fbpx

GROW Digital

Domain Murah Malaysia

Dapatkan Domain Terbaik Untuk Laman Web Anda

Masukkan jenama, kata kunci yang relevan dan sambungan domain yang diingini untuk memulakan pencarian domain anda.

Pindahkan domain kepada kami

Kenali Sambungan Domain yang Paling Terkenal

Periksa ketersediaan domain dan daftarkan pilihan anda daripada senarai nama domain popular di bawah untuk melindungi jenama anda.

Domain peringkat tinggi (TLD) yang paling popular di dunia

Serendah

RM39.99/thn

.my

Kedudukan Google terbaik di Malaysia


Serendah

RM89.00/thn

.link yang anda perlu untuk menghubungkan semua dalam talian

Serendah

RM39.90/thn

Generasi internet masa hadapan


Serendah

RM6.90/thn

Bagaimana Memilih Domain yang Betul?

Gunakan penyemak domain kami untuk mengetahui ketersediaan domain kegemaran anda. Berikut ialah beberapa cara untuk memilih nama domain yang sesuai.

  • Mudah diingat dan ditaip
  • Pastikan ia pendek dan ringkas
  • Daftar alternatif domain peringkat tinggi (TLD) untuk melindungi jenama anda
  • Daftar ejaan domain yang kemungkinan salah

Mengapa Nama Domain Penting?

Nama Domain adalah Unik dan Senang Dicari

Nama domain yang baik dan unik seperti .com dapat membantu pelanggan mengingati jenama anda. Oleh itu, pilihlah nama domain yang mencerminkan identiti anda.

Nama Domain Memberikan Kuasa

Dengan nama domain yang unik, pelanggan potensi akan melihat perniagaan anda sebagai sah dan jangka panjang. Nama domain anda memberikan kesan yang lebih mantap berbanding dengan domain sedia ada dari platform pihak ketiga.

Nama Domain Berfungsi Sebagai Jenama

Perniagaan memerlukan kehadiran digital yang hebat. URL laman web anda harus mencerminkan jenama dan nama syarikat agar pelanggan dapat menemui anda.

Hasilkan Pendapatan Melalui Nama Domain

Dalam dunia digital masa kini, setiap nama domain memiliki nilainya. Penjualan "insure.com" berharga $16 juta kepada Quinstreet pada tahun 2009 mencatatkan rekod dunia, namun nama domain yang lebih panjang juga dijual setiap hari dengan harga ratusan Ringgit.

Nama Domain yang Mesra SEO

Nama domain yang mengandungi kata kunci atau perkataan relevan dapat meningkatkan optimisasi carian laman web anda. Ini meningkatkan potensi dan kemudahan ditemukan laman web untuk menarik lebih banyak pengunjung dan pelanggan.

Anda Kawal Domain Anda

Untuk mengelakkan konten dan identiti online anda akan hilang jika platform ketiga berisiko tutup, pemilikan nama domain laman web membolehkan anda menjamin kandungan dan memindahkannya ke platform lain.

Mula Daftar Nama Domain Anda Hari Ini!

Terokai idea untuk menemukan nama domain yang sempurna, paling sesuai dengan jenama dan produk anda.
Dengan Exabytes, anda mendapat manfaat dari Pengurusan DNS PERCUMA. Cuma log masuk ke laman pelanggan dan uruskan. Nikmati kawalan dan fleksibiliti maksimum.

Kenapa Pilih Exabytes?

why choose exabytes

Jenama Dipercayai

Dengan lebih daripada 160,000 pelanggan di seluruh dunia, kami adalah salah satu pembekal web hosting terkemuka di Asia Tenggara. Kami pastikan anda mendapatkan nama domain yang tepat dan ia mempunyai keselamatan talian bertaraf dunia.

Accredited Reseller

Pendaftar Domain Yang Dipercayai Anda

Kami telah menyediakan perkhidmatan pendaftaran nama domain selama lebih dari 22 tahun, kepercayaan yang diberikan oleh pelanggan yang dihargai. Memandangkan nama domain yang tepat dapat membawa anda kejayaan pada masa hadapan, anda perlulah pilih yang terbaik. Pilihlah Exabytes, pembekal nama domain Malaysia yang dipercayai.

customer support

Sokongan Profesional 24/7

Terlalu banyak soalan? Pakar-pakar nama domain kami yang bijak dan mesra sedia membantu. Anda boleh berbual secara langsung atau hantar e-mel ke [email protected]

Ingin Mencari Nama Domain yang Istimewa dan Menarik?

Mula hari ini dengan domain premium pilihan kami.

SENT.MY

BUMP.MY

TEXT.MY

Risau nama domain anda dicuri oleh orang lain?
Mustahil.

