Kenapa SEO Adalah Kunci Mencapai Perniagaan Eksport yang Berjaya?
Dunia kini sedang melalui peringkat pasca-pandemi, ekonomi berbaik pulih secara perlahan-lahan malah pelbagai syarikat jugapun sedang menyesuaikan hala tuju perniagaan mereka masing-masing.
Walaupun telah mencuba pelbagai saluran pemasaran digital, seperti iklan berbayar, tetapi sesetengah perniagaan masih tidak pasti manfaat Search Engine Optimization (SEO).
Mungkin anda tidak pernah mendengar tentang SEO, tetapi setelah anda memahami kuasa tersembunyi di belakang SEO, anda akan menyedari betapa pentingnya untuk memulakan Proses Optimization ini untuk perniagaan eksport anda.
Secara ringkasnya, SEO ialah strategi untuk menambahbaikan laman web supaya meningkatkan keterlihatannya dalam internet.
Contohnya, apabila pengguna mencari “nama domain” di Google, pengguna akan melihat Exabytes. Seterusnya, dia akan click pada hasil carian tersebut (iaitu Exabytes), dan masuk ke dalam laman web Exabytes, dan mendaftar untuk perkhidmatan yang dia perlukan.
Jadi bagaimanakah dan mengapakah strategi SEO yang berkesan boleh membantu meningkatkan perniagaan eksport anda? Baca terus untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
1. Pengesahan semula
Semua perniagaan kini bermula dengan pencarian dalam Google. Sama ada pengguna membuat pembelian atau memahami info produk, carian ialah salah satu penghubung antara detik inspirasi dan tindakan.
Apa yang saya ingin tekankan ialah dalam mana-mana perjalanan pembelian, pembeli akan menggunakan ‘carian’ lebih daripada yang anda bayangkan.
Dalam hal ini, jika produk anda disenaraikan di Google dan Alibaba.com, ramai bakal pembeli antarabangsa akan dapat menghubungi syarikat anda melalui search engine.
2. Kata Kunci B2B
Secara keseluruhan, kesukaran kata kunci Business to Consumer (B2C) adalah lebih tinggi daripada Business to Business (B2B). Apakah maksudnya?
Jika anda memberikan usaha yang sama untuk menyasarkan pemasaran B2B dan B2C, berkemungkinan besar anda akan melihat lebih banyak hasil berkenaan dengan B2B.
Walaupun keadaan ini tidak terpakai kepada semua jenis atau kategori kata kunci, tetapi jika anda dapat menyusun pelbagai kata kunci yang belum diterokai untuk industri anda di Google, anda boleh memperolehi trafik organik baharu kepada tapak web anda.
Apakah yang boleh kita pelajari daripada menganalisis purata bilangan carian kata kunci di Google?
Apa yang anda perlu lakukan ialah memasang Google Chrome extension, Keyword Surfer dan memilihkan negara yang anda mahu. Seterusnya, ia akan menunjukkan jumlah carian di Google secara langsung.
Dengan melakukan reserach kata kunci, anda akan menemui kata kunci baharu dan popular yang perlu anda nyatakan di laman web, produk dan bahan pemasaran anda.
Sesetengah perniagaan special mungkin akan berkata, “Produk saya terlalu unik dan tiada siapa yang akan mencarinya.” Sebenarnya tanpa mengira jumlah carian, matlamatnya adalah untuk memastikan laman web anda muncul untuk semua kata kunci yang berkaitan.
3. Mesin Penjanaan Leads
Selain daripada membelanjakan badjet yang besar untuk pemasaran dan mendapatkan publisiti yang baharu, tahukah anda boleh mengubah laman web anda menjadi mesin penjanaan leads?
Penjanaan leads ialah proses menarik prospek ke perniagaan anda dan meningkatkan minat mereka supaya menukarkan mereka menjadi pelanggan anda.
Sebagai contoh, anda boleh membuat hadiah percuma yang menarik atau bacaan percuma yang boleh menarik minat Target Audience anda.
Untuk mendapatkan hadiah percuma, pelawat laman web anda perlu mengisi borang.
Sebaik sahaja mereka memulakan perjalanan pelanggan di atas, anda boleh menggabungkan lebih banyak saluran seperti e-mel marketing, sosial media marketing dan automasi serta mengubahnya menjadi pelanggan.
Kesimpulan
Pengoptimuman SEO mempunyai potensi yang besar. Sebaik sahaja anda dapat meraih trafik organik secara berterusan, kadar pertumbuhan mungkin meningkat secara mengagumkan pada masa hadapan.
Apabila bercakap tentang digital marketing untuk perniagaan eksport, jangan masukkan semua telur anda dalam satu bakul.
Ramai pemilik perniagaan mengabaikan SEO kerana mereka ingin mendapatkan ‘jualan pantas’. Yang lain tidak melakukan strategi SEO kerana kurang kesabaran atau salah tanggapan tentang SEO.
Berminat untuk meningkatkan pengetahuan tentang strategik Search Engine Optimization (SEO) dan Ecommerce bagi menambah baik nilai terhadap produk serta meningkatkan hasil jualan perniagaan B2B anda?
Jom setailah bengkel kami sekarang!
Bengkel Eksport: Terokai Industri Ecommerce yang Bernilai $11 Trillion USD
Tarikh: 12 Januari 2023
Masa: 9.30 pagi- 12.30 petang
Lokasi: Exabytes Event Hall, Tingkat 3 Setiawalk, Puchong
Registration Link:
Yuran: RM50.00
Dengan menyertai kursus ini, anda akan mendapatkan perkhidmatan semakan SEO percuma untuk laman web anda.