GROW Digital

B2B Business: Jadi Pakar Eksport dan Mulakanya Sekarang

25 Nov 2021 | 10.00AM – 12.30PM

Jadi PRO online eksport hanya dalam 90 hari dan cipta rekod keuntungan sejuta dari jualan eksport!

FREE

The Webinar has Ended

*******

Pandemik yang melanda dunia kini telah menjejaskan banyak sektor, terutamanya sektor perniagaan. Walaubagaimanapun sektor perniagaan di Malaysia kini dilihat semakin pulih.   Namun, dengan menerokai bidang baru perniagaan seperti eksport online diyakini mampu menjadi pemangkin kepada perkembangan perniagaan pasca pandemik.

Bersesuaian dengan norma baru, eksport online adalah inisiatif terbaik dengan menyertai pameran maya dan platform pengeksportan elektronik seperti B2B marketplace dilihat mampu mengukuhkan lagi perniagaan pasca pandemik.

Jika  anda masih ragu-ragu untuk mula meneroka perdagangan antarabangsa,  tanya diri anda dua perkara ini

  • Tidakkah anda pernah terfikir perniagaan anda mampu pergi lebih jauh dengan mengaplikasi sistem eksport online?
  • Sudahkan anda berpuas hati dengan kadar penjualan anda sekarang?

Memulakan perniagaan eksport secare online bukan sesuatu yang terlalu sukar.  Keengganan dan keraguan adalah kekangan terbesar untuk mengembangkan perniagaan anda.  Dari hanya berterusan memikirkan dan tercari-cari cara untuk meningkat penjualan anda, kenapa tidak anda mula mempelajari ilmu pengeksportan online dari pakar dalam indutri ini sendiri?

Melalui  webinar ini, pakar berpengalaman dalam bidang eksport online selama 5 tahun, akan membimbing anda cara  memulakan perniagaan eksport secara online melalui Alibaba.com dan membongkar rahsia mereka  mencapai jutaan jualan  di Alibaba.com

Jadi PRO online eksport hanya dalam 90 hari dan cipta rekod keuntungan sejuta dari jualan eksport!

***Rakaman video untuk webinar ini tidak akan disediakan selepas ini

B2B Bisnez: Jadi Pakar Eksport dan Mulakanya Sekarang

Tarikh: 25  November 2021 (Khamis) 

Masa: 10:00 AM – 12:30 PM

Platform: ZOOM 

Siapa Perlu Sertai?

Pengilang / Pemborong: CEO / Pemilik Perniagaan / Pengarah Pemasaran / Pengarah Operasi yang berminat dan bercadang untuk memulakan perniagaan eksport.

Agenda

  • 10:00 AM to 10:45 AM :  Bongkar Rahsia Jana Jutaan Jualan Melalui Perdagangan Antarabangsa (Eksport)
    Oleh: En Nordin, Pengarah Pemasaran, Kugpis Sdn Bhd
  • 10: 45 AM to 11:30 AM: Hanya 90 Hari Dan Anda Menjadi Pakar Eksport
    Oleh:  En Kok Wai, Perunding Pemasaran Digital, Exabytes
  • 11: 30 AM to 12:30 PM: Giatkan lagi eksports anda dengan MATRADE melalui eTrade 2.0
    Oleh: En. Adhwa Azmil, Assistant Manager, Programme Unit (eTRADE), MATRADE

Latar Belakang Speaker

  • Kok Wai, Perunding Pemasaran Digital, Exabytes

Kok Wai berpengalaman selama 5 tahun dengan pelbagai syarikat dari industri berbeza sebelum beliau menyertai Exabytes sebagai Perunding Pemasaran Digital.  Hasil dari pengalaman kariernya, beliau telah menguasai kemahiran jualan yang berkesan bagi pasaran B2C dan B2B.  Sehingga ke hari ini, beliau telah meguruskan beberapa portfolio syarikat PKS dan Korporat di Malaysia dan dalam tempoh 3 tahun ini, beliau telah berjaya membantu lebih 100 pemilik perniagaan membuat jualan secara eksport dan memperolehi lebih dari 1 juta jualan setiap tahun.

  • En Nordin, Pengarah Pemasaran, Kugpis Sdn Bhd

En Nordin merupakan penerima anugerah eTrade eXporter MATRADE 2019, Malaysia, dan pedagang aktif Program eCommerce Alibaba Malaysia. Pada tahun 2019, beliau berjaya menghasilkan jualan sebanyak 1.9 juta hanya melalui Alibaba.com.  Tambahan pula, beliau juga merupakan pelatih berpengalaman platform perniagaan B2B & B2C dan  telah bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan dan kementerian pendidikan tinggi. Antara pencapaian lain Encik Nordin termasuk menjadi penceramah bagi program eTrade Matrade (Alibaba.com, TradeIndia.com dan go4worldbusiness.com) kepada PKS dan agensi kerajaan (MARA, IKM, KEDA, MAFI dan MATRADE) antara tahun 2018 hingga 2019, dan perunding panggilan untuk TradeIndia.com untuk Program Usahawan Bumiputera (Agensi & syarikat swasta) di Malaysia.

  • En Adhwa Azmil, Penolong Pengurus, Unit Program (eTrade), MATRADE

Beliau kini bertindak sebagai Penolong Pengurus bagi Unit Program (eTrade), dipertanggungjawabkan bagi mengelola, merancang serta mempromosikan program ini kepada umum.  Beliau telah Bersama-sama MATRADE hampir 6 tahun dengan pengalaman meluas berkaitan eTrade dan eCommerce rentas sempadan.

 

Event Details

Date: November 25, 2021

Start time: 10:00 a.m. UTC+08

End time: 12:30 p.m. UTC+08

Venue: Zoom Webinar

Organised by