Sentiasa ada individu di dalam talian yang akan cuba mencuri nama domain dan butiran peribadi anda.
Perkhidmatan pilihan yang bawah dapat membantu anda (bukan mereka).

private details information

Pelihara butiran peribadi dan maklumat anda

Maklumat peribadi anda akan dipaparkan dalam direktori awam sebaik sahaja anda mendaftar nama domain dengan Exabytes atau registrar domain lain. Penggodam dan pengirim spam sering menggunakan ini untuk mencuri nama domain dan senarai alamat e-mel. Ya, ini adalah kisah benar.
Akhirnya, anda dapat menikmati ketenangan fikiran mengetahui bahawa maklumat peribadi anda tidak mudah diakses dan dipaparkan kepada seluruh dunia.
WHOIS

Dapatkan Perlindungan Keperibadian Domain dengan hanya RM12.90/tahun

Soalan-Soalan Lazim

Untuk mencari nama domain, masukkan nama jenama anda atau kata kunci yang relevan ke dalam alat pencarian domain.

Anda juga boleh hadkan hasil carian dengan memasukkan nama-nama atau sambungan domain yang berbeza seperti “.com” atau “.net”.

Untuk meningkatkan kedudukan di Google, pilih nama domain yang pendek, mudah diingati, berkaitan dengan perniagaan anda, dan mesra SEO.

Taipkan nama domain yang anda ingin daftarkan ke dalam kotak carian untuk menyemak ketersediaan nama domain. Jika nama domain tersebut tersedia, ikuti arahan di skrin untuk melengkapkan proses pendaftaran domain.

Jika nama domain yang anda masukkan sudah didaftarkan, alternatif yang tersedia akan disenaraikan dalam carian nama domain.

Anda juga boleh mengambil tahu siapa pemilik domain dengan menggunakan alat carian WHOIS domain.

  • Ya, anda boleh. Proses pemindahan domain kami sangat mudah. Semuanya boleh diselesaikan dalam hanya 3 langkah. Untuk ketahui lebih lanjut mengenai pemindahan domain, sila lawati Perkhidmatan Pemindahan Domain.
  • Jika anda ingin menukar hosting semasa kepada Exabytes, sila lawati Program Pemindahan Hosting.
  • Anda mempunyai pilihan untuk memindahkan/menukar sama ada domain atau hosting semasa kepada kami atau kedua-duanya pada masa yang sama.
  • Memiliki sebuah nama domain yang mewakili JENAMA anda merupakan pelaburan yang besar kepada perniagaan anda. Anda mungkin tidak mempunyai sumber yang mencukupi untuk membina laman web / kedai e-dagang anda hari ini, tetapi mengawal jenama anda iaitu nama domain adalah satu keperluan!
  • Ia penting kepada semua perniagaan. Perniagaan sering mendaftar nama domain untuk mengelakkan ‘cyber-squatting’ atau penggunaan tidak sah.
  • Gunakan nama domain anda dalam e-mel perniagaan anda. Ini membina IDENTITI JENAMA anda dengan menunjukkan profesionalisma. Contohnya, exabytes.my dan [email protected]

Ya, selagi nama domain masih tersedia/belum didaftarkan. Kami dengan senang hati akan membantu anda untuk mendaftarkannya dengan hanya beberapa klik. Semak ketersediaan domain di sini.

Jika nama domain .COM yang anda inginkan tidak tersedia, anda selalu boleh memilih sambungan domain alternatif dengan memilih daripada domain peringkat tinggi (TLD) yang paling popular dan nama domain peringkat negara, seperti .COM.MY dan .MY

Sebuah nama domain dengan sambungan domain yang unik membantu anda mendapatkan kedudukan yang lebih tinggi di Google. Mulakan carian nama domain anda dan daftarkan nama domain yang mudah diingat, ditaip serta pendek.

Contohnya, .CO dan .MY

Pilih sambungan domain .MY untuk nama laman web anda jika pelanggan anda fokus di tempatan atau dalam Malaysia. Sementara itu, .CO adalah akronim sambungan domain untuk syarikat atau korporat. Ia mudah dikenali dan tidak terikat kepada mana-mana lokasi geografi khusus.

