Sejak negara kita dilanda musibah Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan yang dimulakan sejak Mac 2020 lalu, menyaksikan peralihan trend perniagaan.
Lebih ramai usahawan mengubah platform berniaga mereka dari offline ke online.
Bagi menggalakkan social distancing, usahawan perlu meneroka strategi baru untuk berinteraksi dengan pelanggan dan memudahkan proses urus niaga.
Tahun 2021 dah semakin hampir, apa pula jangkaan kita untuk tahun hadapan?
Di sini saya nak kongsikan 5 bisnes yang ada potensi untuk maju tahun 2021.
Ecommerce / E-Dagang Bisnes
Sekarang makin ramai usahawan sedar kepentingan memiliki ecommerce platform mereka sendiri untuk mempromosi perniagaan mereka.
Melalui platform edagang, usahawan dapat meningkatkan perkhidmatan perniagaan mereka.
Apa istimewanya e-Commerce ni?
Dalam e-Commerce website, ada 4 elemen yang penting ni:
- Katalog Produk
- Order Form
- Payment Gateaway
- Servis Kurier
e-Commerce platforms dapat membantu memudahkan perjalanan pelanggan dari awal nak beli barang sehingga barang sampai di rumah mereka. Sekarang banyak syarikat yang offer servis untuk membina website ecommerce dengan pelbagai harga.
Tapi nasihat saya, kalau nak buat website e-Commerce, pastikan payment gateway anda tak ada masalah untuk buat transaksi.
Dan sejujurnya kos untuk buat e-Commerce website ni mahal sedikit dari website biasa yang tak ada payment gateway.
Jangan risau kalau korang rasa tak mampu, sebab sekarang Exabytes ada melancarkan kempen #SamaSamaDigital dimana diorang menyediakan subsidi RM10,000 untuk pemilik SMEs yang nak digitalkan perniagaan mereka.
Nak website e-Commerce? Exabytes akan urus dari domain sehingga ke hosting untuk anda. Website design dan content pun sekali ya, anda cuma tunggu untuk siap dan guna je.
Taknak lagi ke peluang baik macam ni? Dari harga beribu tinggal RM199 je selepas subsidi. Kalau nak mohon, klik sini.
Foodtruck Bisnes
Bisnes foodtruck mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan rakyat malaysia. Apa yang menarik, industri trak makanan ini di dominasi oleh golongan muda.
Perniagaan trak makanan sangat menjimatkan kerana anda tidak perlu membayar sewa premis. Anda hanya perlu fokus bagimana untuk memasarkan perniagaan trak makanan anda.
Modal hanya dikeluarkan untuk minyak kederaan, bahan mentah dan lain-lain lagi.
Perkara yang penting dalam memasarkan trak makanan ialah menggunakan sosial media. Memandangkan perniagaan trak makanan ini selalu menarik perhatian golongan muda, penggunaan media sosial sebagai platform marketing adalah sangat sesuai.
Dan dalam situasi sekarang yang menggalakkkan social distancing sesama kita, perniagaan trak makanan mungkin menjadi pilihan ramai orang di masa depan.
Anda boleh berniaga dari lokasi ke lokasi dan dalam masa yang sama mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan.
Digital Marketing Agency
Digital Marketing Service antara servis yang mendapat permintaan tinggi pada masa sekarang. Apa yang digital marketing agency buat?
Agensi seperti ini menawarkan servis seperti pemasaran digital (FB Ads/Google Ads/SEO), servis membuat website e-Commerce, dan lain-lain lagi.
Sesetengah agensi mempunyai pakej perkhidmatan pakar yang lengkap termasuk digital marketer, pereka grafik, web designer, web programmer dan motif utama mereka ialah membantu pemilik SME yang ingin mempromosikan perniagaan mereka melalui platform digital.
Dalam situasi sekarang, banyak bisnes yang sudah mula untuk mendigitalkan perniagaan mereka dan salah satu caranya ialah mengupah Digital Marketing Agency.
Menurut Gartner’s Digital Marketing Spend Report, 28% pengusaha kecil akan berpindah ke digital kerana terbukti lebih efektif.
Servis Penghantaran Barang / COD Bisnes
Untuk mematuhi SOP semenjak PKP bermula, banyak rakyat Malaysia memilih untuk #StayAtHome. Justeru itu, ramai yang membuat pilihan untuk menggunakan khidmat penghantaran barang ke rumah.
Lebih ramai yang memilih untuk membeli barang secara online. Trend ini dapat dilihat berterusan semenjak PKP bermula. Apabila barang yang perlu dihantar banyak, permintaan servis penghantaran turut meningkat.
Dari sini dapat dilihat banyak peluang pekerjaan baru terbuka. Contohnya menjadi runner untuk menghantar barang. Ramai yang mencari duit sampingan dengan menjadi part time runner untuk servis kurier seperti J&T.
Dropship Bisnes
Surirumah sekarang pun berniaga dah mula untuk bantu support perbelanjaan family.
Ramai yang mula buat dropshipping servis.
Antara manfaat dropship ini ialah anda tak perlu simpan stok di rumah, anda cuma perlu submit order dan terima komisen.
Antara dropship yang popular ialah:
- Produk kecantikan
- Pakaian wanita
- Pakaian bayi
- Home decoration
Sebelum anda join mana-mana dropship, pastikan bakal supplier anda sentiasa update stok produk, tahu jumlah untung yang anda akan dapat dan ada platform yang mudah untuk anda order produk seperti order form.
Related article: Cara Mudah Mulakan Dropship
Berikut merupakan jenis-jenis bisnes yang berpotensi besar untuk tahun 2021.
Semoga informasi ini bermanfaat untuk semua.