SEO ialah, SEO tetap akan berfungsi tanpa mengira website anda baru atau website tersebut sudah sedia ada. Anda boleh membina website baru dari bawah, dan mengoptimumkan struktur website dan content website untuk mendapat ranking yang tinggi dalam enjin carian. Anda juga boleh merombak website yang sedia ada dan mengoptimumkan website tersebut untuk enjin carian. 

Optimumkan Website dengan Link Building

  1. Guest Post
  2. Teknik Skyscraper
  3. Web 2.0 post
  4. Backlink Profile
  5. Content Sharing Platform

Langkah Mudah Mulakan Bisnes Online dengan Exabytes

  1. Daftar nama domain bisnes anda
  2. Sediakan website dan akaun emel bisnes anda
  3. Buat content website yang mesra SEO
  4. Jalankan iklan digital untuk dapatkan lebih banyak trafik
  5. Optimumkan dan tingkatkan conversion rate website

Exabytes menyediakan servis website yang berpatutan dan berbaloi untuk bisnes anda kerana kami ingin menjadi penyokong utama bisnes online anda.

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan jangan segan untuk bertanya, kami sedia membantu.