  • Nama domain menyembunyikan alamat IP teknikal yang kebanyakan pengguna tidak diketahui. Bayangkan apa yang akan terjadi jika pengunjung laman web anda dikehendaki memasukkan alamat IP anda, 192.168.111.xxx untuk melawat laman web anda. Oleh itu, sebuah nama domain yang mudah diingat sangat penting untuk setiap perniagaan.
  • Setiap kali anda melawat sebuah laman web, browser dan komputer anda akan membaca rekod DNS laman web anda untuk mencari fail laman web yang disimpan pada browser.
  • Sistem nama domain (DNS) adalah sistem penamaan mesra yang memberikan alamat kepada laman web.
  • Semua nama domain mesti didaftarkan sebelum digunakan. Tiada dua nama domain yang serupa boleh wujud pada masa yang sama. Oleh itu, semak dan tempah nama domain anda sebelum diambil oleh orang lain! Semak status domain anda DI SINI.
  • Nama domain hanya boleh mengandungi huruf dari A ke Z, 0 – 9;
  • Nama domain boleh mengandungi “sempang/-” tetapi tidak boleh bermula atau berakhir dengan tanda hubung;
  • Ruangan dan karakter khas, seperti tanda soalan (?), tanda seru (!), dan garis bawah (_) tidak dibenarkan;
  • Nama domain tidak boleh mempunyai tanda hubung sebagai karakter ke-3 dan ke-4 (dipesan untuk pendaftaran domain multibahasa contohnya: xn--example.com);
  • Maklumat yang diberikan dalam pendaftaran nama domain harus benar, tepat, terkini, dan lengkap;
  • Pemilik nama domain harus memastikan maklumat WHOIS domain mereka sentiasa terkini.
Anda sangat digalakkan untuk memiliki alamat e-mel perniagaan peribadi untuk menetapkan identiti jenama dan profesionalisme, sebagai contoh, [email protected] Sila hubungi kami.
Kitaran hidup domain ialah proses pemilikan nama domain. Selepas anda membeli nama domain, anda akan menerima e-mel yang menunjukkan bahawa anda telah berjaya mendaftarkan nama domain tersebut. Ini juga menandakan permulaan bagi nama domain anda. Kitaran hidup domain dibahagikan kepada lima peringkat selepas pembelian berjaya nama domain anda.
  • Domain diaktifkan: Nama domain anda akan diaktifkan selepas pembayaran berjaya.
  • Domain dinyahaktifkan: Nama domain anda akan dinyahaktifkan selepas tarikh tamat tempoh domain selama 30 hari.
  • Tempoh tebus semula domain: Selepas tempoh dinyahaktifkan, nama domain anda akan masuk ke tempoh tebus semula selama 30 hari. Jika anda memutuskan untuk menebus semula domain anda dalam tempoh ini, anda akan dikenakan caj tebus semula tambahan sebanyak USD200 ditambah dengan caj pembaharuan.
  • Domain dalam proses pemadaman: Pada peringkat ini (5 hari), pengunjung laman web anda akan diarahkan ke laman DNS lalai pendaftar domain anda.
  • Tersedia untuk pendaftaran semula: Nama domain kini dibuka semula kepada orang ramai untuk pendaftaran. Sesiapa sahaja boleh mula mencari domain dan mendaftarkan nama domain atas dasar siapa cepat dia dapat.

Jaminan pulangan wang hanya sah selama 3 hari (dari tarikh pembayaran dibuat).

Exabytes akan memulangkan sebagai kredit ke akaun bil anda untuk pembelian seterusnya.

Oleh itu, anda boleh menggunakan kredit untuk pendaftaran baru mana-mana produk atau perkhidmatan dari kami.

Bayaran pulangan wang yang dibuat selepas tempoh 3 hari tidak dibenarkan.

Terma dan Syarat

  1. Tawaran Nama Domain dengan Diskaun mungkin akan tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.
  2. Harga Promosi hanya terpakai untuk pendaftaran nama domain baru sahaja. Bagi pembaharuan, harga akan dikembalikan kepada harga asal.
  3. Jaminan Pulangan Wang bagi Nama Domain sah selama 3 hari (sejak tarikh pembayaran). Ia akan dipulangkan dengan kredit Exabytes sahaja.
  4. Perlindungan Privasi WHOIS tidak tersedia untuk Nama Domain Peringkat Negara. Oleh itu, tidak terpakai untuk pendaftaran nama domain MY.
  5. Promosi ini TIDAK terpakai untuk pendaftaran/pembelian Nama Domain Premium atau nama domain dengan 4 karakter dan ke bawah. Untuk pertanyaan mengenai domain premium, sila hubungi kami.
  6. Nama Domain Peringkat Negara adalah untuk penduduk yang tinggal atau syarikat yang diperbadankan di negara tertentu sahaja.
  7. Yuran pendaftaran domain adalah tidak boleh dipulangkan.
  8. Anda bersetuju dengan syarat dan perkhidmatan kami yang terdapat di sini dan Manfaat & Tanggungjawab Pendaftar di sini.
  9. Exabytes berhak untuk meminda syarat dan terma tawaran ini tanpa notis terlebih dahulu.

Why Choose
Exabytes

Your complete All-in-one Business, Cloud, Digital and Ecommerce solutions provider

SEA's Trusted and Leading Brand

Known and recognised as Southeast Asia’s leading All-in-one Business, Cloud, Digital and Ecommerce solutions provider, powering over 160,000 customers globally.

More Than A Web Hosting Provider

We are your one-stop point for all that your business needs to build an online presence and grow your business to greater heights online.

The Latest is Here at Exabytes

We are equipped with the latest digital solutions at all times, that is best-suited for your business performance.

Proven 100% Client Satisfaction

We are backed by excellent client confidence and satisfaction, and the products and services we offer carry credibility.

We are always here to support

Exabytes
24/7 Support

Our Payment Methods

announcement

Announcements

Get the latest updates!

You’re all caught up! We’ll notify you when we have new announcements for you.