fbpx
GROW Digital

5 Langkah Mudah untuk Sukses Berjualan B2B di Alibaba.com

2nd Mac 2022 | 10.00AM – 12.00PM

Memahami langkah-langkah untuk memulakan perniagaan B2B serta terus mencapai jutaan jualan  di Alibaba.com!

FREE

Analisis FactSet Research Systems menjangkakan perjualan Alibaba.com akan melonjak kepada $388 bilion USD pada tahun 2022, manakala urus niaga barangan kasar (GMV) dijangka akan meningkat 10% kepada $403 bilion berbanding dengan tahun 2021 pada tempoh yang sama.

Selain daripada itu, menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia yang dilaporkan baru-baru ini, pendapatan Perniagaan kepada Perniagaan (B2B) Malaysia mencatatkan pendapatan tertinggi berjumlah RM449.6 bilion pada tahun 2019.

Perkembangan Laman web dan perniagaan e-dagang B2B berkembang dengan cepat, jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk memajukan perniagaan anda ke tahap yang lebih tinggi bersama-sama dengan Alibaba.com, platform dengan skala terbesar di dunia. 

 

Jikalau anda: 

(a)  mampu membeli dalam kuantiti yang besar untuk sesuatu jenis produk; 

(b)  mahu produk yang boleh diolah mengikut kehendak anda;

(c)  mahu produk yang boleh diletakkan logo jenama atau bungkusan anda sendiri; dan

(d) sedang cuba mengimport produk yang mempunyai spesifikasi tertentu untuk anda penuhi.

 

Perincian Acara:

5 Langkah Mudah untuk Sukses Berjualan B2B di Alibaba.com 

Cara-cara mengurangkan halangan perdagangan

Tarikh: 2  Mac 2022 

Masa: 10:00 AM – 12:00 PM

Platform: ZOOM 

 

Siapa Perlu Sertai?

Pengilang / Pemborong: CEO / Pemilik Perniagaan / Pengarah Pemasaran / Pengarah Operasi yang berminat dan bercadang untuk memulakan perniagaan eksport.

 

Latar Belakang Speaker

  • Kok Wai, Perunding Pemasaran Digital, Exabytes

Kok Wai berpengalaman selama 5 tahun dengan pelbagai syarikat dari industri berbeza sebelum beliau menyertai Exabytes sebagai Perunding Pemasaran Digital.  Hasil dari pengalaman kariernya, beliau telah menguasai kemahiran jualan yang berkesan bagi pasaran B2C dan B2B.  Sehingga ke hari ini, beliau telah meguruskan beberapa portfolio syarikat PKS dan Korporat di Malaysia dan dalam tempoh 3 tahun ini, beliau telah berjaya membantu lebih 100 pemilik perniagaan membuat jualan secara eksport dan memperolehi lebih dari 1 juta jualan setiap tahun.

  • En Nordin, Pengarah Pemasaran, Kugpis Sdn Bhd

En Nordin merupakan penerima anugerah eTrade eXporter MATRADE 2019, Malaysia, dan pedagang aktif Program eCommerce Alibaba Malaysia. Pada tahun 2019, beliau berjaya menghasilkan jualan sebanyak 1.9 juta hanya melalui Alibaba.com.  Tambahan pula, beliau juga merupakan pelatih berpengalaman platform perniagaan B2B & B2C dan  telah bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan dan kementerian pendidikan tinggi. Antara pencapaian lain Encik Nordin termasuk menjadi penceramah bagi program eTrade Matrade (Alibaba.com, TradeIndia.com dan go4worldbusiness.com) kepada PKS dan agensi kerajaan (MARA, IKM, KEDA, MAFI dan MATRADE) antara tahun 2018 hingga 2019, dan perunding panggilan untuk TradeIndia.com untuk Program Usahawan Bumiputera (Agensi & syarikat swasta) di Malaysia.

Event Details

Date: March 02, 2022

Start time: 10:00 a.m. UTC+08

End time: 12:00 p.m. UTC+08

Venue: Zoom

Organised by