This Webinar Has Ended.
Terima kasih kerana menyertai kami di webinar [Panduan Menjadi Pakar Eksport Dalam 90 Hari]. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan atau ingin mendapatkan nota edaran webinar ini, sila isi borang DI SINI. Pasukan kami akan menghubungi anda setelah kami menerima maklum balas dari anda.
======
Pandemik yang melanda dunia kini telah menjejaskan banyak sektor, terutamanya sektor perniagaan. Namun, dengan meneroka cabang perniagaan baru seperti online eksport mampu membawa sinar baru buat para usahawan. Melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa, merupakan strategi berkesan bagi meningkatkan kadar jualan.
Bersesuaian dengan norma baru eksport online adalah inisiatif terbaik dengan menyertai pameran maya dan platform pengeksportan elektronik seperti B2B marketplace dilihat mampu mengukuhkan lagi perniagaan era pandemic.
Jika anda masih ragu-ragu untuk mula meneroka perdagangan antarabangsa, tanya diri anda dua perkara ini:
- Mampukah perniagaan anda terus bertahan dengan situasi PKP yang tidak terjangka dan tidak berpenghujung ini?
- Sudahkan anda berpuas hati dengan kadar penjualan anda sekarang?
Memulakan perniagaan ekport bukanlah sesuatu yang terlalu sukar. Keengganan dan keraguan adalah kekangan terbesar untuk mengembangkan perniagaan anda. Dari hanya berterusan memikirkan dan tercari-cari cara untuk meningkat penjualan anda, kenapa tidak anda mula mempelajari ilmu pengeksportan online dari pakar dalam indutri ini sendiri?
Dalam webinar ini, setiap pakar akan berkongsikan pengalaman mereka sepanjang menceburi bidang eksport seterusnya membongkarkan rahsia mereka menjadi pakar eksport dalam 90 hari.
Jadi PRO online eksport hanya dalam 90 hari dan cipta rekod keuntungan sejuta dari jualan eksport!
Tempat adalah terhad, dapatkan tiket anda sekarang.
*Rakaman video untuk webinar ini tidak akan disediakan selepas ini.
Panduan Menjadi Pakar Eksport dalam 90 hari
- Tarikh: 30 September 2021 (Khamis)
- Masa: 10:00 AM – 12:00 PM
- Platform: ZOOM
Siapa Perlu Sertai?
Pengilang / Pemborong: CEO / Pemilik Perniagaan / Pengarah Pemasaran / Pengarah Operasi yang berminat dan bercadang untuk memulakan perniagaan eksport.
Agenda
- 11: 00 AM to 12:00 PM : Bongkar Rahsia Jana Jutaan Jualan Melalui Perdagangan Antarabangsa (Eksport) Oleh: En Ze Tong, Perunding Pemasaran Digital, Exabytes dan En Nordin, Pengarah Pemasaran, Kugpis Sdn Bhd
- 10:00 AM to 11:00 AM: Hanya 90 Hari Dan Anda Menjadi Pakar Eksport Oleh: En Kok Wai, Perunding Pemasaran Digital, Exabytes
Latar Belakang Speaker
- Ze Tong, Perunding Pemasaran Digital, Exabytes
Ze Tong memulakan kerjayanya 2 tahun yang lalu dalam industri automotif sebagai Perunding Jualan di Lexus Penang dan kemudian meneruskan kerjaya dalam sektor awam sebagai Pentadbir Awam di Kerajaan Negeri Selangor dan sebagai Kurator di Muzium Negeri Pulau Pinang. Beliau berpengetahuan luas dalam bidang eksport dan telah membimbing ramai pemilik perniagaan dengan kemahiran dan teknik eksport yang tepat dan telah berjaya meningkatkan prestasi jualan mereka dengan sangat baik. Kini beliau berhasrat untuk meneruskan misinya membantu lebih 100 perniagaan di Malaysia, khususnya Syarikat Bumiputera bagi mengembangkan perniagaan eksport dalam talian ke negara luar.
- Kok Wai, Perunding Pemasaran Digital, Exabytes
Kok Wai berpengalaman selama 5 tahun dengan pelbagai syarikat dari industri berbeza sebelum beliau menyertai Exabytes sebagai Perunding Pemasaran Digital. Hasil dari pengalaman kariernya, beliau telah menguasai kemahiran jualan yang berkesan bagi pasaran B2C dan B2B. Sehingga ke hari ini, beliau telah meguruskan beberapa portfolio syarikat PKS dan Korporat di Malaysia dan dalam tempoh 3 tahun ini, beliau telah berjaya membantu lebih 100 pemilik perniagaan membuat jualan secara eksport dan memperolehi lebih dari 1 juta jualan setiap tahun.
- En Nordin, Pengarah Pemasaran, Kugpis Sdn Bhd
En Nordin merupakan penerima anugerah eTrade eXporter MATRADE 2019, Malaysia, dan pedagang aktif Program eCommerce Alibaba Malaysia. Pada tahun 2019, beliau berjaya menghasilkan jualan sebanyak 1.9 juta hanya melalui Alibaba.com. Tambahan pula, beliau juga merupakan pelatih berpengalaman platform perniagaan B2B & B2C dan telah bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan dan kementerian pendidikan tinggi. Antara pencapaian lain Encik Nordin termasuk menjadi penceramah bagi program eTrade Matrade (Alibaba.com, TradeIndia.com dan go4worldbusiness.com) kepada PKS dan agensi kerajaan (MARA, IKM, KEDA, MAFI dan MATRADE) antara tahun 2018 hingga 2019, dan perunding panggilan untuk TradeIndia.com untuk Program Usahawan Bumiputera (Agensi & syarikat swasta) di Malaysia.